.

Macam tak percaya Ustaz Asraff nak melawan. Macam nak memberontak. Apa masalahnya? Jarang dengar ‘ustaz-ustaz’ berkelakuan begini bukan? Atau, ada something wrong ke dalam fikiran saya?
Sabar, sabar. Nanti dulu. saya bukannya nak melawan dan memberontak tak tentu hala. Jauh lagi dari nak cetuskan revolusi. Sebenarnya, azam saya tahun ini nak melawan 3 perkara ini yang selama ini mengganggu ‘kenormalan’ hidup saya iaitu :
1 – Nak melawan nafsu makan
2 – Nak melawan nafsu malas buat kerja
3 – Nak melawan nafsu malas beribadah
Pembaca cuba baca dan jika ada perkara baik didalamnya, Alhamdulillah. Atau, jika pembaca ada pandangan lain, saya amat mengalu-alukannya.
1- MELAWAN NAFSU MAKAN DENGAN KURANGKAN BERAT BADAN
Kalau nak dibandingkan berat badan sy awal tahun lepas dgn awal tahun ini, beratnya bertambah 13 kilo. Banyak bukan? Mana tidaknya. Saya terlalu manjakan diri di New Zealand. Musim sejuk saya jadikan alasan ‘tak bersenam sebab cuaca luar sejuk’. Bila buat kerja depan komputer, saya jadikan snek serta adik-beradiknya sebagai teman setia. Kerjanya baru suku jalan, tapi coklatnya sudah habis 2 bar…MasyaAllah!
Akhirnya, doktor beri berita kurang menyenangkan. ‘Asraff, jika berterusan dengan berat begini, kesihatan anda banyak terganggu’. Saya pun perasan, badan sudah banyak bagi ‘signal2′ ia sedang terdesak dan perlukan bantuan.
Akhirnya awal bulan 12 lalu, tepatnya 5.12 saya sudah ‘on’kan azam untuk berubah.
Perkara pertama saya lakukan ialah – tak sentuh langsung gula. Minum kopi, milo dan teh semuanya tanpa gula. Ambil gula pun secara tak langsung seperti buah dll.
Kemudian, makan sayuran sj tak kiralah walaupun tekak saya kata ‘tak best’. Lepas tu senaman saya jadikan ‘rutin wajib’ walaupun minggu pertama badan sakit2. Kemudian, ada lagi beberapa tips lain dari KEVIN ZAHRI saya amalkan. Metabolism, diet dll.
HASILNYA? – bulan pertama saya sudah turun 7 kilo. ‘Wallahi’ benar! Saya pun terperanjat. Macam tak percaya ia berjaya. Sekarang dah masuk bulan kedua (Januari) dan setakat ini sudah turun lagi 2 kilo. target saya bulan ni tak banyak, dapat turun 5 kilo pun Alhamdulillah.
Berbaloi juga bila dapatkan nasihat dari pakar ni. Hasilnya nampak dan berjaya. Jika anda ada masalah sama dan nakkan hasil yg ‘InsyaAllah confirm jadi jika diikuti’, saya sarankan cuba ikut nasihat Kevin di link ini : http://bit.ly/wSOzIP
2- MELAWAN NAFSU MALAS DENGAN LEBIH CONCENTRATE BUAT KERJA.
Kerja melambak-lambak. Senarai kerja menunggu bersusun tapi deadline kerja saya sering terganggu. Asyik-asyik berganjak saja ke hadapan. Bukan tiada yang siap ‘on time’, ada. Tapi lebih banyak yang ‘langgar timetable’ dari tepat pada masa.
Kaji punya kaji, masalahnya bukan pada deadline. Bukan pada ‘tugas ini terlalu sukar’. Bukan, bukan. tapi masalahnya ini : malas dan suka bertangguh.
Saya terlalu ikutkan nasihat nafsu ‘alah, cuba rileks sekejap. Surfing internet ke, layan facebook ke…esok boleh sambung kerja ni’. Hasilnya apa tuan-puan? Kerja tak berjalan dan perasaan malas pun makin bertambah.
Akhirnya saya ambil keputusan drastik : Asraff, anda dilarang surfing berita, buka facebook dan baca emel selagi anda tak habiskan tugasan harian! Arahan ini WAJIB DIIKUTI dan berkuatkuasa serta-merta! No Excuse!
Saya cuba tukar prioriti. Kalau dulu pagi-pagi saya akan mulakan kerja dengan membaca akhbar online, diikuti emel dan facebook. Tapi kini terbalik. Semua itu akan saya buka lewat malam bila semua kerja wajib sudah habis disiapkan.
Hasilnya setakat ini excellent. Alhamdulillah superb! Kerja yang sebelum ini ambil masa seminggu nak disiapkan kini habis dalam masa 3 hari saja. Benarlah kata bijaksana ‘betulkan prioriti, jaga masa dan anda akan lihat hasilnya sempurna’.
