Akhirnya di era millenium, merasa juga melihat ‘mukjizat’ seperti para sahabat….

 

Benarlah kata ulama : antara faktor iman para sahabat sentiasa ‘tip-top’ kerana mereka beruntung – melihat mukjizat terjadi secara ‘live’….

- ketika mereka kekurangan air, mudah sahaja air yang keluar dari celah-celah tangan Baginda Rasul yang mulia membasahi tekak & mendinginkan mereka….

- andai mereka ragu-ragu Malaikat itu wujud, Jibril a.s mudah sahaja menjelma, menyapa bahkan mengajar mereka beberapa hikmah mulia… (hadis Jibril).

- Ketika mereka berkumpul, ingin mendengar mutiara hikmah Khutbah Rasul yang dinantikan, mereka mudah sahaja dikagumkan dahulu dengan tangisan batang kurma, tempat berpijak Baginda Rasul ketika berkhutbah….

- dan, jika orang kafir ingin men’diskredit’kan Rasul, mereka berpeluang ‘masuk islam’ dengan dakwah Rasul yang memeranjatkan : bulan terbelah, pokok hidup bergerak dan lain-lain.

Itu ‘rezeki’ mereka. Tetapi, bagaimana pula dengan kita, umat akhir zaman yang beridentitikan ‘islam baka/keturunan’ ini?

Adakah tidak ada walaupun sekali, sebarang perkara luarbiasa berlaku depan mata sehingga kita mampu mengeluarkan satu kesimpulan ‘Benarlah, Al-Quran dan segala kandungannya itu semuanya BENAR belaka!’

Saya selalu berdoa, agar suatu hari saya ditemukan dengan ‘mukjizat’ sebegini. Tetapi, kata sesetengah bijak-pandai, berfikiran sebegini mengundang bahaya.

Ya, saya mendengar sesetengah pembaca berhujah ‘Ustaz tak perasankah yang Al-Quran itu mukjizat paling besar?’

Atau, mungkin ada yang memarahi saya ‘Ustaz, bahaya berfikir begini…takut-takut bergegar iman nanti…’

Nanti dahulu sahabat sekelian. Dengar dahulu isi hati saya. Menyoal/berfikir sebegini bukan bermaksud ragu-ragu. Ia adalah pengharapan agar iman yang sentiasa turun-naik setiap hari lebih stabil kedudukannya. Tambahan pula, bukan saya seorang yang menghadapi dilema ‘ingin melihat mukjizat ajaib/zahir’ sebegini. Nabi Ibrahim pun begitu. “Qoola awalam tukmin? : Kamu tak berimankah Ibrahim?’ tanya Allah..

Apa jawapan Nabi Ibrahim? : ‘Qoola Bala, walakin liyat’mainna Qolbi’ : ‘Bahkan 100% beriman, cuma saya ingin menenangkan hati saya sahaja….’ – Surah Baqarah, 260.

Kerana itulah, saya ‘menumpang’ kepada hujah Nabi Ibrahim ketika berfikir begini. Saya masih menanti, dan menanti….Sehinggalah suatu hari, saya bertemu dengan ‘mukjizat zahir’ itu dalam video berikut . (buka link ini di youtube)

 

http://www.youtube.com/watch?v=QnMVsMytum0

 

Benarlah firman Tuhan :

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat, 53)

Saya bersyukur, kerana akhirnya pada millenium baru ini, Tuhan perlihatkan ‘satu mukjizat’ yang mampu menggugah ‘bisikan-bisikan kecil’ saya kepada satu kepastian yang pasti : ‘Tidak mungkin bahkan mustahil untuk dikatakan ‘kebetulan’, ayat Al-Quran yang saya hafal selama ini terukir (siap dengan barisnya sekali) di peha bayi tersebut!’

Satu sahaja kesimpulannya : CONFIRM 100% KANDUNGAN AL-QURAN, TERMASUK CERITA DOSA-PAHALA-SYURGA-NERAKA-AZAB KUBUR-KIAMAT ITU BENAR-BENAR WUJUD DAN AKAN TERJADI!

- Apa impaknya kepada saya? : Satu sahaja : I might die anytime! What is my preparation for akhirat TODAY??

..

 

..

 

..

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

9 Responses to “Akhirnya di era millenium, merasa juga melihat ‘mukjizat’ seperti para sahabat….”

  1. Safwan Seth says:

    Sahabat nabi ialah orang-orang biasa sahaja, sama macam kita, berniaga, bekerja, bertani , ada anak dan isteri. Tapi sahabat telah melakukan pengorbanan habis-habisan untuk membaiki iman mereka.

    Mujahadah iman mereka ialah apabila mereka hendak pergi keluar di jalan Allah. Mujahadah terbesar mereka apabila satu hari tidak melihat muka Nabi.

  2. Elias says:

    Setelah membaca nukilan ustaz lalu air mata berlenan kerana saya jauh daripada tuntutannya. Dahulu semasa menunaikan haji (2002) dan selama setahun lepas itu, bila mendengar Al Quran dibacakan saya sesak dada dan mengeluarkan air mata, walaupun kepada kalimah-kalimahyang saya tak faham apa lagi yang saya faham. Tapi sekarang macam biasa walaupun Al Quraan itu itu mujazat dihadapan mata. Saya cuba memahami Al Quran cara mendengar hafalan saya kerana bagi saya ia lebih lama kesannya daripada cara membaca ikut naskahnya. Betul ke cara saya tu ustaz.

  3. rozie syah says:

    salam ustaz, setelah membaca ruangan ustaz hati terasa begitu kedil kerana semua itu tiada pada saya, kalau ade pun cume sedikit dan hati berdebar, takut adakah saya boleh memperolehi seperti apa org lain dapat…kini saya cube mempelajari sedikit demi sedikit dengan mase yang ade mempelajari ilmu al-quran, insyaALLAH

  4. rozie syah says:

    Salam, rujuk kpd tawaran harga TajwidPro DVD….harga tawaran pada saya Rm 50 tapi dalam borang pesanan auto click berharga Rm 60. Yang mana satu amount yang mana perlu saya bank in.

    Terima kasih.

    • Ustaz Asraff says:

      Sila bank in rm50 sj (harga promosi hingga 20.6 ini sj). selepas itu, harga akan jadi normal iaitu rm60

  5. nik says:

    Salam,
    Menarik artikel ni. Memang lah sekarang ni kita akan percaya lebih dengan apa yang dilihat. Namun ramai juga yang percaya pada hantu walaupun tak pernah tengok (mmg lah jin tu wujud). Malahan filem sedemikian lebih mendapat sambutan. Mungkin kita kena ubah cara berfikir agar kita lebih dekat kepada Yang Maha Kuasa. Mukjizat yang paling utama (Al Quran) yang masih ada dan kekal hingga kini gunakan dengan sebaiknya.

  6. rozie syah says:

    terima kasih ustaz..rasa x sabar nak memiliki dvd tajwidpro yg diidamkan, insyaAllah saya akan syorkan pada kawan2 utk memilikinya setelah mendapat dan mendengarnya dan sama2 mempelajarinye, saya harap dapat kiranye ustaz memberi no. tel. sekiranye nak membuat ape2 rujukan andai terdapat ape2 kesulitan dlm memahami bacaan..terima kasih ustaz

  7. subhanallah, pernah juga dengar pengalaman dari salah seorang orang alim yang selalu berzikir, akhirnya terung yang ditanam terukir nama Allah.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review