Makanan terbaik penghafaz AlQuran : kismis doa, air Yasin & madu sahajakah?

 

 

Saya selalu ditanya : ‘Ustaz, apakah makanan terbaik untuk pelajar tahfiz agar mereka laju menghafaz dan susah nak lupa?

 

Satu soalan ‘simple’ tetapi memerlukan penjelasan bernuansa ‘Ilahiyah, saintifik dan praktikal’ untuk membahaskannya.

 

Memang benar, semua orang inginkan ‘keajaiban’  berlaku ketika menghafaz Al-Quran. Dan jenis mukjizat yang selalu dibincangkan termasuklah topik makanan. Soalnya, adakah kita benar-benar perlukan makanan bertaraf mukjizat seperti ‘hidangan dari langit’  yang diterima Nabi Musa untuk itu? Atau, adakah cukup dengan mengambil ’7 biji kismis doa tuan guru’ setiap pagi maka ia sudah memadai? Mungkin barangkali, maksudnya telah dinaiktaraf kepada ’scientific based food’  berbentuk nutrien vitamin A-to-Z hasil penyelidikan saintifik terkini?

 

Itu satu. Keduanya, apa tujuan utama pengambilan makanan bergizi? Untuk melajukan hafazan, sudah tentu, tetapi adakah ia benar-benar InsyaAllah berkesan, atau wujud prasyarat lain lebih utama selain  ‘jenis makanan minda terbaik untuk anak?’

Read more »

Share/Save/Bookmark

sistem berfikir vs sistem menghafaz : pro & kontra.

 

 

Benarkah pelajar kita pintar tapi kurang bijak? Betulkah andaian mengatakan kemampuan intelek mereka bertaraf kelas pertama, tetapi kemahiran sosial, komunikasi dan emosi mereka bertaraf kelas ketiga?

 

Saya akan mulakan huraiannya dengan 4 kajian kes :

 

1 : Ketika banyak berkomunikasi dengan pegawai H.R (Human Resources) syarikat GLC & swasta sewaktu mengambil Masters Psikologi Industri Organisasi 4 tahun lepas, hampir semua pegawai ini mengeluhkan masalah sama ‘Graduan kita ni kalau atas kertas, memang hebat-hebat…bersusun ‘A’ dan berkajang-kajang sijilnya… tapi bila disuruh buat kerja, mulalah menggelabah… kadang-kadang, suruh bagi ucapan atau buat surat rasmi pun tak lepas!’

 

2 : Masalah (1) pelajar tahfiz  : Ketika saya belajar di Mesir, seringkali kami, pelajar tahfiz yang kebanyakannya belajar di Shoubra dianggap ‘kelas 2′. Saya cuba mencari dari mana punca persepsi tersebut. Ternyata antara punca besarnya datang dari kami juga : dilihat kurang keterampilan untuk memimpin pelajar lain.

 

3 : Masalah (2) pelajar tahfiz  : Ketika mengajar di Darul Quran pada tahun 2006, saya melihat jurang besar antara pelajar tahfiz aliran ‘diploma’ dan ‘cream student’ dari UIA yang ‘dicelup’ untuk menghafaz Al-Quran. Pencapaian mereka dari sudut hafazan, akademik, sahsiah dan keterampilan diri memang jauh berbeza, mungkin sejauh langit dengan bumi agaknya. Soalnya, mengapa kualiti mereka begitu jauh berbeza? Adakah ia berpunca dari corak pendidikan yang diterima dari sekolah? atau ada sebab lain?

 

4 : Masalah (3) pelajar Tahfiz 3 : Saya pernah mendapat emel panjang  dari seorang bapa yang berkongsi pandangannya terhadap institusi tahfiz. Dari emelnya, saya mengira beliau mungkin memiliki latar belakang pelajaran yang agak tinggi & berjawatan professional. Walaupun tidak semua komennya boleh diambilkira, tetapi ada juga beberapa point yang menarik perhatian saya spt ‘Ustaz, saya risau jika anak saya berterusan dihantar ke sekolah tahfiz, mereka akhirnya bakal menjadi Imam terawikh, guru agama atau pembaca doa selamat & tahlil saja..Lagipun saya lihat, ustaz-ustaz berkaliber dan tersohor sekarang kebanyakannya bukan Al-hafiz, tetapi graduan syariah, hadis & usuluddin…..’

 

 

Memang kita tidak boleh pukul rata ‘semua graduan kita sebegitu’ …Tetapi, bila ia sudah banyak diperkatakan, kita tidak boleh memandang enteng masalah tersebut. Ia adalah satu fenomena yang boleh kita kategorikan sebagai ‘presenting problem’.

 

Soalnya, dimanakah punca ‘real problem’nya?

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Gempa : Petanda Lailatul Qadar-kah? atau…..

 

Bila bumi berguncang dengan begitu kuat….

dan bumi terus mengeluarkan kandungannya..

lalu manusia menyoal – What happen?

 

 

Terjemahan bebas dari Surah Zalzalah, 1 – 3.

