
(Gambar saya & isteri di MonaVale Garden, N.Zealand…By the way, Abang ucapkan kpd ayang comeyl : Selamat ulang tahun perkahwinan ke 2 pada 16.3.2010 ini…Semoga dengan kehadiran Aliya yang nakal&comel, hidup kita lebih banyak tersenyum, suksess, diredhoi Ilahi dan bahagia…Amin ya Robb)
Saya pernah menetap di Mesir selama 3 tahun (2000-2002) dan sekarang, sudah masuk tahun kedua di New Zealand…. banyak perkara yang boleh dipelajari darinya… Disini saya ringkaskan untuk sama-sama kita renung-renungkan…
NEW ZEALAND : YANG O.K
- Pemandangan cantik & sangat bersih (filem Lord of The Ring difilemkan disini)
- Sangat pentingkan kredibiliti dan beretika tinggi (rasuah disini amat kurang, tak hairanlah indeks rasuahnya rendah)
- Masyarakatnya sangat berperaturan (cthnya : jika memandu, patuh kepada hadlaju dll)
- Kebanyakan orangnya honest, boleh dipercayai…
- Jalannya kemas & teratur, takda lopak sana sini
- ‘Map’nya boleh dipercayai, kerana up-to-date… (tapi sekarang lebih mudah guna GPS sj)
- Kebanyakan urusan dengan kerajaan, semuanya secara online – bayaran, pendaftaran banyak guna internet dan email.
- Jarang guna ‘cash’ bila membeli-belah (debit card sangat terkenal dan boleh guna mana-mana!….. kedai gunting rambut pun boleh…)
- Rakyatnya tidak begitu terserlah materialistiknya (rumah comel2 je, tak besar melaut simbol bermegah2 spt sesetengah rakyat Melesia bina rumah)
- Rakyatnya sangat mementingkan keindahan alam sekitar (tidak spt kita, asal jumpa hutan cantik je, siaplah utk ditarah dll)
- Rakyatnya menitikberatkan senaman (ramai orang yang jogging setiap hari)
- Sistem pungutan sampahnya sangat teratur (3 tong sampah setiap rumah : recycling, rubbish, organic)
- Banyak taman bunga.. (Klu tak salah sy, Christchurch adalah bandar yg memiliki taman bunga terbanyak di dunia)
- Sekarang, senang cari makanan halal dan ulam2 (petai pun dah ada!!, import dari Thailand)
- Garage sale! : banyak barang murah boleh dibeli..
- Sistem pendidikannya yg kurang stresskan anak2 kpd score A, tapi lebih kpd perkembangan berfikir dan kreativiti.
- Banyak perpustakaan! Di U.C Library, siap ada tempat tidur-tidur lagi… (contoh library yg ‘friendly user’..)
- Wajib renew W.O.F (warrant of fitness) kereta setiap 6 bulan! – Safety first!!
- For sure : All Black!
NEW ZEALAND : YANG K.O
- Jarang dengar azan (Di Christchurch, setahu sy ada 2 buah masjid sj)
- Sewa rumah mahal! (rumah saya sj, sewa bulanannya RM 2,500 sebulan… Itu dikira murah tu…)
- Kurang aktiviti keagamaan (silap-silap rohani kita boleh nyawa2 ikan)
- Susah nak cari makanan Malaysia spt sate, char kuey tiau dll)
- Sejuk!!… sekarang musim panas pun malamnya mencecah 7 celcius…
- Orang mabuk hujung minggu
- Mallnya cepat tutup, pukul 5 je, hampir semua kedai dah off.
- Sewa internetnya, walaupun laju tapi agak mahal dan terhad kapasiti downloadnya.. (depend on jenis perkhidmatan yg kita sewa)
- Kena beli ubat dgn merujuk prescription doctor dlu… (tak macam Melesia, mudah sikit..)
- Orangnya bila berbicara, sebut huruf ‘E’ macam bunyi ‘I’…konfius jugak kdg-kdg…
NEW ZEALAND : YANG PELIK
- Orangnya suka jalan kaki tak pakai selipar di mall
- Itik di sini boleh terbang macam burung!

