www.asraffayob.com

Adakah kita benar-benar ‘cintai’ Rasulullah?
Timbul rasa bersalah selepas 32 tahun hidup, saya masih tidak mengenali dengan dekat Rasulullah s.a.w…

- Padahal awal nama saya pun bersumberkan nama Baginda,

- Padahal setiap hari saya menyebut namanya dlm solat,

- Padahal saya kenal islam hasil titik-peluh dan susah-payah Rasul,

- Padahal hari kiamat nanti, saya ingin sangat ‘kausar’ dan syafaat Rasul,

- Padahal Rasul sebelum meninggal pun menyebut2 saya (ummati),

Itu yang saya fikirkan bila masuknya bulan Rabi’ul Awwal, bulan kelahiran Rasulullah s.a.w.

32 Tahun bukannya pendek. Panjang betul sebenarnya. Kalau nak karang kitab tentang Rasulullah, mungkin dah berpuluh judul yang keluar. Tapi masalahnya bukan tiada masa, tapi tiada prioriti & kita pula selalu ‘take for granted’ tentang Rasulullah.

Sejarahnya pun kita tak tahu sangat. Bila ditanya tentang sejarah Rasul, lagi-lagi yang dihafal asyik ‘tahun gajah’ sj. Itu baru perkara kecil, belum lagi hal lebih besar seperti meniru & mencintai Rasul. Lagilah ‘jauh panggang dari api’. Sedangkan Rasul-lah manusia yang Allah ‘confirm’ beri lesen besar untuk mensyafaatkan ummatnya saat kita terkontang-kanting pada hari kiamat nanti.

Agaknya, macammana Rasul nak selamatkan kita kalau kita pun buat ‘endah-tak-endah’ Rasul ketika hidup?

Maka saya ingin menambah azam baru disamping 3 azam tersedia yang telahpun saya jelaskan dalam entri sebelum ini. Azamnya ialah : ‘saya akan mula menyelongkar ‘Rasulullah s.a.w’ via ulama/buku2 & apa jua medium. Malah selain banyak berselawat, saya berdoa agar diberi kekuatan untuk cuba menulis buku bagi menunjukkan tanda kasih kpd Rasulullah s.a.w – mencontohi Kang Jalal (Jalaluddin Rakhmat) yg menulis buku ‘The Road to Muhammad’ sebagai dedikasi khusus, tanda kasihnya kepada Baginda Rasulullah s.a.w.

LANGKAH PERTAMA :

Saya akan memulakan ‘journey’ penulisan Rasulullah dengan entri ini. Ia  bermula dengan soalan kepada diri sendiri ‘Sepanjang 32 tahun hidup, apakah ‘moment’ paling kuat saya bersama Rasul?

Puas menyelongkar jauh dalam kotak fikiran, ini yang ada untuk saya kongsi dengan anda semua. Semoga darinya, anda juga akan melakukan ‘penyelongkaran’ ingatan kita terhadap Rasulullah s.a.w….

MOMENT PERTAMA : SAAT BERADA ‘DEPAN’ RASUL DI MADINAH.

Siapa yang pergi Madinah untuk haji atau umrah pasti akan me’wajib’kan diri untuk ke Raudhah. Kawasan segi empat tepat yang betul-betul bersebelahan dengan Maqam Rasulullah s.a.w itu selalunya ‘full house’ terutamanya jika anda ke sana ketika musim haji.

Mereka bersesak-sesak bukannya tanpa sebab, tapi semuanya percayakan hadith ini : Di antara rumahku dan mimbarku adalah taman (Raudhah) dari taman-taman syurga (Riwayat Bukhari).

Saya pun sama seperti yang lain. Cuba masuk ke ‘syurga dunia’ sebelum masuk syurga. Berhimpit-himpit & bersesak-sesak ke kawasan sebesar 22 meter x 15 meter untuk mengerjakan solat sunat & mengambil barokahnya.

Walaupun sukar, tapi akhirnya Alhamdulillah saya berjaya juga menempatkan diri dalam Raudhah, betul-betul di sebelah ‘tiang taubat’ sebelah maqam Rasulullah s.a.w.

Para pembaca semua, ‘moment’ bersejarah initidak akan pernah saya lupakan sampai bila-bila. Saya dapat rasakan ‘inilah waktu saya paling hampir dengan Baginda Rasul secara ‘live’. Berada di Raudhah, bersolat 2 rakaat didalamnya dan membaca beberapa helai mukasurat Al-Quran merupakan detik ‘paling indah’ dalam lipatan hidup yang akan diingati dan disimpan kemas-kemas dalam fikiran.

Disitu juga saya mendapat ‘pencerahan’ : merasa diri amat kerdil berbanding orang lain.  Jika saya hanya dapat melahirkan perasaan ‘gembira’ & ‘syukur’ di Raudhah, namun ada orang lain lebih hebat luahan perasaannya. Mereka menangis teresak-esak dengan bibirnya basah memuji Rasul. Mereka bukan setakat gembira tapi ‘jatuh cinta’ dengan Rasul.

Saya fikir, orang-orang sebegini lebih layak mendapat syafaat Rasul berbadingsaya, seorang yang bila berselawat dalam tahiyyat pun kadang-kadang diucap sambil-lewa!

Astaghfirullah! Maafkan saya Ya Rasul!

MOMENT KEDUA : SAAT BERADA BERSAMA ‘PEMUJA RASUL’ DI DANDARA.

