Puasa ramadhan : Anda di graf mana?

 

 

 

Ketika saya menulis entri ini, ia tepat pada 27 Ramadhan. Nasihat ulama, lailatul qadar berkebarangkalian besar berlaku malam ini…tak kiralah samada ia sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku, saya amat berharap kita akan menemuinya dalam keadaan ‘baik’.

Baik? Mengapa ye saya tekankan perkataan baik?

Sebabnya ialah, bayangkan kalau malam ini Lailatul Qadar benar-benar terjadi. Kita pula, disebabkan ter’biasa’ dengan suasana ‘nak raya ala Malaysia’, mungkin malam kita dipenuhkan dengan menonton rancangan t.v, membuat kuih, atau sedang prepare ‘balik kampung’. Terawikh pula entah tinggal kemana.

Soalnya, macammana kita nak dapatkan keampunan dan kelebihan ’1000 bulan’ jika semangat ramadhan makin menurun?

Saya akui, ayat quran, hadis, falsafah, tazkirah ustaz-ustazah dah banyak kita dengar sepanjang ramadhan. Tetapi rasanya, tujuan ramadhan iaitu ‘TAQWA’ tak tercapai juga. Disebabkan itulah, saya ingin mengambil pendekatan berbeza dalam ‘memahami’ semua kelebihan itu.

Kata orang putih ‘A picture is worth a thousand words‘ – saya datangkan kesemua kelebihan ramadhan dalam bentuk 2 graf :

1- ramadhan yang sampai ke ‘Aidil Fitri’ : kembali kepada fitrah ‘suci dosa, full pahala’.

 

 

 

2 – Ramadhan yang setakat sampai ke ‘Hari raya’ : ramadhan yang diawali dengan penuh dosa, akhirnya diakhiri dengan preparation ‘nak buat’ dosa semula…

 

 


Tidaklah saya bermaksud semua orang begitu, tetapi, mungkin ada kebenaran pada graf ini. Fikir-fikirkan, renung-renungkan soalan berikut :

- RAMADHAN ANDA TAHUN INI PRESTASINYA DI GRAF MANA?

Saya harap, ‘track’ puasa kita berada di graf pertama. Sebabnya ialah, TUJUAN (misi) utama kita berpuasa bukan sebab nak kurus, atau ‘takut berdosa sebab puasa wajib’, atau ‘orang lain puasa, saya pun puasa’, atau ‘sebab nak syok berhari-raya’…. Tetapi misi besarnya ialah – mengejar TAQWA.

Jika kita sukar sekali nak fahami apa maksud taqwa, mungkin nasihat imam Syafie ini boleh membantu :

Kamu boleh lihat diri kamu berada di puncak ketakwaan apabila berlaku perkara berikut:

1. Al-Juud minal Qalil (Kamu bersedekah walaupun duit yang kamu ada tinggal sedikit),
2. Al-War’u ‘Indal Khalwah (Kamu bersikap wara’ ketika kamu berseorangan)
3. An-Takuna kalimata Haqqin Inda Ma Yukhafu wa Yurja’ (Kamu dapat katakan kebenaran di hadapan orang yang kamu takuti dan kamu harapkan sesuatu daripadanya).

Sekali lagi, renung-renungkan…fikir-fikirkan….mana tahu, kesempatan puasa 3 hari ini boleh kita gunakan untuk mencapai TAQWA?

Saya ucapkan, selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

.
.
.

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Puasa ramadhan : Anda di graf mana?”

  1. Elyas says:

    Assalamualaikum Ustaz,

    Alhamdulillah Ustaz, terima kasih dengan peringatan ustaz dan Ramadhan kali ini memang amat bermakna bagi saya. Jodoh saya dengan Kaedah Jibril juga membuatkan minda saya lebih terbuka dan dapat melihat jelas tentang masa.

    Terima kasih Ustaz dengan ilmu kaedah Jibril. Maaf Zahir Batin dan Selamat Hari Raya.

  2. Naufal Badarudin says:

    Alhamdulillah..terima kasih di atas jasa baik ustaz membentangkan graf ini..
    banyak ilmu yang boleh saya dapat melalui perkongsian dari ustaz ini..
    boleh saya share perkara ini dengan sahabat-sahabat saya yang lain di FB..

  3. khadijah says:

    Assalamualaikum ustaz,

    Penjelasan yg mudah menggunakan graf. Tapi, kenapa grafnya dari kanan ke kiri ustaz? Bukankah tulisannya rumi, bukan Arab?

Leave a Reply

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review