
‘Mengapa ketika men’introduce’ diriNya kepada kita dalam Basmalah, Allah tidak memilih sifatNya yang tampak lebih ‘berkuasa & gagah’ seperti Al-Muntaqim, Al-Aziz, Al-Jabbar, Ad-Dhor atau Al-Mani’?
Semua 3 Fasilitator program ‘Solat : A revisit’ CLUMP Ladies terdiam. Mungkin ‘hard-disk’ fikiran mereka sedang laju memikirkan jawapan terbaik kot.
‘Mungkin kerana Allah nak beritahu kita yang Dia lebih suka memberi maaf dari menghukum kita agaknya…’ Salah seorang mereka memberikan pandangan…
‘Ya benar. Allah sebenarnya tahu ‘psikologi’ makhluk ciptaannya yg bernama manusia ini iaitu : ‘approach’ cinta dan kasih-sayang sebenarnya beribu kali ganda lebih efektif dari ‘approach’ ketakutan & ancaman’… Saya menambah, bersetuju dengan pendapatnya.
Tapi, masih 1 masalah : kita tak dapat ‘feel’ kasih-sayang Tuhan walaupun dah beribu kali perkataan ’Rahman & Rahim’ disebut.
Jadi, bagaimanakah cara terbaik nak menghayati maksud ‘Rohman & Rohim’ Tuhan?
FAHAMI MELALUI ‘FEELING’, BUKANNYA ‘KNOWING’.
Saya selalu menekankan, program ‘Solat : A Revisit’ yang sedang kami jalankan bukanlah program menambah pengetahuan tentang hukum-hakam solat. Objektif dan prioritinya berbeza. Ia adalah program ’menghayati solat’, bukannya ’mengetahui’ solat. Mudah kata, perbicangan kami lebih melihat aspek ’roh’ solat, bukannya ’fizikal’ solat.
Ini kerana menurut pengamatan saya, perkara tentang hukum-hakam ini sudah banyak kita tahu. Hadis tentang solat, ancamannya, fadhilatnya, teknik pergerakannya semua sudah ‘masak’ dalam kefahaman kita.
Disebabkan itulah, program ini tidak akan membincangkan perdebatan-perdebatan solat yang selalu berlegar seperti masalah niat lafaz atau tidak, doa qunut, isbal, jari gerak, zikir lepas solat atau tidak serta lain-lain. Lebih tepat lagi, kami mahu meluaskan lagi horizon perbincangan solat, dari melihatnya menerusi kacamata perdebatan 4 mazhab kepada perbincangan yang ingin mencari jawapan : bagaimanakah cara terbaik untuk mencapai ’rasa berkomunikasi’ dengan Tuhan dalam solat seharian?
Itu bahasa ’rentak terkini’nya. Jika kita menggunakan bahasa ’agama’, soalan itu akan berbunyi : bagaimana cara nak dapatkan ‘khusyuk’ dalam solat?
Khusyuk adalah bahasa hati. Ia lebih mudah disapa dengan ‘feeling’, bukannya ‘knowing’. Dan pokok-pangkalnya ialah dengan ‘feel’ betul-betul apa setiap patah kata-kata yang diucapkan dalam solat.
Itu yang kami bincangkan sekarang. Dan Alhamdulillah, semua peserta ‘hard-core’ yang hadir program ini faham tujuan tersebut dan memberikan respon terbaik.
Berbalik pada perbincangan ‘Ar-Rohmanir Rohim’ tadi, untuk menghayati maksudnya, saya telah membuka perbincangan kami dengan 1 aktiviti ’sharing’ :
= cuba senaraikan 1 memori indah yang masih anda ingati sehingga kini, sentuhan kasih-sayang ibu/bapa kepada anda?
Jika dilihat sekali imbas, cerita ’sharing’ kami biasa-biasa saja, tapi ia penuh dengan inspirasi. Banyak hati yang sebak bila mendengarnya. Lebih banyak air mata mengalir kerananya.