Setiap tahun di Dandara, Egypt akan diadakan majlis sambutan Maulidurrasul. Ia seperti maulid nabi yang kita sambut juga, cuma skalanya lebih besar dan lebih ‘grand’.

Pada tahun 2001 saya berkesempatan menghadirinya bersama beberapa rakan lain. Pada malam majlis itu, buat pertama kali saya melihat lebih kurang 10 ke 15 ribu orang, semuanya berjubah putih, berkumpul, mendengar tazkirah dan memuji Rasul beramai-ramai.

Saya terkesima dengan pengalaman itu. Bayangkan, kita boleh saja ‘naik semangat’ ketika bersorak bersama ribuan orang kerana sebiji bola di stadium, tapi kali ini, saya berada di tengah-tengah ribuan orang yang ‘naik semangat’ kerana seorang manusia ‘pilihan Tuhan’ iaitu Rasulullah.

Zikir, selawat, Qasidah, madeh, kemudian syarahan.

Itu saja yang dilakukan sepanjang 3 hari (seingat saya) itu. Tapi, moment ini terpahat kukuh dalam ingatan kerana ia adalah moment menifestasi bersama ribuan orang yang hadir hanya untuk satu tujuan : mengingati Rasulullah s.a.w.

MOMENT KETIGA : MALAM KHAMIS YANG ‘TENANG’ DI MASJID JA’FARI, HUSSEIN.

Saya masih teringat saat ketika duduk bersama ratusan hadirin setiap malam khamis di Masjid Jafari, Hussein. Masjid ini merupakan pusat Tariqat Ja’fari, cabang bagi Tariqat Ahmadi di Mesir.

Selalunya, itulah tempat paling selesa & paling mententeramkan untuk melepaskan stress bila gundah-gulana peperiksaan menyerang. Disana selepas solat isyak, mereka akan berkumpul untuk melakukan satu perkara sahaja : zikir, madeh dan selawat pujian kepada Rasulullah s.a.w.

Anda pernah dengar perkataan hipnosis? Itulah yang saya alami bila mendengar zikir yang mereka alunkan. Terasa ia begitu sejuk dan mendamaikan. Saya mengaku disini yang saya tidak hafaz syair2nya. Tapi bagi saya ia tidak penting. Yang saya tahu ialah, biarlah jiwa ini tenang mendengar pujian sang pencinta kepada yang dicintai – Rasulullah s.a.w.

MAKA, SAYA BERHASRAT INGIN MENULIS BUKU TENTANG BAGINDA….

Alhamdulillah, sekurang-kurangnya 3 moment itu boleh saya ingati bila memikirkan saat terbaik ‘saya & Rasul’ dalam hidup. Tetapi saya tahu ia tidak mencukupi, bahkan sebenarnya terlalu sedikit berbanding usaha ramai orang lain yang lebih terkehadapan dalam menunjukkan ‘rasa cinta’ mereka terhadap Rasulullah s.a.w.

- Ada yang mendirikan ‘sekolah’ khas untuk menyeru manusia mencintai baginda,

- ada yang mendedikasikan seluruh hidup, masa, tenaga dan wang ringgit berdakwah agar manusia lebih kenal, ikuti dan sayangi Baginda,

- ada yang menulis berpuluh-puluh buku agar manusia tidak lupa dan kenal manusia teragung ini,

serta bermacam-macam usaha lagi.

Maka para pembaca sekelian, saya berazam untuk melakukan sesuatu khas didedikasikan untuk baginda, iaitu – dengan izin Allah – menulis buku tentang baginda.

Dan usaha itu bermula dengan entri ini sebagai ‘batu loncatan’nya.

Cadangnya, Buku itu mungkin tidak membahas sejarah Sang Nabi secara kronologis, tetapi berdasarkan tema-tema tertentu tentang Baginda yang boleh dijadikan tauladan dalam hidup kita.

Saya tidak tahu bila ia akan selesai. Yang penting ia sudah dimasukkan dalam snarai salah satu ‘projek besar’ hidup saya.

KENAPA BUKU?

Mengapa buku yang saya pilih berbanding usaha lain?

Begini rasionalnya. Dalam melakukan sesuatu yang ‘baru’ dalam hidup, saya selalu memilih pendekatan yang paling ‘real’ untuk dijayakan berdasarkan kemampuan diri. Dan sudah tentu, pendekatan itu dipilih kerana memikirkan impaknya yang lebih menyeluruh dan lebih berkekalan.

Menulis sebenarnya mudah dan kalau hendak diikutkan semua orang boleh menulis ‘sesuatu’ tentang Rasulullah s.a.w.

Disebabkan itulah ramai ulama silam pasti menulis sekurang-kurangnya satu buku tentang baginda Rasulullah s.a.w.

Buku yang paling terkenal tentang Rasul anda juga tahu. Tajuknya ialah ‘Syamail Muhammadiyah’ yang ditulis oleh Imam Tarmizi, salah-seorang ulama hadis terkemuka. Ia memperihalkan Rasulullah dari A to Z dan saya amat merekomendasikan agar anda membacanya.

