Asraff, jangan biarkan syaitan tersenyum lebar!!

 

 

 

All that is necessary for evil to succeed is for good men to do nothing.

  Edmund Burke 

 

 

Rasanya, saya telah ‘dipukul seratus kali’ apabila membaca ayat di atas. Ia diungkapkan oleh Edmund Burke, seorang negarawan  British. Mungkin ada yang terfikir :

 

‘Ustaz Asraff ni takda kata-kata ulama atau hadis lainkah yg boleh dirujuk selain orang ‘barat’ itu?

 

Nanti dulu…. Sabar… bukannya tiada ayat quran, hadis atau quote ulama muktabar, tapi ada cerita disebalik ayat di atas…

 

Kisah itulah yg ingin saya kongsikan kepada anda….

 

 

 

 

SIBUK, ATAU SEBENARNYA MALAS SAMBIL BERLINDUNG DISEBALIK ALASAN ‘SAYA SIBUKLAH SEMINGGU DUA NI!!’

 

Haa…itulah yg saya ingin kongsikan dengan anda semua tentang mengapa penulisan blog ini tidak diupdate sejak tiga empat minggu ini…

 

Ada cerita menarik disebaliknya… Konflik ‘holy war’ antara 2 suara kecil dalam minda saya yg bergelar :

 

1 : SANG ALASAN PURA-PURA SIBUK

2 : SANG ALASAN SEBENAR

 

 

SUARA 1 : CETUSAN HATI DARI ‘SANG ALASAN PURA-PURA SIBUK’.

 

Sebenarnya, saya memang sibuk 3 4 minggu ni. Pertamanya saya sibuk explore ‘trademe.co.nz’ utk cari rumah sewa baru. Maklumlah kami nak pindah rumah lain sbb rumah sekarang terlalu sejuk buat yaya. Insulationnya tak berapa bagus, heatpumpnya pula tak berapa power. Itulah sebabnya saya rasa rumah ini macam ‘peti ais reksasa’ bulan ni…Saya tak mahulah tidur dalam musim sejuk dengan menggigil kesejukan spt musim lalu!

 

Lagipun, saya bukannya duduk kosong sj…tidakkah yg sekarang ni sy sibuk menterjemahkan buku kaedahjibril itu dalam bahasa inggeris? Bukankah ada lebih berbelas emel dari pembeli ebook yg inginkan versi English (mungkin mereka baru convert to islam kot)? Bukannya senang nak menterjemah ni, lebih-lebih lagi jika orang yang menterjemahkannya berbantukan ‘grammar’ bahasa arab di kepala? – hasilnya : Ayat Englishnya lebih mirip lenggok German sebenarnya!

 

Itu satu. Ada lagi kerja lain. Ebook Kaeadah jibril pun saya sedang ‘upgrade’ dengan menambah isi lain. Banyak respon dari pembeli yg bertanyakan soalan serta cadangan baru.., jadi saya perlulah mengemaskini kandungannya… Barulah isinya lebih padat dan bernilai jika benar ia ingin tersenarai sebagai ’10 buku terlaris’ di MPH bookstore suatu hari nanti!

 

Lepas tu, mama yaya pula sedang ‘stuck’ dalam Ph.Dnya..punyalah payah nak mencari penyelesaian formula ‘heat transfernya’ sampai terpaksa call Profnya di U.S.A! Itupun dapat clue je. Bila dia tanya saya, saya bilang :

 

 ‘rasanya ilmu abang dalam bidang mechanical Engineering ni sama tarafnya dengan yaya je kot’… dengan kata lain ‘tak dapek den nak nolong doh…‘… Nasib baiklah akhirnya ada juga Prof brilliant di U.C ni yang sanggup membantu…. dapat juga saya lihat senyuman di wajahnya yg comel ni selepas ‘bermuram durja’ 2 minggu…

 

Then, nak dijadikan cerita, cermin mata saya pula patah. Dahlah kabur 1 dunia seminggu. Nak beli baru, kat sini harga spek matanya 3 kali ganda mahal dari Melesia. So, kene juga revise bajet….

 

Apa lagi ya? Oh ya…ada satu lagi. skarang hujan je di Christchurch. Sejuk betul cuaca. Maklumlah musim sejuk dah menjelma. Satu soalan kuiz untuk anda : apakah perkara paling enak dilakukan ketika musim sejuk? – jawapannya : belajar dari binatang : Hibernasi, atau bahasa mudah fahamnya : tidur bertapa dalam selimut tebal!…. Ha… ini satu lagi penyakit yg dah mula berjangkit pada saya…

 

Ada satu lagi sebab utk me’wajar’kan tidur sy di atas  - DEMAM + SELSEMA + BATUK! – penyakit 3 serangkai ni dah mula menyerang…. demam sy asyik ‘on-off’ je  seminggu 2 ni…nak concentrate update blog pun tak dapat…

 

 

SUARA 2 : CETUSAN HATI ‘SANG ALASAN SEBENAR’

 

Sudahlah Asraff. Mengaku sajalah. Anda sebenarnya diserang penyakit Malas. M.A.L.A.S. Full Stop. tak payahlah berselindung dengan alasan berjela-jela yang sengaja diperbesar-besarkan ceritanya di atas.

 

Benar, alasan tersebut wujud. Betul ia agak mengganggu. Tetapi jika mahu jujur, bukankah anda lebih banyak duduk kosong dengan yaya sambil merayau-rayau di alam internet? Bukankah anda lebih banyak bawa yaya jalan-jalan pusing- pusing bandar lepas hantar mama ke universiti? Then, bila balik, mulalah anda berniat tidur dengan beralasan ‘nak dodoikan yaya tidur’….