MESIR : YANG O.K
- Banyaaaaak sangat masjid! – kalau terlepas solat jumaat di satu masjid, jangan risau, ada 3, 4 masjid lagi yg masih berkhutbah 20 meter dari anda!
- Azan yang bersahut-sahut (syahdu rasanya bila terkenangkan azan subuh di mesir pagi2)
- Para Masyaikh, ulama dan ‘alim kabiir’ ada di mana-mana! …terasa roh dihidupkan – mudah sj utk kita belajar free di mana-mana masjid/surau dan dengar zikir dialunkan setiap masa…. Terasa keberkahannya…
- Banyak makanan free bulan ramadhan! (teringatkan ‘firakh’ free di Masjid Khazandarah)
- Jus buah-buahannya! Pekat, Original, Murah dan delicious (Asob, mango, tamarhind , gawafah dll)
- Madeh : selawat memuji Nabi S.A.W… Saya suka dengar madeh sambil minum ‘Syai’ free di Masjid Toriqah Ja’fari, Hussein.
- Selain Piramid dan Sungai Nil, ada banyak tarikan islamik : Masjid, maqam auliya (Maqam Imam Syafie disini), Tempat bersejarah dlm Quran (Sinai, tempat Musa ber’dialog’ dgn Tuhan disini) – mungkin itu sebabnya Mesir dikenali Bumi para Nabi..
- Kedainya lambat tutup…keluar jalan-jalan pukul 1 pagi pun rasa macam 8 malam!
- Bulan Ramadhan : terasa sangat ia dihidupkan…boleh pilih nak dengar bacaan imam mana paling best ketika solat tarawikh (Syeikh Jibril yang terkenal itu asalnya imam di Masjid Amru Al-As disini)
- Tambang teksi dan basnya murah (dulu tambang bas dari rumah saya di Hayy Sabi’ ke Syoubro hanya 25 sen sj)
- Ma’rad Duali : Pameran buku tahunan, antara terbesar di dunia..kalau nak digambarkan saiz pameran buku ini, bayangkan sj, dewan pameran buku Malaysia di PWTC itu, jumlahnya ada hampir 20 buah disini!
- Ramai orang disini sembahyang jemaah solat 5 waktu di masjid!
- Orangnya, walaupun ramai yang miskin, tapi tahap kepercayaannya kpd Tuhan sangat tinggi…
MESIR : YANG K.O
- Panas tahap haba dari neraka! (baca entri saya sebelum ini ada menceritakannya)
- Kotor! (sorry, tapi terpaksa nyatakan realiti)…orang ramai banyak ‘pancut’ tepi bangunan…
- Tandasnya Inna lillah…kadang-kadang nak buang air pun tak jadi!. Yg boleh sy gambarkan ialah : di sana, tandas awam paling bersihnya sama tahap dengan tandas ‘gred C’ di Malaysia.
- Musim panas, kalau naik bas, nasihat saya : bersiaplah dengan topeng jerebu, sebab bau orangnya dasyat! (bayangkan, bau orang yg tak mandi 3 hari disembur dgn minyak wangi)
- Kaherah padat! ( tak salah saya, di Kaherah sj ada hampir 10 juta orang)
- Bising (di Kaherah) dengan hon sana-sini!
- Orangnya ketika memandu, sangat tidak mengikut peraturan dan membawa dengan cara agak merbahaya… selalunya bila naik ‘tramco’ (van sewa), saya duduk paling belakang, siap2 ‘mengucap’, then tidur sambil harapkan agar Allah pelihara perjalanan!
- Masa mula-mula sampai, ingatkan bahasa Arab yang belajar 7 tahun digunakan, boleh terus guna utk bercakap…rupa2nya mereka cakap ‘arab pelik’ : Arab ‘Ammi’ iaitu bahasa pasar…. Sekali dengar, macam bahasa Perancis + German pun ada….
- Banyak ‘baksyish’ – rasuah cara terhormat….
