
Dah 3 4 hari juga saya tak update blog ini…. sebabnya saya sibuk menguruskan aqiqah anak pertama saya yaya….
Di negara yang terkenal dengan ‘kambing lebih ramai dari orang’ ni, harga seekor kambing taklah mahal, dalam Nzd 100 je (Rm 250)…. itu pun kira mahal sikit sebab kami menyembelihnya di ladang….kalau beli-then-bawa balik hidup-hidup, harganya setakat Nzd 20-40 je seeeekor…
Cuba tengok dlm gambar di atas, rilek je kambing paling depan tu ‘control hensem’ berposing.. tak sedar kejap lagi jadi korban…… tapi sebelum tu, letih juga nak menangkapnya… nasib baik hasanin, abang shokri selaku ‘ketua koboi kambing’ dan anaknya tolong kejar sekali… teringat nostalgia kejar ayam kampung masa nak dekat raya masa kecik-kecik dulu….
Amacam…gemok kan?….. tapi bila kulitnya dah dibuang..kurus kedengking je kambing tu….
Disebabkan aqiqah ni elok disedekahkan secara ‘masak’ bukannya mentah, maka saya pun meng’kenduri-kendara’kan kambing itu…. Kali ini, tumpang sekali kenduri bro. Saadon yang kebetulan mengadakan majlis tahlil utk arwah mertuanya … depa anjur majlis, saya ‘support’ lauk kambing…. masak ape entah namanya (resepi rahsia dari Ina Mahfuz), tapi memang malam tu kata orang, ‘sedap hingga menjilat jari’!… berpeluh juga badan menahan pedasnya…. kira sesuailah dengan cuaca yang dah start sejuk sekarang….
Yaya pula, sama mem’bising-bising’ ’joint’ tahlil…. orang baca yasin, dia pun sama nak joint baca yasin…. tapi biasalah baby 4 bulan…. paling lama pun dia bertahan bising2 & main2 dgn kawan setakat 3 jam je….lepas tu ‘lentok’…. tengoklah, sedap je dia tidur kat babah dia…..

Thanks 4 everibodi yg sama tolong-menolong, ekspesielli bro. saadon yg sudi membenarkan kami ‘joint’ kenduri skali…. moga niat, usaha, zikir dan doa kita didengar dan dimakbulkan Allah…. Amin..
.
Posted in




Tahniah!! Murah buat aqiqah kat NZ. Kalau kat Malaysia dah habis dalam RM700 untuk seekor kambing. Alhamdulillah, anak-anak den semua buat aqiqah kat Dewan Selera Maahad dan ITQAN je