Pembaca, tolong doakan azam ini berterusan yea.
3- MELAWAN NAFSU ‘AMMARAH BISSUK’ DENGAN ISTIQOMAH BERIBADAH.
Nafsu ni, nak tahu dia ada atau tak dalam badan kita, samada dia kuat atau tidak mudah saja. Buat amal ibadah spesifik dan cuba kekalkan. Anda akan tahu betapa besarnya pengaruh dia dlm diri anda.
Saya pun selama ini terlalu sangat ikut nafsu. Manjakan dia. Baca Quran tak konsisten jumlahnya. Qiam/solat sunat kadang2 on kadang2 off. Zikir pun begitu, biji tasbih lagi banyak dari zikir. Sedekah lagilah kurang. Asyik-asyik duit syiling dan duit seringgit sj jadi ‘mangsa’ sedekah. Duit rm50? Hmm…selamat pergi ke shopping kompleks.
Pendek kata, tiada amalan yang konsisten. Pasti Allah marah jika saya berterusan begini. Jadi tahun 2012 saya nak fokuskan untuk melawan nafsu. Nak mulakan dengan betul-betul buat amal baik. Tidaklah mendadak banyak. Sedikit sj tapi berterusan. Kali ni, saya nak ikut betul-betul petua Rasul : Sebaik2 amalan ialah amal yg sedikit tapi berterusan.
Saya akan cuba pastikan ia berjaya. Letih macammana pun qiam/baca Quran mesti mencapai jumlah yg disetkan. Kurang duit macammana pun sedekah tetap ‘on’. Pendek kata, Saya nak buat nafsu menyesal. Nafsu mengaku kalah. Kalau boleh biar setan ‘pangkat prebet’ yg selalu kalahkan saya ni angkat bendera putih, pergi jumpa bossnya – setan pangkat general minta petua baru nak ‘tipu’ saya.
Mohon doa pembaca untuk iringi azam ini agar ia berjaya. Saya tahu, kalau setakat sandarkan pada azam atau kekuatan diri saja, confirm saya kalah. Dah terbukti bertahun-tahun resultnya sama. Asyik kalah saja dengan nafsu/bujukan setan tahap prebet. Jadi saya amat perlukan doa2 ajaib dan tulus kalian untuk menyokongnya agar berjaya. Minta Allah salurkan ‘kekuatan’ dariNya untuk atasi kelemahan ini.
—————————————-
Pembaca yg baik hati, mengapa sy berkongsi azam kali ni?
Adakah saya nak ‘menunjuk2′? Tidak, jauh sekali. Saya berdoa moga dijauhkan Allah dari itu. Lagipun azam ini (kecuali turun berat badan) baru saja diaktifkan. Hasilnya pun belum tentu lagi. Tidak ada apa yg perlu dibanggakan dengan sesuatu yg belum ada hasilnya. Sebenarnya begini :
- setiap kali sy pos sesuatu di blog ini, sy akan menerima banyak emel/respon pandangan, doa dan penghargaan. Terima kasih saya ucapkan untuk jari2 yg tulus menulisnya. Tuan puan tahu apa kelebihan semua itu? – Ia memberi motivasi. Ia berkongsi kekuatan. Apabila saya menerima dan membacanya, akan ada satu kekuatan ‘kebersamaan’ timbul dan dari itu, saya akan menjadi lebih kuat untuk meneruskan apa yg diazamkan. Kata orang, sharing is caring. Bukan sy yg caring anda, tapi tuan-puan semualah yg ‘caring’ saya.
- saya percaya, bila kita berkongsi sesuatu yg baik, Allah akan ‘membalas’nya dengan seusatu yg baik juga dan dalam hal ini, sy berharap azam saya berjalan lancar. tambahan pula bila ia sudah diwar-warkan, say akan lebih bersemangat mengotakannya kerana saya merasa terbantu dengan sokongan dan doa kalian semua. Itulah manfaat kebaikan. Tenaganya tidak putus-putus.
Pembaca budiman, tolong doakan kejayaannya. Dan jika anda pun ada azam-azam sama atau azam yang lebih baik, saya juga akan doakan perkara sama untuk anda. Saya yakin, doa yang kita panjatkan Allah akan dengar dan Allah akan beri jawapan positif, sebab Tuhan kita sangat-sangat dan amat-amat positif kepada hamba yang mengadu tulus ikhlas kepadanya.
‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.’ – Al-baqarah, 186.
.
Posted in




semoga ustaz berjaya dengan azam baru ustaz, azam saya tahun ini ingin menurunkan berat badan tapi saya gagal untuk bersenam, walaupun jaga makan sahaja tidak mencukupi untuk saya, terima kasih.LOL
Salam ustaz,saya suka baca semangat ustaz ini. Moga Allah terus bagi kekuatan kepada ustaz untuk melawan. Saya kagum dengan disiplin ustaz dalam membuat kerja. owh, saya juga harus menjadi begitu, tidak mahu menangguh-nagguhkan kerja dan lebih berdisiplin dalam mengurus masa. Fb, you tube dan segala bagai benda alah online ni memang mengganggu. sebenarnya syaitan yang mengganggu supaya kita lagha dengan segala macam benda online ni. huhu..