Ada yang sebak bila mengingatkan bagaimana si ibu menyelimutkannya ketika demam, sang ayah mengusap kepala dan mengucapkan tahniah walaupun keputusan SPMnya tidak seperti yang diharapkan, teringatkan ibu ’menuam’kannya ketika sakit, susah-payah si ibu tua menjaga anaknya sewaktu pantang bersalin dan sebagainya.
’KASIH IBU’ V.S ’KASIH TUHAN’.
Tetapi, ada juga yang kelu lidah & buntu fikirannya bila diminta untuk ’sharing’. Mungkin memori indah itu terbenam terlalu jauh dalam ingatan sehingga sukar untuk ia di’apung’kan kembali. Barangkali juga, akibat terlalu banyak memori ’negatif’ antara kita dengan ibu-bapa, ia telah menutup segala memori ’positif’ yang sebenarnya lebih banyak terjadi.
Atau mungkin, kita secara ’tanpa sedar’ memilih untuk membuang memori indah itu jauh-jauh akibat sindrom ’denial’ yang berpokok-pangkal dari ’defense mechanism’, reaksi lumrah bagi mereka yang ’cedera emosi’nya sejak kecil, kata pakar psikologi.
Bagi mereka yang buntu ini, saya telah kongsikan 1 video sebagai ’pancing’ untuk menangkap kembali memori tersebut :
’KASIH IBU’ V.S ’KASIH TUHAN’.
Walaupun saya tegaskan bahawa kandungan video itu hanyalah khayalan semata bukannya bersumberkan mana-mana ayat Al-Quran atau hadis, Alhamdulillah, ramai yang terharu bila menonton video ini. Subhanallah, ia berjaya membantu kami menoleh ke belakang, melihat kembali interaksi kasih-sayang antara kami ketika kecil dengan ibu/ayah, penjaga yang ketika itu kami lihat sebagai sumber ’rahman & rahim’ (kasih-sayang) kami
Saya teruskan perbincangan kami dengan menyoal ’dari mana datangnya sifat sayang ibu/bapa yang sehingga kini dapat kita rasakan?’
Bagi soalan di atas, kita akan memperolehi jawapannya dari hadis ini :
Rasulullah s.a.w bersabda: Allah SWT menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan disisi-Nya sebanyak 99 dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain, hingga binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terinjak atau menyakiti anaknya [HR. Bukhari, Muslim]
Nampaknya, ’feeling’ perasaan kasih ibu-bapa yang sedang kita ingati hanyalah secebis dari 1 peratus Rahmat Allah yang disebarkanNya kepada seluruh makhluk.
Walaupun ia hanya 1 peratus, namun impaknya amat kuat dirasakan, sehingga kami masih merasakan ’sapaan’ kasih-sayang ibu-bapa kami walaupun mereka berada jauh beribu batu.
Dengan aktiviti ’sharing’ dan video di atas, kami berjaya menghayati dan memahami maksud ’kasih sayang’ atau bahasa arabnya : ’Rahman & Rahim’.
Apabila keadaan menjadi tenang, saya meneruskan perbincangan kami ke persoalan utama : ’mengapa kita boleh menangis, hiba dan sebak bila teringatkan kasih sayang ibu-bapa yang hanya berjumlah 1 peratus saja, tetapi kita buntu, terdiam bahkan tidak berbuat apa-apa terhadap perasaan ’kasih-sayang’ Tuhan yang setiap hari menyapa kita?’
Saya jelaskan lagi persoalan di atas dengan soalan berikutnya : ’jika perasaan kasih yang 1 peratus itupun mampu membuatkan kita menangis, apatah lagi 99 peratus kasih-sayang Allah yg sepatutnya lebih kuat kita syukuri dan tangisi?’