Tetapi buku itu tidak ‘terkenal’ di alam melayu. Yang kita ‘pasti baca’ walaupun sekali semumur hidup (walaupun saya akui saya pun tidak hayati kandungannya’ ialah….Cuba teka apa tajuknya? Hmm…sudah tentulah kitab Barzanji. Itulah buku tentang Rasul yang paling banyak masyarakat kita baca. Cuma yang sedihnya, ramai yang tidak faham kandungannya walaupun saban tahun kita membacanya beramai-ramai ketika kenduri, cukur jambul dll.

Ada orang berpendapat ‘kitab berzanji ada kesalahan fakta’ hingga tidak digalakkan untuk dibaca. Bagi saya, jika ada kesalahan pun, biarlah kerana saya yakin, sehebat-hebat manusia ada 10 Ph.D sekalipun, buku/tesis yg ditulisnya tidak akan lari dari kesilapan.

Sekurang-kurangnya, Imam Barzanji sampai sekarang dapat ‘deposit tetap pahala amal jariah’ bila bukunya itu dibaca puluhan ribu orang setiap tahun!

Satu lagi buku yang amat-amat saya rekomendasikan agar anda membacanya ialah ‘Rahiq Makhtum’. Ia dianggap sebagai buku terbaik yangditulis oleh ulama mutakhir tentang Rasulullah.

Kenali buku itu lebih lanjut disini :

http://muzir.wordpress.com/2010/04/07/buku-sirah-rasulullah-saw-ar-rahiq-al-makhtum/

dan jika mahu, anda boleh download pdfnya :

http://muzir.files.wordpress.com/2009/11/49725895-ar-raheeq-al-makhtum-melayu.pdf

SEKALI LAGI, KENAPA BUKU?

Selain usaha itu agak mudah dilaksanakan, sebenarnya saya ‘terpukul 100 kali’ dengan individu ini : Karen Armstrong. Tahukah anda, dia telah menulis buku tentang Rasulullah yang bertajuk ‘Muhammad: a biography of the prophet’ dengan begitu baik sekali dan menjadi rujukan ramai?

Malah, bukunya bukan satu tapi dua! Satu lagi bertajuk ‘Muhammad: a prophet for our time’.

Tapi yang paling UTAMA ialah, tahukah anda bahawa penulis ini BUKAN ISLAM?

Saya amat malu sebenarnya. Jika orang yang kita anggap sebagai ‘kafir’ (tak kiralah apa jua orang menggelarnya spt orientalis dll) pun boleh mengkaji bersungguh-sungguh tentang Rasulullah, mana kita orang islam nak letak muka?

Kalau ditanya hari kiamat nanti ‘apa yang telah kamu lakukan sebagai bukti kamu cintai Rasul selain ‘solat-puasa-zakat-haji’? Apa kita nak jawab?

Kalau tak percaya, cuba pergi kedai buku dan cari topik tentang Rasulullah. Anda akan dapati jumlahnya boleh dibilang. Patutlah orang kita lebih kenal ‘artis, pemain bola & pelawak’ dari Rasul. Sebabnya salah kita juga : sangat kurang berusaha nak memperkenalkan Rasul kepada diri sendiri, keluarga apatah lagi masyarakat.

DOAKAN AGAR IA BERJAYA.

Para pembaca yang mulia dan disayangi Rasul,

Mohon doa dan peransang anda semua agar ia berjaya. Dan bila saya menulis  & berkongsi azam dalam blog ini, ia bukanlah berniat untuk ‘show off’. Mohon dijauhkan Allah dari sifat negatif itu. Lagipun, tiada apa yang hendak dibanggakan bagi sesuatu yang belum pasti berjaya.

Seperti yang saya katakan dalam entri sebelum ini, kita cuba berkongsi idea, pengalaman & ilmu melalui blog. Cuba berkongsi semangat, impian dan dorongan. Kita melihat sudut positif berbanding negatif.

Dalam hal ini, saya ingin berkongsi idea ‘apa yang boleh kita lakukan untuk menunjukkan rasa cinta kepada Rasul’ kepada semua. Mana tahu jika ada yang mengambil manfaat & menulis buku atau berbuat sesuatu untuk Rasul, dapat juga saya tempias pahalanya.

Itu yang kita semua nak kejar sebab kita yakin, apa jua usaha yang dedikasi kerana Rasul, semuanya berkat.

Pembaca budiman, doakan usaha ini berjaya.

Ya Robbi, bantulah kami untuk lebih mengenali kekasihMu, Amin Ya Robbal A’lamin.

Allahumma solli ala Saidina Muhammad,

Wa ala A’li Saidina Muhammad,

Kama sollaita ala Saidina Ibrahim,

Wa ala A’li Saidina Ibrahim,

Wabarik ala Saidina Muhammad,

Wa ala A’li Saidina Muhammad,

Kama baarakta ala Saidina Ibrahim,

Wa ala A’li Saidina Ibrahim,

Fil A’lamin,

Innaka hamiidum Majiid.

Azam 2012 : Saya nak melawan!
Macam tak percaya  Ustaz Asraff nak melawan. Macam nak memberontak.  Apa masalahnya? Jarang dengar ‘ustaz-ustaz’ berkelakuan begini bukan? Atau, ada something wrong ke dalam fikiran saya?

Sabar, sabar. Nanti dulu. saya bukannya nak melawan dan memberontak tak tentu hala. Jauh lagi dari nak cetuskan revolusi. Sebenarnya, azam saya tahun ini nak melawan 3 perkara ini yang selama ini mengganggu ‘kenormalan’ hidup saya iaitu :

1 – Nak melawan nafsu makan

2 – Nak melawan nafsu malas buat kerja

3 – Nak melawan nafsu malas beribadah

Pembaca cuba baca dan jika ada perkara baik didalamnya, Alhamdulillah. Atau, jika pembaca ada pandangan lain, saya amat mengalu-alukannya.