Saya masih terbaring, terkebil-kebil dengan fikiran serta nafsu saling berbalas hujah antara satu sama lain.

 

Christchurch, New Zealand.

Pagi sabtu 4 September 2010/ 25 Ramadhan.

Waktu : 4.30 pagi.

 

Fikiran : Asraff, bangunlah… kan tadi enta set jam pukul 4 untuk Qiam plus sahur terus….Jam sudah lama berhenti berbunyi, tapi enta masih tak bangkit-bangkit lagi dari katil..

 

Nafsu : Alaa Asraff, kan hari ni hujung minggu.. cuaca sejuk pula tu…. mesti best kalau sambung tidur sikit lagi… Lagipun Aliya dengan mama pun tengah sedap mengekot dalam selimut tu…

 

Saya mengakui, dalam situasi enak, sejuk serta selesa atas katil itu, cadangan nafsu nampaknya lebih cenderung untuk dituruti. Namun, dalam keadaan ‘perang dunia ketiga’ antara fikiran dan nafsu masih berterusan, tiba-tiba Tuhan, melalui ‘kemarahan’ bumi memberikan jawapannya :

 

ketakketaketaketaketak! – Rumah saya tiba-tiba berbunyi dan bergoncang hebat!

 

Ya Allah, gempa bumi!

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Kaedah Jibril v.s Metode Jibril ??

 

 

Wah! sukar banget terjemahin Ebook Kaedah Jibril!

 

Itulah yang berlaku kepada saya seminggu dua ini…. Pening kepala bila cuba translate ebook Kaedah Jibril ke Bahasa Indonesia…. Sebabnya ialah, sy banyak menerima emel dari warga Indonesia yang inginkan ebook ini….

 

Tetapi saya tahu, ia tidak boleh diberikan begitu sahaja sebelum diterjemah…jika tidak, takut-takut maksudnya berlainan pula nanti… anda faham2 sajalah, banyak perkataan BM yg berbeza makna dengan B.Indo, contohnya ‘gampang’. Bagi orang indo, maksudnya ialah ‘mudah’, sementara kita, hehehe….faham-faham sajalah….

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Apakah teknik terbaik untuk fahami tafsir Al-Quran???

 

 

 

Sepanjang saya mengendalikan kuliah tafsir dahulu,  ramai yang bertanya ‘Ustaz, tafsir apa yang paling baik sekali untuk dibaca?’

 

Saya pun sebenarnya tidak dapat memberikan jawapan tepat. Sebabnya, ia berdasarkan ‘tahap & keupayaan anda’…..

 

Bagi yang merasakan dirinya di level ‘basic’, maka cadangan saya, sila khatamkan :

Read more »

Share/Save/Bookmark

Saya nak start menghafaz ramadhan ni, tapi sibuk sangatlah ustaz…

 

Baru-baru ini,  saya mendapat emel dari seorang yang sangat ingin menghafaz Al-Quran sempena ramadhan ini. Tetapi, katanya ‘ustaz, semangat saya dah berkobar-kobar dah nak start hafaz surah Mulk tu, tapi saya sibuk sangatlah ustaz…macammana nak buat ye..?

 

Macammana nak buat ye…..haa…. Saya dah selalu dapat soalan sebegini…. soalan berbentuk ‘sukar,sibuk,takda masa’ ini ada 3 lagi kembarnya yang lebih popular….ada baiknya saya perturunkan kesemua jawapannya agar sempena Ramadhan ini, anda dapat menghafaz dengan lebih aman dan tenteram….

Read more »

Share/Save/Bookmark

Azam Ramadhan : it’s time to reset!

 

 

Bulan Ramadan…

bulan bertuah..

bulan ibadah..

bulan mujahadah..

bulan rahmat…

bulan maghfirah…

bulan Al-Quran dan lailatul Qadar…

 

- Petikan lirik nasyid  Nadamurni : Nasihat Ramadhan –

 

Sebentar lagi kita akan memasuki Ramadhan. Sepanjang hidup, sudah 31 kali saya bertemu bulan ini. Teringat lagi, ketika pertama kali secara ‘official’nya  berpuasa penuh  ketika darjah 3 – itupun terangsang dek ‘pulling motivation’ yang mak janjikan ’50 sen sehari kalau angah penuh puasa bulan ni’

 

Itu yang officialnya. Sebenarnya yang ‘tak official’nya – pertama kali saya dedahkan ‘top secret’ ini – puasa darjah 3 itupun tak penuh sebab ada 3 4 hari saya teguk air masa mandi!…

 

Hehehe… tergelak dibuatnya bila mengingatkan semua itu…

Puasa ‘Ceneke’, kata orang Negeri Sembilan.

 

Tetapi, nak tahu tak puasa Ramadan mana yang saya anggap paling bernostalgia?