Secara logiknya, kita perlu lebih lebih banyak menangis/ bersyukur setiap hari kerana Allah tetap me’rahman & rahim’kan hidup kita walaupun setiap hari kita :
- lupakan Dia (solat yang dikerjakan secara acuh tak acuh)
- tinggalkan Dia (waktu zikir sangat kurang bebanding waktu tonton t.v)
- tidak berterima kasih dan memujiNya bersungguh-sungguh
- terang-terang menunjukkan kedegilan kita melalui maksiat.
- berlagak denganNya. (sombong dll)
Sekarang, fahamkah kita apa maksud sebenar ’Ar-Rohmanir-Rohim’ yang selalu kita ucapkan dalam Basmalah dan Fatihah itu?
CARA SAYA APLIKASIKAN PEMAHAMAN ’RAHMAN & RAHIM’ DALAM KEHIDUPAN.
Nampaknya selama ini, perkataan ’Rahman & Rahim’ hanya keluar dari bibir tanpa dihayati maksudnya. Maka sekarang, it’s time to act, not just to think & ponder!
Nasihat cerdik pandai, jika kita ingin melahirkan perasaan syukur dengan ’Rahman & Rahim’nya Tuhan memberikan kita anggota badan lengkap, pergilah ke hospital. Dengan melihat ramai orang meraung kerana kehilangan kaki, anda pasti bersyukur dengan jari kelingking kaki yang ada walaupun kehadirannya setakat ’pelengkap 5 jari kaki’ sahaja….
Ujar para bijaksana lagi, jika anda masih menyimpan perasaan kurang senang terhadap ibu-bapa, cuba-cubalah melawat rumah anak yatim dan dengarlah isi hati mereka. Pasti anda akan sedar, ibu/bapa kita yang asyik tertunggu-tunggu khabar berita kita sebenarnya ’bidadari & malaikat’ paling sempurna.
Malah, saya menyarankan, selain cuba untuk menambah syukur dengan zikir & ibadah, kami perlu menzahirkan energi & kefahaman ’Rahman & Rahim’ dengan melihat semua individu di sekitar kita setiap hari melalui kacamata empati & cinta :
- Jika hari ini kita bermasam muka dengan isteri, ingatilah kembali ’rahman & rahim’nya isteri yang selama ini menjaga makan-minum, membasuh baju dan menguruskan rumahtangga tanpa lelah serta penuh kesabaran.
- Jika sebentar tadi kita baru sahaja tumpahkan airmata anak-anak akibat kemarahan kita yang ditujukan kepada kesalahan kecil mereka, ingatlah semula segala gelak-tawa mereka yang selama ini menyejukkan hati & menghilangkan segala masalah apabila kita pulang dari pejabat…
- Jika selama ini, kita tidak bertegur-sapa dengan rakan hanya kerana khilaf kecil dalam perdebatan, ingatlah kembali bahawa merekalah selama ini menelefon kita, bertanya khabar bahkan membelanja ’teh tarik mamak’ disaat orang lain seakan melupakan kehadiran kita di dunia…
KESIMPULANNYA,
Berdasarkan perbincangan ayat ’Ar-Rohmanir Rohim’, saya cuba bertekad untuk menjadikan kehidupan ini penuh dengan cinta, empati dan kasih-sayang, sesuai dengan saranan Rasul : manusia ’penghulu kasih abadi’ : Arrohimuuna yarhamuhumur Rohmanu tabaroka wataa’la, Irhamuu man fil ard, yarhamkum man fis samaa’
“Orang yang pengasih itu akan dikasihi oleh Ar-Rohman (Allah yang Maha Pengasih) Tabaaroka wa ta’ala. Kasihilah makhluk yan ada dibumi, tentu anda akan dikasihi oleh penduduk di langit.” (Riwayat Abu Daud &Tarmizi)
.
.
.
Posted in




salam ustaz yg mulia,
alhamdulillah, syukran jazilan atas info & tips yg amat bermanfaat ini. moga dipermudahkan segala urusan ustaz demi agamaNya yg agung, Insya Allah amin 99x…
p/s: sy dpt tahu blog ini drpd fathuri.com.