1- MELAWAN NAFSU MAKAN DENGAN KURANGKAN BERAT BADAN

Kalau nak dibandingkan berat badan sy awal tahun lepas dgn awal tahun ini, beratnya bertambah 13 kilo. Banyak bukan? Mana tidaknya. Saya terlalu manjakan diri di New Zealand. Musim sejuk saya jadikan alasan ‘tak bersenam sebab cuaca luar sejuk’. Bila buat kerja depan komputer, saya jadikan snek serta adik-beradiknya sebagai teman setia. Kerjanya baru suku jalan, tapi coklatnya sudah habis 2 bar…MasyaAllah!

Akhirnya, doktor beri berita kurang menyenangkan. ‘Asraff, jika berterusan dengan berat begini, kesihatan anda banyak terganggu’. Saya pun perasan, badan sudah banyak bagi ‘signal2′ ia sedang terdesak dan perlukan bantuan.

Akhirnya awal bulan 12 lalu, tepatnya 5.12 saya sudah ‘on’kan azam untuk berubah.

Perkara pertama saya lakukan ialah – tak sentuh langsung gula. Minum kopi, milo dan teh semuanya tanpa gula. Ambil gula pun secara tak langsung seperti buah dll.

Kemudian, makan sayuran sj tak kiralah walaupun tekak saya kata ‘tak best’. Lepas tu senaman saya jadikan ‘rutin wajib’ walaupun minggu pertama badan sakit2. Kemudian, ada lagi beberapa tips lain dari KEVIN ZAHRI saya amalkan. Metabolism, diet dll.

HASILNYA? – bulan pertama saya sudah turun 7 kilo. ‘Wallahi’ benar! Saya pun terperanjat. Macam tak percaya ia berjaya. Sekarang dah masuk bulan kedua (Januari) dan setakat ini sudah turun lagi 2 kilo. target saya bulan ni tak banyak, dapat turun 5 kilo pun Alhamdulillah.

Berbaloi juga bila dapatkan nasihat dari pakar ni. Hasilnya nampak dan berjaya. Jika anda ada masalah sama dan nakkan hasil yg ‘InsyaAllah confirm jadi jika diikuti’, saya sarankan cuba ikut nasihat Kevin di link ini : http://bit.ly/wSOzIP

2- MELAWAN NAFSU MALAS DENGAN LEBIH CONCENTRATE BUAT KERJA.

Kerja melambak-lambak. Senarai kerja menunggu bersusun tapi deadline kerja saya sering terganggu. Asyik-asyik berganjak saja ke hadapan. Bukan tiada yang siap ‘on time’, ada. Tapi lebih banyak yang ‘langgar timetable’ dari tepat pada masa.

Kaji punya kaji, masalahnya bukan pada deadline. Bukan pada ‘tugas ini terlalu sukar’. Bukan, bukan. tapi masalahnya ini : malas dan suka bertangguh.

Saya terlalu ikutkan nasihat nafsu ‘alah, cuba rileks sekejap. Surfing internet ke, layan facebook ke…esok boleh sambung kerja ni’.  Hasilnya apa tuan-puan? Kerja tak berjalan dan perasaan malas pun makin bertambah.

Akhirnya saya ambil keputusan drastik : Asraff, anda dilarang surfing berita, buka facebook dan baca emel selagi anda tak habiskan tugasan harian! Arahan ini WAJIB DIIKUTI dan berkuatkuasa serta-merta! No Excuse!

Saya cuba tukar prioriti. Kalau dulu pagi-pagi saya akan mulakan kerja dengan membaca akhbar online, diikuti emel dan facebook. Tapi kini terbalik. Semua itu akan saya buka lewat malam bila semua kerja wajib sudah habis disiapkan.

Hasilnya setakat ini excellent. Alhamdulillah superb! Kerja yang sebelum ini ambil masa seminggu nak disiapkan kini habis dalam masa 3 hari saja. Benarlah kata bijaksana ‘betulkan prioriti, jaga masa dan anda akan lihat hasilnya sempurna’.

Pembaca, tolong doakan azam ini berterusan yea.

3- MELAWAN NAFSU ‘AMMARAH BISSUK’ DENGAN ISTIQOMAH BERIBADAH.

Nafsu ni, nak tahu dia ada atau tak dalam badan kita, samada dia kuat atau tidak mudah saja. Buat amal ibadah spesifik dan cuba kekalkan. Anda akan tahu betapa besarnya pengaruh dia dlm diri anda.

Saya pun selama ini terlalu sangat ikut nafsu. Manjakan dia. Baca Quran tak konsisten jumlahnya. Qiam/solat sunat kadang2 on kadang2 off. Zikir pun begitu, biji tasbih lagi banyak dari zikir.  Sedekah lagilah kurang. Asyik-asyik duit syiling dan duit seringgit sj jadi ‘mangsa’ sedekah. Duit rm50? Hmm…selamat pergi ke shopping kompleks.