 

            - Puasa sewaktu sekolah menengah di Maahad Ahmadi, terutamanya ketika tingkatan 2 hingga 4. Senario paling mengasyikkan ialah ketika duduk mendengar nasyid ramadhan Nadamurni dan The Zikr (orang lama tentu kenal kumpulan nasyid ini) melalui corong speaker Musolla sebelum waktu berbuka. Senario paling ‘thrill’ pula ialah solat terawikh : abang-abang senior berlumba-lumba nak bertasbih ‘Albadrul munniiiru Muhammad’!. Kita yang junior ini pula, bak ‘tentera Tuhan’ menjawab sekuatnya - Solluu Alaih…!

 

Itu ramadhan penuh nostalgia. Penuh ‘feeling’. Sementara Ramadhan ‘paling berkualiti’ pula ialah :

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

‘Tadi, ustaz ada mengatakan ‘Tuan guru bersanad? Boleh terangkannya lebih lanjut?’

 

 

*Artikel ini merupakan sambungan entri ‘Adakah saya perlukan ustaz jika menghafaz menggunakan Kaedah Jibril?’  yang diposkan sebelum ini.

 

 

Oh ya, maksudnya begini. Seperti yang diterangkan di atas, belajar Al-Quran secara berguru amat penting, tidak kiralah samada anda belajar untuk memperkuatkan hafazan, memahirkan tajwid ataupun untuk menguasai Qiraat. Cuma, jangan lupa untuk pastikan perkara yang lebih utama iaitu, anda perlu memastikan bahawa tuan guru tersebut memiliki sanad dan ijazah Al-Quran.

 

Soalnya, apakah ijazah & sanad Al-Quran?

 

1.         Ijazah Al-Quran ialah satu anugerah seperti sijil pengiktirafan yang diberikan oleh tuan guru kepada anak muridnya yang selesai menguasai bacaan Al-Quran secara talaqqi & musyafahah bersama tuan guru yang juga memiliki ijazah.

 

2.         Sanad pula ialah senarai rantaian nama panjang, bermula dari pemilik sanad hinggalah berakhir kepada Allah S.W.T. Selalunya, pemberian sanad akan disatukan sekali dengan ijazah Al-Quran. Oleh itu, lebih mudah untuk kita memahami ijazah dan sanad sebagai perkara yang sama.

 

Hmm… rasanya kita agak ‘confuse’  mengenai sanad bukan? Baiklah, saya akan terangkannya dengan lebih terperinci.

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Adakah saya perlukan ustaz jika menghafaz menggunakan Kaedah Jibril?

(Syeikh Sayyid : antara tuan guru Al-Quran saya di Mesir)

Sebelum menjawab soalan di atas, saya ingin berkongsi satu pengalaman menarik bertalaqqi dengan salah seorang tuan guru Al-Quran saya yang dihormati : Syeikh Sayyid Ali Abdul Majid Abdul Sami’.

‘Ya Muhammad, Syeikh di mana? Hari ini ada talaqqi ke tidak?’

Saya bertanyakan Muhammad, anak Syeikh Sayyid dengan nada separuh mencungap, sambil menyapu peluh di muka…

‘Maaf, Syeikh baru keluar, ada urusan penting…Katanya, esok sahajalah datang talaqqi..’

‘Aduhai, sabar yelah…’ saya berkata dalam hati, sambil berharap semoga ‘peristiwa perit’ itu tidak berulang esok.

Peristiwa perit? Mana tidak peritnya. Untuk bertalaqqi dengan salah seorang pakar rujuk Al-Quran Al-Azhar ini, saya terpaksa meredah musim panas berhabuk Kaherah yang kadangkala mencecah 46 celcius. Lebih parah lagi, perjalanan ke rumahnya dilalui dengan menukar bas tanpa ‘aircond’ sebanyak 3 kali. Itupun kalau bernasib baik, dapatlah duduk. Jika tidak, terpaksalah berdiri hampir 2 jam dicelah penumpang arab yang besar-besar.

Ingin tahu tahap kepadatan bas itu? Bayangkan kepadatan ‘ikan tin sardin’ dan gandakannya 3 kali. Anda akan dapati itulah tahap kepadatan bas yang terpaksa saya lalui setiap kali ingin pergi bertalaqqi!

Read more »

Share/Save/Bookmark

TIPS HAFAZAN ADVANCE 2 : INGIN SERTAI PERLUMBAAN ‘MARATHON 30’?

 

 

Bagaimana hendak menghafaz 30 juzuk Al-Quran dengan menggunakan Kaedah Jibril?

 

Itu antara soalan paling popular ditanya dalam setiap seminar Kaedah Jibril. Saya sengaja mengkhususkan bab ini untuk menjelaskannya.

 

Memang bagi kebanyakan peserta, secara idealnya 10 surah yang dicadangkan dalam Kaedah Jibril memang agak mudah dihafaz. Paling tidak pun, setelah dicampur dengan ‘cuti motivasi menurun’, cuti m.c sakit, waktu holiday dan bermacam-macam jenis ‘cuti kecemasan’ lain, dalam masa setahun dua selesailah kesemuanya.

 

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menanam impian menggunung ingin ‘menakluki’ keseluruhan 30 Juz Al-Quran?

 

Dari sinilah cerita kita bermula.

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review