Kaedah Jibril v.s Metode Jibril ??

 

 

Wah! sukar banget terjemahin Ebook Kaedah Jibril!

 

Itulah yang berlaku kepada saya seminggu dua ini…. Pening kepala bila cuba translate ebook Kaedah Jibril ke Bahasa Indonesia…. Sebabnya ialah, sy banyak menerima emel dari warga Indonesia yang inginkan ebook ini….

 

Tetapi saya tahu, ia tidak boleh diberikan begitu sahaja sebelum diterjemah…jika tidak, takut-takut maksudnya berlainan pula nanti… anda faham2 sajalah, banyak perkataan BM yg berbeza makna dengan B.Indo, contohnya ‘gampang’. Bagi orang indo, maksudnya ialah ‘mudah’, sementara kita, hehehe….faham-faham sajalah….

 

 

Itu tak ambil kira masalah ‘grammar berlainan’ antara kedua bahasa ini walaupun berasal dari rumpun nusantara yang sama…. Saya masih ingat lagi beberapa rakan Indonesia yang sama mengambil Master Psikologi di UKM dulu ‘terkebil-kebil’ mendengar syarahan Prof…. bila ditanya  :

 

‘mbak faham nggak?’

 

‘Lho, nggak faham langsung!’

 

Maka, untuk menjadikan proses penterjemahan ebook ini lebih mudah, terpaksalah saya ‘menuntut’ ilmu B. Indonesia dari film ‘ketika cinta bertasbih’, ‘Laskar Pelangi’, hadam kembali novel ‘Ayat-ayat cinta’, dan tidak lupa, belek2 semula koran (akhbar) Republika.co.id.

 

Namun saya akui, walaupun berbantukan film, buku dan koran itu, kemahiran B. Indo saya sudah tumpul. Sudah berkarat. Mngkin 4 tahun dahulu, disebabkan terlalu sering berbicara sama teman2 indonesia, orang akan menyangka ‘Asraff, ko ni asal indonesia ke?’…, Tetapi sekarang, disebabkan kurang praktis, lenggok bahasa indonesia itu sudah lenyap dari hujung bibir, digantikan dengan ‘slang’ Bahasa orang New Zealand pula….

 

Apapun, nasib baiklah ada teman Indonesia yang masih panjang silaturrahminya di Facebook. Terima kasih Mbak Oki, karena bisa luangkan waktu mengedit ebook Kaedah Jibril… Mbak bilang :

 

‘Asraff, perkataan ‘Kaedah’ perlu diganti kepada ‘Metode’!, Kalau tidak, ia nggak bisa difahami….’

 

‘Baik Mbak, Oke aje…’

 

=======================================

 

P.S – Bagi pegunjung Blog dri Indonesia, jika kalian mahu ebook KaedahJibril dalam Versi Indonesia, silalah emel saya di asraff2@yahoo.com

 

Nanti bila sudah siap, mudah bagi saya beritahu sama kalian semua, dan juga, ada tawaran special menanti kalian yang mendaftar dulu lewat emel….

 

 

.

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

Leave a Reply

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review