Pendek kata, tiada amalan yang konsisten. Pasti Allah marah jika saya berterusan begini. Jadi tahun 2012 saya nak fokuskan untuk melawan nafsu. Nak mulakan dengan betul-betul buat amal baik. Tidaklah mendadak banyak. Sedikit sj tapi berterusan. Kali ni, saya nak ikut betul-betul petua Rasul : Sebaik2 amalan ialah amal yg sedikit tapi berterusan.

Saya akan cuba pastikan ia berjaya. Letih macammana pun qiam/baca Quran mesti mencapai jumlah yg disetkan. Kurang duit macammana pun sedekah tetap ‘on’. Pendek kata, Saya nak buat nafsu menyesal. Nafsu mengaku kalah. Kalau boleh biar setan ‘pangkat prebet’ yg selalu kalahkan saya ni angkat bendera putih, pergi jumpa bossnya – setan pangkat general minta petua baru nak ‘tipu’ saya.

Mohon doa pembaca untuk iringi azam ini agar ia berjaya. Saya tahu, kalau setakat sandarkan pada azam atau kekuatan diri saja, confirm saya kalah. Dah terbukti bertahun-tahun resultnya sama. Asyik kalah saja dengan nafsu/bujukan setan tahap prebet. Jadi saya amat perlukan doa2 ajaib dan tulus kalian untuk menyokongnya agar berjaya. Minta Allah salurkan ‘kekuatan’ dariNya untuk atasi kelemahan ini.

Pembaca yg baik hati, mengapa sy berkongsi azam kali ni?

Adakah saya nak ‘menunjuk2′?  Tidak, jauh sekali. Saya berdoa moga dijauhkan Allah dari itu. Lagipun azam ini (kecuali turun berat badan) baru saja diaktifkan. Hasilnya pun belum tentu lagi. Tidak ada apa yg perlu dibanggakan dengan sesuatu yg belum ada hasilnya.  Sebenarnya begini :

- setiap kali sy pos sesuatu di blog ini, sy akan menerima banyak emel/respon  pandangan, doa dan penghargaan. Terima kasih saya ucapkan untuk jari2 yg tulus menulisnya. Tuan puan tahu apa kelebihan semua itu? – Ia memberi motivasi. Ia berkongsi kekuatan. Apabila saya menerima dan membacanya, akan ada satu kekuatan ‘kebersamaan’ timbul dan dari itu, saya akan menjadi lebih kuat untuk meneruskan apa yg diazamkan.  Kata orang, sharing is caring. Bukan sy yg caring anda, tapi tuan-puan semualah yg ‘caring’ saya.

- saya percaya, bila kita berkongsi sesuatu yg baik, Allah akan ‘membalas’nya dengan seusatu yg baik juga dan dalam hal ini, sy berharap azam saya berjalan lancar. tambahan pula bila ia sudah diwar-warkan, say akan lebih bersemangat mengotakannya kerana saya merasa terbantu dengan sokongan dan doa kalian semua. Itulah manfaat kebaikan. Tenaganya tidak putus-putus.

Pembaca budiman, tolong doakan kejayaannya. Dan jika anda pun ada azam-azam sama atau azam yang lebih baik, saya juga akan doakan perkara sama untuk anda. Saya yakin, doa yang kita panjatkan Allah akan dengar dan Allah akan beri jawapan positif, sebab Tuhan kita sangat-sangat dan amat-amat positif kepada hamba yang mengadu tulus ikhlas kepadanya.

‘Dan apabila hamba-hambaKu bertanya kepadamu mengenai Aku maka (beritahu kepada mereka): Sesungguhnya Aku (Allah) sentiasa hampir (kepada mereka); Aku perkenankan permohonan orang yang berdoa apabila ia berdoa kepadaKu. maka hendaklah mereka menyahut seruanku (dengan mematuhi perintahKu), dan hendaklah mereka beriman kepadaKu supaya mereka menjadi baik serta betul.’ – Al-baqarah, 186.

Mencari bacaan Fatihah paling ‘sempurna’ tajwidnya?
Saya menganggap bacaan Fatihah di atas paling sempurna dari sudut tajwid, fasohah dan makhrajnya. Ia dibaca oleh Syeikh Mahmud Khalil Al Husari. Beliau adalah pakar Al-Quran Mesir, qari yang diiktiraf dan menjadi pakar rujuk Al-Quran pada usianya. (kenali beliau di : http://www.assajda.com/en/coran/mahmoud-khalil-al-hussary-27.html)

Memang kalau nak diukur dari sudut ‘sedap’ suara, rasanya bacaan Syeikh Ghamidi atau Syeikh Muayqili lebih sedap dan mendayu-dayu. Kita mudah sahaja tertidur mendengar bacaan mereka. Tetapi kali ini, bukan ‘sedap’ yang ingin dicari. Yang sedang diteliti ialah ‘perfect’ tajwid atau tidak.

Mengapa saya berpendapat bacaan Fatihah di atas perfect? Sebabnya ialah, ia menepati ciri2 berikut :

1. 	Tiada kesalahan ‘lahnun jaliy’ berlaku. Dalam konteks ilmu tajwid, lahnun Jaliy adalah jenis kesalahan besar seperti menukar baris, menukar huruf dan sebagainya. Jika kesalahan ini dilakukan dalam solat, peluang untuk ia terbatal amat besar.

Untuk makluman, bahasa arab adalah bahasa yang agak kompleks dan sangat sensitif. Sedikit pertukaran sebutan boleh membawa kepada pertukaran huruf. Apabila huruf bertukar, berkemungkinan besar makna akan berubah kepada makna lain ataupun maksud asal perkataan tersebut tidak sampai.