 

Bukankah ebook terjemahan english anda itu pun berjalan terkedek-kedek macam itik pulang petang? Bukan pada tahap ‘slow but steady’ but ‘slow akhirnya tido’? Janganlah beralasan ‘terjemahan saya ni agak lambat sebab saya agak lemah dlm English….‘ Bukankah English anda agak o.k utk tujuan itu, walaupun tidaklah bertaraf ‘Shakespeare’?

 

Nak kata tiada idea nak update blog? Maaflah…idea anda sebenarnya banyak. Cuma kemahuan anda saja yg dah merudum…

 

Apa lagi alasan anda?

 

Surah Taubah susah nak elaborate?

Nak tunggu idea dari mimpi?

Banyak kenduri baru-baru ni?

Telaah buku cari idea segar?

Musim sejuk tangan beku nak taip?…

 

Hai…mudah saja jawapannya : MALAS + MOTIVASI MENURUN.

 

 

KESIMPULANNYA :

 

Anda jangan percayakan alasan dari ‘SANG ALASAN PURA-PURA SIBUK’. Kebanyakannya hanya diperbesar-besarkan sahaja untuk dijadikan alasan. Percayalah, cetusan dari suara 2 – sang alasan sebenar – lebih tepat dan lebih dekat dengan kebenaran.

 

Itulah yang berlaku setiap kali kita menanam mimpi. Syaitan akan menghantar ‘general’nya untuk menggagalkan impian luhur kita. Ketika itulah kita akan terasa yang motivasi mudah sahaja turun-naik macam roller-coaster.

 

Begitu jugalah iman kita. Sekejap naik, sekejap turun. Mungkin hari isnin kita boleh bertahan sejam menghabiskan 1 juz selepas maghrib, tetapi hari selasa belum tentu lagi. Silap-silap semuka pun tak sempat.

 

Hendak salahkan kesibukan?

Atau bujukan general syaitan?

Atau ini : rayuan nafsu yang akhirnya menghasilkan penyakit B.E.D : blame, excuse & deny!

 

 

Staright to the point : Bagaimana untuk menaikkan semula momentum motivasi kita?

 

1 – “Kejahatan akan menang besar apabila orang baik tidak berbuat apa-apa

 

Begitulah lebih kurang maksud kata-kata Burke… Memang, cetusannya amat mengilhamkan saya. Ia bagaikan ‘wake-up call’ yang mengejutkan saya dari mimpi lena. Betul ia kata-kata orang ‘barat’, tapi saya percaya juga dengan kata-kata ini :

 

“Hikmah itu adalah barang orang mukmin yang hilang, dimanapun dia menemukannya, dia lebih berhak untuk memilikinya.” (Riwayat At-Tirmidzi)

 

Hikmah kebijaksanaan itu milik umat Islam. Jika hikmah itu tidak ada pada kita tetapi wujud pada orang lain, beerti hikmah itu tetap milik kita. Jangan kerana hikmah itu berpunca bukan dari ‘mulut’ sarjana muslim, lalu kita merasa hikmah itu milik orang kafir. Saya yakin yang ilmu, hikmah, kebijaksanaan dan kearifan itu sifatnya bukan ‘territorial’ atau berhad-had, tetapi ia bersifat ‘substance’.

 

 

2 : Saya masih teringat kata-kata Pak Ary Ginanjar, ESQ trainer ketika menghadiri MCB (Mission statement & Character Building) Training tahun lepas :

 

“Jika usaha kita didasari misi mulia iaitu kerana Allah, percayalah ia tidak akan sia-sia dan tetap teguh….”

 

Benar kata Pak Ary. Kunci kejayaan adalah misi suci yang dilandasi oleh nilai yang betul. Ia tidak akan dibiarkan, dilanggar atau diabaikan kerana nilai suci yang terkandung didalamnya. Disinilah kunci kekuatan yang ingin para Anbiya’ tunjukkan. Kita takjub dengan semangat waja para Rasul yang tidak mudah mengalah dengan tekanan, masalah, kelemahan atau kekecewaan…

 

- Rasulullah tetap cekal walaupun nyawanya terancam dek dakwah…

- Nabi Ayub terus-menerus memuji Tuhan walaupun tubuhnya hampir hancur akibat penyakit berpanjangan…

- Nabi Nuh kekal bersemangat menyiapkan ‘misi mustahil’ membuat kapal di tengah padang pasir…

 

Serta ramai lagi. Mereka tidak membiarkan syaitan tersenyum, apatah lagi menang dengan sentiasa istiqamah melaksanakan misi suci arahan Tuhan.

 

Kini tibalah giliran kita untuk terus membuatkan syaitan bermuram durja. Setiap kali penyakit malas menyerang, saya akan mengingatkan diri saya :

 

‘Asraff, jangan biarkan syaitan senyum sambil bertepuk tangan dengan membiarkan dirimu berterusan malas tanpa melakukan apa-apa!’

 

Pembaca sekelian, saya memohon doa mustajab kalian agar api semangat yang kembali tercetus ini semakin marak dan kekal terpelihara…

 

Amin ya Robb..

 

 

.

 

 

 

Share/Save/Bookmark

You can leave a response, or trackback from your own site.

3 Responses to “Asraff, jangan biarkan syaitan tersenyum lebar!!”

  1. kaharhamid says:

    Salam,

    Terima kasih ustaz. Memang itulah alasan mudah bila kita tidak dapat melakukan sesuatu pada masanya. Masa yang sering dipersalahkan akibat kemalasan kita. begitu juga yang sering saya alami…

  2. Shahrizal b. Othman says:

    Assalamualaikum, ustaz betul ke kaedah ini, adakah ia bertepatan dengan kaedah yang telah diajar oleh Rasulullah SAW?

Leave a Reply

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review