
Benar. Tajuk di atas memang kontroversi.
Tetapi ia bukannya sengaja direka untuk menarik minat pembaca. Ia memang BENAR-BENAR ditujukan kepada saya melalui emel dari seorang pembeli produk terbaru saya iaitu DVD Tajwidpro.
Saya akan perincikan persoalannya serta akan mengemukakan jawapan bagi persoalan tersebut disini, agar perkara-perkara kecil tetapi mampu ‘menconfusekan’ kita tentang Al-Quran dapat dihindari jauh-jauh.
PERSOALAN :
Menurut ustaz dalam DVD Tajwidpro 1, pada bacaan khusus ke10 iaitu ’3 PERKATAAN DO’FIN’, huruf ‘dod’ pada perkataan tersebut boleh dibaca secara baris atas atau baris depan. Tetapi pada Quran yg saya miliki, ia berbaris atas.
Adakah terdapat Quran lain yang mencetaknya pada baris depan, dan jika ada, adakah Quran tersebut dikira salah cetak? Dan, memandangkan ini pertama kali saya mendengar perkara ini, adakah bacaan ini sah disisi tajwid dan boleh dibaca dalam solat?
JAWAPAN :
Persoalan di atas berkisar pada perkataan ‘DO’FIN’ yang berulang 3 kali dalam ayat ke 54 Surah Rum, Juz 21.
Menurut Qiraat yang kita amalkan iaitu Qiraat Riwayat Hafs An A’sim dari aliran Syatibi, memang perkataan tersebut diberi 2 pilihan untuk membacanya, iaitu secara baris atas pada huruf dod (ini yg popular) atau baris depan. Jika kita teliti kebanyakan Al-Quran sekarang, ia dicetak dengan baris atas. Tetapi sy pernah terjumpa beberapa Quran ‘Majid’ dan beberapa Quran terjemahan, ia dicetak dengan baris depan.
Persoalannya, adakah baris depan itu salah? – Tidak, kerana bacaan baris depan ini memang diamalkan dlm Qiraat kita iaitu Riwayat Hafs. Cuma ia dianggap agak ‘baru’ apabila saya mengenengahkannya dlm DVD Tajwidpro. Tetapi jika kita membaca buku2 tajwid yang ‘advance’ atau bertanyakan tuan2 guru yang mahir dan pakar, pasti mereka akan bersetuju dgn pendapat saya iaitu terdapat 2 pilihan baris untuk huruf Dod pada perkataan itu.
Bersesuaianlah dgn tajuk ‘PRO’ pada DVD Tajwidpro, maka semua perbincangan ini akan kelihatan agak baru bagi mereka yang ‘skill’ tajwidnya pada tahap pertengahan.
Adakah sah jika kita membaca dengan baris depan dlm solat? – ya sah 100%, kerana ia dari Qiraat yg sah iaitu Qiraat Hafs. Bahkan jika anda membaca Qiraat lain yg lebih kelihatan ‘ganjil’ bacaannya spt Qiraat Warash, Kisa’ie dll, solat anda tetap sah kerana sumbernya diakui sah iaitu dari Rasulullah S.A.W.
Cuma, mungkin ada yg merasa sedikit ‘risau’ dengan ‘ilmu baru’ . Bagi mereka yang agak ’terperanjat’ dengan fakta-fakta baru ini, saya ingin hilangkan kerisauan anda dengan menjelaskan bahawa, perbezaan bacaan dlm Qiraat tidak sama dengan perbezaan pendapat dlm Fekah. Jika dalam fekah, perbezaan pendapat boleh sampai kepada tahap ‘tidak diterima’, ‘pendapat lemah’, ‘bid’ah’ dll, tetapi dlm Qiraat, ia sangat berbeza.
Selagi bacaan anda berada dlm ruang-lingkup Qiraat 10 Mutawatir, maka selagi itulah, semuanya BETUL DAN SAH dan tidak boleh kita katakan ‘Qiraat ini lemah, bid’ah atau tidak betul’.
Inilah keistimewaan Qiraat : berbeza, tapi semuanya betul belaka.
Oh ya, sedikit lagi tambahan dan saya pasti sesetengah anda maklum perkara ini : Dalam Qiraat yang kita amalkan sekarang iaitu Qiraat Riwayat Hafs An A’sim, terdapat 2 aliran bacaan iaitu :
1) Aliran Syatibi
2) Aliran Jazari
Aliran yang diamalkan di Malaysia (termasuk segala hukum-hakam tajwidnya) ialah menurut Aliran Syatibi. Bahkan, segala perbincangan dlm DVD Tajwidpro yang bersifat ‘advance’ itu pun masih dlm ruang-lingkup aliran Syatibi.
Aliran Jazari pula tidak diamalkan disini. Walaupun ‘tok gurunya’ sama iaitu Hafs An Asim, tetapi ada beberapa perbezaan jelas dlm aliran ini. Anda bolehlah mempelajari Qiraat secara mendalam jika ingin mengetahuinya lebih lanjut.
KESIMPULAN :
Teknik bacaan Al-Quran yang beragam memang berwarna-warni jika kita mempelajarinya secara mendalam. Jika perbahasan di atas masih berkisar pada Qiraat kita (iaitu Qiraat Hafs As A’sim), bayangkan pula betapa berwarna-warninya ilmu Qiraat Al-Quran yang berjumlah 10 bacaan yang sangat berbeza antara satu sama lain!!
InsyaAllah, jika diberikan kesempatan, saya akan terangkan secara terperinci perbezaan Qiraat yang berasal dari hadis Rasul iaitu ’7 wajah’ itu.
Pesan moral yang boleh kita ambil dari perbincangan ini : Renangilah ‘lautan ilmu Al-Quran’ yang tidak terbatas. Anda pasti puas dengan keragaman serta warna-warni yang terdapat didalamnya!
.
.
.
P/s : bagi mereka yang ingin mendapatkan dvd Tajwidpro, sila layari : www.tajwidpro.com atau klick sj pada banner sebelah kanan dlm blog ini.
.
.
Posted in




Salam ustaz….saya juga ade berguru membaca al quran dengan beberapa guru…. Alhamdullillah apa jawapan yang Ustaz terangkan sama dengan guru2 saya terangkan dan sebab itu saya tidak pertikaikan, kenapa ianya begitu kerana guru-guru yang mengajar adalah bertauliah dan seperti ustaz kata ilmu Al Quran tiada batasan, lagi kita belajar selagi itu kita rasa tak puas dan rasa bodoh, saya berazam pada diri sendiri akan terus mencari dan belajar dan dengan dvd tadjwidpro ini lebih memantapkan lagi kefahaman saya tentang tadjwid…..tkasih