2. 	Tiada kesalahan ‘lahnun khofiy’ – kesalahan kecil seperti kurang panjang harakat, bunyi tambahan yang tidak diperlukan serta lain-lain.

Jika ada pun, barangkali haya satu tempat iaitu pada perkataan ‘anamta’ (ayat 7) yang dibunyikan dengan ‘ana-amta’. Tetapi saya rasa puncanya kerana, bacaan ini telah ditambah effect ‘echo’nya, bukan dari bacaan asal beliau.

3.	Sebutan huruf sangat-sangat perfect : inilah kelebihan utama Syeikh Husari yang jarang dimiliki Qari lain. Sebutan huruf dan fasohahnya amat jelas dan mantap.

Dari bacaannya, kita akan mudah dapat membezakan bunyi huruf ‘Ha gulung’ dan ‘Ha pedas’, huruf ‘zal’ dan ‘zai’, ‘sin’ dengan ‘sod’ serta beberapa huruf lain.

BANDINGKAN DENGAN BACAAN KITA….

Mendengar bacaan beliau, terasa jaraknya ‘antara langit dengan bumi’ bila dibandingkan dengan bacaan kita. Ini kerana, bacaan kita amat terdedah dengan ‘Lahnun Jaliy’ dan mungkin, berpuluh ‘Lahnun Khofiy’ dikesan sana-sini.

Disebabkan itulah, saya terpanggil untuk berkongsi, bagaimana cara untuk kita ‘upgrade’ bacaan Fatihah ke tahap bacaan Syeikh Mahmud Khalil Al-Husary.

Saya berpendapat, ia akan dapat dicapai jika kita benar-benar mengenalpasti, mengelakkan dan memperbetulkan semua kesalahan ‘besar-kecil’ yang kita lakukan.

InsyaAllah, semua kesalahan paling lazim dan paling kerap dilakukan oleh ‘lidah melayu kita’ dalam bacaan Fatihah akan saya kongsikan dalam projek DVD terbaru – Fatihah terunggul. Ia adalah 1 pakej 3 DVD yang bertujuan khusus untuk ini : bagaimana mencapai bacaan Fatihah yang paling sempurna, paling terunggul.

3 dvdnya akan menerangkan secara praktikal :

DVD 1 : saya akan membongkar 15 jenis kesalahan ‘Lahnun Jaliy’ yang paling kerap kita lakukan dan cara untuk mengelakkannya berlaku lagi dalam bacaan Fatihah kita.

DVD 2 : 14 jenis kesalahan ‘Lahnun Khofiy’ dalam ayat 1-4 Surah Fatihah.

DVD 3 : 16 jenis kesalahan ‘Lahnun Khofiy’ dalam ayat 5-7 Surah Fatihah.

MENGAPA DVD?

Sebelum ini, saya telah berkongsi penerangan semua kesalahan di atas dalam bentuk ebook. Tetapi ternyata, ia tidak mencapai objektif kerana saya banyak menerima emel pertanyaan ‘ustaz, bagaimana cara nak bunyikan sebutan ni?’

Baru saya perasan, ilmu ini berbentuk praktikal. Beza bunyi huruf ‘Ha gulung’ dengan ‘Ha pedas’ tidak dapat difahami hanya berdasarkan penerangan bertulis, biarpun panjang-lebar huraiannya. Ia perlu diterangkan secara praktikal, dapat didengar serta dapat dikesan betul-betul dari mana makhrajnya keluar.

Semua ini hanya dapat dicapai melalui 1 cara sahaja : saya sendiri yang menerangkannya. Saya sendiri menyebut kesalahannya dan saya sendiri yang mendatangkan cara sebutan betulnya. Inilah point besar yang saya tekankan dlm DVD FATIHAH TERUNGGUL.

Doakan, agar proses editingnya bakal siap sebentar lagi. InsyaAllah, bila ia sudah siap, sy akan maklumkan kepada anda.

p/s : bagi mereka yang ingin saya maklumkannya secara khusus melalui emel, anda boleh menghantar emel kpd sy – fatihahterunggul@yahoo.com . Tidak perlu menulis apa-apa. Cukup letakkan ayat ini pada tajuk emel anda ‘Ustaz Asraff, tolong maklumkan bila DVD dilancarkan’. Nanti sy akan maklumkannya kpd anda.

Puasa ramadhan : Anda di graf mana?
Ketika saya menulis entri ini, ia tepat pada 27 Ramadhan. Nasihat ulama, lailatul qadar berkebarangkalian besar berlaku malam ini…tak kiralah samada ia sudah berlaku, sedang berlaku atau akan berlaku, saya amat berharap kita akan menemuinya dalam keadaan ‘baik’.

Baik? Mengapa ye saya tekankan perkataan baik?

Sebabnya ialah, bayangkan kalau malam ini Lailatul Qadar benar-benar terjadi. Kita pula, disebabkan ter’biasa’ dengan suasana ‘nak raya ala Malaysia’, mungkin malam kita dipenuhkan dengan menonton rancangan t.v, membuat kuih, atau sedang prepare ‘balik kampung’. Terawikh pula entah tinggal kemana.

Soalnya, macammana kita nak dapatkan keampunan dan kelebihan ’1000 bulan’ jika semangat ramadhan makin menurun?

