Perangai pelik bila ‘first time’ main salji….

 

 

‘Kekekeke….Laa…. gayat eh ko jumpo salji kat sini..’ Mahfuz sedang gelakkan saya, ‘orang dari planet Malaysia’ yang first time dapat main salji sampai terbenam-benam badan….

 

‘Biasolah…kat Melesia mano ado ghaso main guling2 camni….’ais’ dlm peti sojok ghumah den tak cukup banyak!’… Saya menjawab, sambil meneruskan aksi-aksi pelik guling-guling ala ‘Bollywood’ di Porter Pass, New Zealand…

 

‘Kalau nak laie best, kojap laie kito main ski kojar-kojar kat atas nun, peh tu bilo dah lotih, amik yo ais ni jadikan A.B.C!….. Sahut Mahfuz, sambil ke kaunter dengan Abg Mat untuk menyewa peralatan bermain salji….

 

‘Yolah, nak golak ko, nak perli ko, den O.K yo…tongah gayat ni….’

 

Memang saya mengaku, saya agak terbawa-bawa perangai ‘gayat’, sebab itulah ‘first time’ saya bertemu dengan salji tebal-tebal secara live….Jika di Mesir dahulu, ada juga ‘terserempak’ dengan salji ketika mendaki Bukit Sinai, tetapi yang sedihnya salji disana hanya ‘tompok-tompok tahi unta’ sahaja…dan ketika berpeluang pusing-pusing Eropah tahun 2000 dulu pun, waktunya pula tidak tepat iaitu musim panas….

 

Jadi, peluang bermain salji di Pusat Peranginan Ski Porter Pass saya habiskan bersungguh-sungguh… paginya kami ber’gasak’ ‘try-and-error’ main ski (banyak errornya dari yg betul sampai sakit-sakit badan tergolek), petangnya pula kami singgah di sebuah tasik yg beku akibat musim sejuk, bergambar puas-puas….

 

Dalam riang-ria bermain-main salji disana, saya sempat terpegun dengan cantiknya pemandangan alam semulajadi New Zealand…Subhanallah…putih saujana mata memandang…. Sempurnanya ciptaan Allah tidak dapat saya gambarkan dengan tulisan….Patutlah New Zealand terpilih sebagai lokasi filem ‘alam bunian orang putih’ iaitu Lord of the Rings…

 

Terfikir juga saya ketika itu ‘Ekstrem betul rupanya ‘sejuk salji’ di musim sejuk ni…. Kalau tiap-tiap hari begini, naik beku badan!

 

Cuacanya sangat ekstrem, berbeza dengan cuaca di Malaysia yang agak ‘mild’… dan saya mengira, masyarakat yang duduk disini juga perlukan ketahanan luarbiasa utk menyesuaikan diri dengan cuaca yang sering berubah-ubah….

 

Ketika saya di Mesir dahulu pun lebih kurang sama, ekstrem panas pula!… saya masih ingat lagi, jika suhu sekitar 42-48 celcius itu perkara biasa…kira masih ‘ringan’ tu…. Kalau setakat ambil wuduk dengan ‘air paip suam’, itu selalu kami amalkan…Dan selalunya bila masuk sahaja musim panas, ribut pasir bercampur dengan haba ‘dari neraka’ Allah sahaja yang tahu deritanya!…Bayangkan, saya pernah rekodkan suhu tengah malam dalam bilik saya lebih kurang sama dengan suhu tengah hari di malaysia iaitu 34 celcius! Berpeluh-peluh tidur! Sabar yolah…..

 

 

 

(gambar lama saya ’main unta’ berhadapan piramid di Mesir)

 

Kesemua pengalaman merasai suhu ekstrem sejuk dan ekstrem panas itu membuatkan saya terfikir :

 

- Adakah cuaca ekstrem boleh menyumbang kepada peningkatan ketahanan fizikal dan mental manusia?

- Adakah cuaca ekstrem menyumbang kepada kreativiti manusia?

- Adakah cuaca boleh berperanan untuk membentuk personality/tingkahlaku manusia?

- dan, adakah kerana cuaca di malaysia relatifnya tidak terlalu ekstrem (tidak terlalu panas spt Mesir/Timur tengah, dan tidak terlalu sejuk spt negara bersalji) menyumbang kpd karakter rakyat malaysia (baca : melayu) yg kurang ekstrem & kurang daya kreativiti?

 

Saya tidak tahu jawapannya, dan saya pulangkan kepada anda untuk memberikan pendapat….hmm… bagus juga kalau soalan di atas dijadikan tajuk Ph.D kan? (hubungan cuaca dengan personaliti manusia)…..Renung-renungkan…

 

P.s : Special Thanks to my friend, Mahfuz sbb ajak main ski haritu…nanti buleh kito main salji laie next time… Harap-harap salji lebat turun kat Christchurch tahun ni….buleh kito guling-guling main salji dopan ghumah yo!

P.s 2 : Mohon maaf, kpd siapa yg nk bagi komen/ pendapat, harap hantar ke emel  : Asraff2@yahoo.com, sbb borang komen sy bermasalah…tetiba je hilang!

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review