
Salah satu keseronokan ketika saya menghafaz Al-Quran ialah dengan memerhatikan kepelbagaian stail hafazan rakan-rakan. Ada yang pelik, ada yang lain dari yang lain, dan ada juga yang menghafaz tanpa gaya sehingga saya terfikir ‘bilakah dia menghafaz mukasurat itu?
Kepelbagaian gaya & keunikan teknik inilah yang ingin saya kongsikan dengan anda.
Saya akan berikan beberapa contohnya supaya anda lebih teruja. Dahulu, saya ada seorang rakan yang menghafaz tanpa sedikitpun terdengar suaranya membaca. Cukup hanya merenung Al-Quran buat beberapa minit, terkumat-kamit seketika, kemudiannya dia terus tersenyum memandang saya dan berkata ‘Asraff, saya dah hafaz dah mukasurat ni!’
‘Subhanallah! Keajaiban telah berlaku di depan mata!! – itu yang terlintas di fikiran saya ketika itu.
Tetapi, ada juga yang memiliki stail sebaliknya. Seorang ‘senior’ saya di maahad dahulu lebih pelik kaedahnya. ‘Asraff, saya tak boleh menghafaz tanpa mendengar suara rakan lain menghafaz’. Baginya, ‘dengungan’ suara hafazan temannya yang bergema itu seumpama motivasi penggerak jiwa. Ujarnya lagi, ‘lagi kuat suara mereka, lagi cepat mukasurat ni saya hafaz!’
Agak pelik bukan? Bagi kita yang biasa dengan suasana yang agak tenang dan sunyi untuk menghafaz, tekniknya memang tidak boleh pakai! Tetapi, bukan cara itu sahaja yang menghairankan, ada lagi yang lebih aneh dari itu….