Saya akui, ayat quran, hadis, falsafah, tazkirah ustaz-ustazah dah banyak kita dengar sepanjang ramadhan. Tetapi rasanya, tujuan ramadhan iaitu ‘TAQWA’ tak tercapai juga. Disebabkan itulah, saya ingin mengambil pendekatan berbeza dalam ‘memahami’ semua kelebihan itu.

Kata orang putih ‘A picture is worth a thousand words‘ – saya datangkan kesemua kelebihan ramadhan dalam bentuk 2 graf :

1- ramadhan yang sampai ke ‘Aidil Fitri’ : kembali kepada fitrah ‘suci dosa, full pahala’.

2 – Ramadhan yang setakat sampai ke ‘Hari raya’ : ramadhan yang diawali dengan penuh dosa, akhirnya diakhiri dengan preparation ‘nak buat’ dosa semula…

Tidaklah saya bermaksud semua orang begitu, tetapi, mungkin ada kebenaran pada graf ini. Fikir-fikirkan, renung-renungkan soalan berikut :

- RAMADHAN ANDA TAHUN INI PRESTASINYA DI GRAF MANA?

Saya harap, ‘track’ puasa kita berada di graf pertama. Sebabnya ialah, TUJUAN (misi) utama kita berpuasa bukan sebab nak kurus, atau ‘takut berdosa sebab puasa wajib’, atau ‘orang lain puasa, saya pun puasa’, atau ‘sebab nak syok berhari-raya’…. Tetapi misi besarnya ialah – mengejar TAQWA.

Jika kita sukar sekali nak fahami apa maksud taqwa, mungkin nasihat imam Syafie  ini boleh membantu :

Kamu boleh lihat diri kamu berada di puncak ketakwaan apabila berlaku perkara berikut:

1.	Al-Juud minal Qalil (Kamu bersedekah walaupun duit yang kamu ada tinggal sedikit),

2.	Al-War’u ‘Indal Khalwah (Kamu bersikap wara’ ketika kamu berseorangan)

3.	An-Takuna kalimata Haqqin Inda Ma Yukhafu wa Yurja’ (Kamu dapat katakan kebenaran di hadapan orang yang kamu takuti dan kamu harapkan sesuatu daripadanya).

Sekali lagi, renung-renungkan…fikir-fikirkan….mana tahu, kesempatan puasa 3 hari ini boleh kita gunakan untuk mencapai TAQWA?

Saya ucapkan, selamat Hari Raya Aidil Fitri, Maaf Zahir Batin.

Informasi Al-Quran : yang fakta & yang ‘auta’…
Dalam Al-Quran, semua fakta yang dinyatakan benar belaka. Tiada lagi kebenaran lain selepas Al-Quran. Jika ada pun, ia dianggap kesesatan.

Malah ulama menyatakan, jika ada diantara kita yang ‘kondem’ 1 sahaja informasinya, iman anda dianggap sudah jatuh. Autoriti anda selaku muslim sudah tidak kredibel lagi.

Baiklah, kalau begitu, mengapa saya masih memilih tajuk ‘auta’ sedangkan saya sendiri berpendirian bahawa semua faktanya benar?

Begini. Saya dapati, ada beberapa kepercayaan tentang Al-Quran yang berlegar dalam masyarakat di mana ada diantara fakta ini kurang tepat. Maka tulisan kali ini akan membahaskanya secara terperinci.

Ini tidaklah bermakna ada ‘auta’ dalam info AL-Quran. Tidak sekali-kali. Sebenarnya, perkataan ‘auta’ itu saya petik dari tagline deejay 1 rancangan radio popular kita iaitu ‘FAKTA ATAU AUTA’, untuk menambah ‘seri’ tajuk.

Mari kita telusuri beberapa fakta & ‘auta’nya :

FAKTA ATAU AUTA 1 :

Masalah tentang cara membunyikan perkataan ‘Majreha’ dalam Surah Hud, ayat 41.

AUTA :

Ia telah dibunyikan secara kurang tepat dgn bunyi ‘RE’ – ‘x-ray’

FAKTA :

Sebenarnya, bunyi yang paling tepat bagi perkataan ini ialah ‘RE’ – ‘rehal’. Lihat penerangannya secara praktikal dalam video di bawah :

FAKTA ATAU AUTA 2 :

Bunyi huruf ‘Ro’ didalam Al-Quran.

AUTA :

Bunyi huruf ‘Ro’ dalam ayat-ayat Al-Quran dianggap sama semuanya.

FAKTA :

Sebenarnya, bunyi huruf ‘Ro’ dalam Al-Quran boleh berubah-ubah bunyinya, kadang-kala tebal dan kadang-kala nipis, bergantung kepada baris dan keadaannya. Untuk mengetahui bentuk-bentuk ‘Ro’ samada tebal atau nipis, anda boleh merujuk kepada buku tajwid atau bertalaqqi dengan Tuan guru Tajwid Mahir.

Tips untuk anda : jika ingin berlatih mengecam huruf ‘Ro’ tebal dan nipis dengan baik, saya sarankan anda baca surah ini : Surah Al-Qomar, juz 27. Keistimewaannya ialah : semua akhir ayat surah ini diakhiri dengan huruf RO!

FAKTA ATAU AUTA 3 :

3. Tulisan Al-Quran.

AUTA :

Menganggap tulisan Al-Quran sama sahaja satu dunia.