Thanks sebab selalu subscribe sy.
Assalamualaikum ustaz, semoga dalam keadaan sihat dan barakah Allah swt. Saya setuju dengan apa yg ustaz katakan. Saya ambil 100% juga peringatan untuk saya. sesungguhnya apa yg ustaz katakan itu betul dan itulah juga yang mengganggu saya. Kita doakan sama2 agar kemudahan diberikan oleh Allah kepada kita. Amin Ya Rabbal A’lamin …
Salam ustaz dan keluarga…
Semoga ALLAH memudahkan segalanya…
InsyaAllah ustaz akan berjaya mencapai azam yang diinginkan, saya berdoa semoga ustaz berjaya.
InsyaAllah, mudah-mudahan kita semua akan berjaya melaksanakan apa yang kita azamkan dan membawa kita lebih dekat dgn Allah. Bagi diri saya, memang kene lawan betul2lah ni, terutamanya bab malas nak beribadah….
Ustaz berazam nak kurangkan berat badan, tapi saya berazam nak naikkan berat badan. Badan saya masih kurus walaupun dah kawin. Berat 50 kg je..byk orang komen badan kurus. Malu betul… Makan banyak dah, minum susu pun dah, senaman pun dah..aduhhh x naik2 jugak badan ni.
moga2 ustaz dapat melaksanakan azam tersebut dengan pertolongannya..amin. mohon doakan saya pula supaya rajin membaca al-quran dan memahami isi-isinya
Salam Ustaz..
tahniah ttg isu berat badan tu..saya rasa nak ikut ajerlah azam ustaz sbb mmg saya juga menghadapi masalah yg sama year in and year out..masih mcm tu setiap tahun..yg berubahnya ialah usia, semakin meningkat tetapi sikap masih lagi di takuk lama…insya Allah,mohon ustaz doakan saya juga berjaya yer ustaz..tq
Assalamualaikum, Ustaz Sihat?
Semoga Allah Terima Azam ustaz tu ok… Jazakallah
Perkongsian Ustaz ini menjadi ‘muhasabah’ untuk diri saya sendiri juga terutama bagi perkara 2 & 3.
terima kasih ustaz,
saya berdoa agar dapat berubah ke arah yang lebih baik dengan azam tahun ini.. azam saya dengan ustaz lebih kurang sama juga.. terima kasih kerana berkongsi pengalaman disini, amat bermakna bagi saya sebagai panduan. semoga ustaz berjaya dengan azam tahun ini. sekian, terima kasih.
Assalamualaikum ustaz. semoga kita sentiasa diberkati-Nya…masuk tahun baru,azam juga baru @ azam lama diperbaharui. Insya Allah dgn izin dari-Nya azam yang diniatkan & doa yg dipanjatkan setulus hati diikuti dgn usaha serta istiqamah segalanya akan tercapai/termakbul hendaknya. Terima kasih ustaz, untuk peringatan yg boleh dijadikan panduan bersama untuk saling memperbaiki andai terdapat kelemahan dan memperlengkap andai wujudnya kekurangan dlm usaha memperoleh redha-Nya. Saya juga punya azam. ternyata untuk mendidik hati menjadi patuh & berdisiplin bukan perkara mudah. mungkin mudah untuk memulakannya,tetapi untuk mengekalkannya banyak cabaran cuba menghalang…dan tak mustahil lebih mudah untuk mengakhiri/meninggalkan apa yg telah diusahakan jika tiada kekuatan dalaman (iman disertai sabar). namun yg pasti,ALLAH itu Maha Mendengar, Maha Mengetahui, Maha Pengasih & Maha Penyayang…saya doakan supaya ustaz dapat melaksanakan azam tahun ini seperti yang dihajatkan. doakan untuk saya juga ya ustaz..semoga ALLAH permudahkan segala urusan kita. Amin.
assalamualaikum ustaz and everyone,
simple but deeply inspiring post.. i’m motivated.
thank you and may Allah bless you and us.
Assalamualaikum Ustaz, semoga rahmat Allah sentiasa bersama ustaz.
Ustaz juga tolonglah doakan agar saya dan keluarga juga dapat melakukan perubahan kearah kebaikan.
salam ustaz…insya Allah semoga ustaz berjaya melaksanakan segala yang dihajati dengan usaha gigih serta doa2 yg diberikan. Sama2lah kita semua berubah ke arah yang lebih baik bukan sahaja ustaz yang berubah tapi semua pembaca yang sudi membaca azam tahun 2012 ustaz.