MESIR : YANG PELIK
- Teksinya, bila hendak keluarkan penumpang, suka berhenti tengah jalan! Lepas tu, ramai-ramai kereta belakang ‘hon’ marah2…
- Jika naik bas pula, kalau kita tahan, ia tak berhenti sepenuhnya, dan kalau hendak keluar, perlu ‘jaga step’ ketika melompat, sebab bas tidak berhenti sepenuhnya!
- Jangan terperanjat di jalan raya Kaherah, ada keldai dan kuda di tengah jalan sebelah kereta anda di tengah ‘traffic jam’…
- Ramaaai orang yg membina rumah ‘atas kubur’… akibat kemiskinan yg teruk disana… (Depa tak takut pun ‘hantu kubur’ macam kita…hehehe)
- Kalau naik keretapi kelas 3, silap-silap, penumpang sebelah anda adalah ayam, itik dan kambing!
- Jika anda solat sebelah polis atau anggota keselamatannya, depa ‘selamba’ je letakkan senapang M16 depan tempat sujud! Kita pula yg naik risau…
APA YG BOLEH KITA PELAJARI DARI FAKTA DI ATAS?
- Beza kualiti antara negara ‘umat islam’ dengan negara ‘umat bukan islam’ dari segi pendidikan, gaya hidup, kebersihan, kesihatan, tahap pemikiran dll… Terasa ada kebenarannya dalam kata-kata Syeikh Mohammad Abduh ketika berjalan-jalan di Eropah :
رأيت الاسلام و لم ار المسلمين و رأيت المسلمين و لم ار الاسلام
“Aku melihat Islam (di Eropah), tapi tidak melihat Muslim. Dan aku melihat Muslim (di Mesir/negara Arab) tetapi aku tidak melihat Islam”.
- Dari sini, terserlah beza besar antara masyarakat kelas pertama dan masyarakat kelas ketiga….. Malaysia? Bak kata suratkhabar suatu ketika dulu : Negara berinfrasturktur ‘first class’ tapi bermentalitikan ‘third class!’….
- Banyak yang perlu rakyat kita lakukan untuk sampai ke tahap Negara kelas pertama spt New Zealand ini…. Mungkin perlu bermula dengan silibus dan teknik P&P (pengajaran & pembelajaran) pendidikan kita perlu diprioritikan semula kot!….
- Patutlah masyarakat barat banyak memandang ‘sebelah mata’ orang & Negara islam…. Kerana mereka tidak dapat melihat contoh baik dari Negara islam sekarang yang lebih hebat dari mereka, sedangkan orang islam pula sibuk bernostalgia dengan cerita zaman keemasan islam lama…. Ada baiknya kita ‘walk the talk’ sekarang…
- Bukan tak ada ‘negative side’ orang ‘barat’ ni spt : Hedonism, ateis, masalah alcohol berleluasa, seks bebas dll….tetapi saya lebih suka melihat ‘positive side’ mereka…. Bak kata orang kita, ‘buang yang keruh, ambil yang jernih’…. Kata hadis pula :
“Kebijaksanaan itu adalah barang cicir orang Mukmin. Sekiranya ianya dijumpai, maka merekalah yang lebih berhak untuk mendapatkannya kembali”. (Riwayat Ibn Majah dan al-Tirmizi).
- Conclusionnya : walau sebaik manapun kedua-dua Negara tersebut, Malaysia tetap tanah tumpah airku yang tercinta!!! Bak kata pepatah : Hujan emas di negeri orang, hujan batu di negeri sendiri, lebih baik main hujan batu di negeri sendiri…..hehe…
Posted in




Terkenang pengalaman ketika di Mesir
Imran, ko ingat tk lagi rumah Aji & Sedek kat ‘sutuh’ di Khazandarah dulu bila musim panas, macam ‘sakhonah’ ghaso’ eh..??? Nasib baik gumah ko tgkt bwh…sojok skit…
Apo lak tak hingat eh, siap sombur air kek dinding… haha
Hubbul watan minal iman…huhuhu