FAKTA :

Untuk makluman, Al-Quran yang selalu kita baca sekarang (bahkan hampir satu dunia) ditulis berdasarkan Qiraat Riwayat Hafs An’ Aasim. Tetapi sebenarnya, ada juga Al-Quran dicetak dengan Qiraat (cara bacaan) yang berbeza. Saya memiliki beberapa Al-Quran Qiraat lain tersebut seperti Al-Quran versi Qiraat Warash dll.

Memang Quran cetakan Qiraat berbeza ini memiliki beberapa perbezaan kecil dari sudut baris, tanda-tanda hukum tajwidnya serta beberapa tanda khusus lain. Perkara ini saya perlu ‘highlightkan’ kerana, saya pernah terdengar beberapa kes jemaah haji kita membaca Al-Quran yang mereka sangka ‘salah cetak’ atau ‘palsu’ di Masjidil Haram (kerana di sana banyak Al-Quran diwakafkan), sedangkan Al-Quran itu sebenarnya asli, cuma versi Qiraatnya berbeza.

FAKTA ATAU AUTA 4 :

Perbezaan pendapat tentang jumlah ayat Al-Quran.

AUTA :

Jumlah ayat Al-Quran ialah 6,666

FAKTA :

Jumlah sebenar ayat Al-Quran ialah 6,236, bukannya 6,666 seperti yang banyak tersebar dikalangan masyarakat. Jika anda masih tidak percaya, sila ambil kalkulator dan mula menambah jumlah ayat setiap surah. Mulakan dari fatihah hingga ke An-Naas dan anda akan dapati jumlahnya seperti yang saya bilang : 6,236!

Saya tidak tahu dari mana sumber ‘auta’ ini berasal. Jika ada mengetahuinya, jangan lupa untuk kongsikan infonya yea…

FAKTA ATAU AUTA 5 :

Salah sangka tentang ayat/surah terakhir diturunkan.

AUTA :

Ada juga diantara kita yang menyangka surah/ayat yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah ialah surah An-Naas. Mereka berhujah ‘sebabnya surah An-Naas kan surah paling akhir kedudukannya dalam Al-Quran….’

FAKTA :

Memang benar, surah paling akhir kedudukannya dalam Al-Quran ialah surah An-Naas, tetapi ia tidak bermakna ia paling terakhir diturunkan. Menurut ulama, pendapat paling rajih tentang ayat terakhir diturunkan ialah ayat 281 surah Al-Baqarah.

ADA LAGI FAKTA & AUTA LAIN?

Ya, masih ada lagi beberapa fakta yang mengelirukan tentang Al-Quran. InsyaAllah sy akan menyenaraikannya pada kesempatan lain. Tetapi, jika anda menambah senarai yang ada, sila-silakan untuk kongsikannya di ruangan komentar di bawah.

Agama : punca penyelesai masalah, atau punca masalah?
Kata ulama, jika kita berselisih-faham, berbalah atau bersengketa tentang sesuatu perkara, maka kembalilah kepada agama. Pasti masalah akan selesai. Namun dalam banyak perkara, ‘kembali kepada agama’ bukan menyelesai masalah, tapi lebih kepada menambah masalah!

Perenggan di atas agak kontroversi bukan?

Jangan cepat panik…jangan cepat merasa ’lain macam’. Sila baca sampai habis artikel ini dahulu.

Oh ya, untuk meredakan sedikit ‘darah tinggi’ yang mungkin sudah mulai naik, saya sampaikan 1 KHABAR GEMBIRA agar ia turun kembali :

PAKEJ DVD TAJWIDPRO telah mengalami evolusi HARGA BARU! – LEBIH MURAH!

Dari RM90 menjadi RM 60 dan KINI : RM 45!!

Miliki ‘mutiara ilmu tajwid paling berharga’ untuk mendapatkan bacaan bertahap PRO seperti Imam Masjidil Haram sekarang di : www.tajwidpro.com

Nak tahu kenapa kali ini saya menulis perkara kontroversi pula?

TAK SOLAT SEBAB ‘LAIN MAZHAB’

Pernah dengar tak masalah ini : ada antara jemaah yang tidak bertegur sapa, tidak mahu solat belakang individu x kerana tak baca qunut subuh & masalah tidak mengiktiraf masjid ’A’ kerana imamnya baca zikir lepas solat?

Macam selalu kedengaran bukan?

Di Christchurch, saya mendapat tahu  ada 1 kes, seorang umat islam kita yang meninggal dunia tidak mahu disembahyangkan mayatnya hanya kerana dia dianggap ’orang syiah’.

Kata mereka : syiah bukan ahli sunnah. Maka kita tak wajib solatkan mereka!

Tapi ada pula yang lain bilang : saya lihat ketika tunaikan haji, berduyun-duyun jemaah ’syiah’ dari Iran tawaf bersama kita… macammana pula tu?

APA MASALAH DALAM KEFAHAMAN AGAMA KITA?

Saya mendapati, ramai yang memiliki anggapan ’kembali kepada agama, selesai masalah’. Tetapi bila mereka mula ’kembali kepada agama’, masalah mula bertambah. Adakah agama kita yang salah?

Sudah tentu tidak bukan? Sebabnya Allah sendiri jamin kebenarannya melalui kata-kata jaminanNya - ’walam yaj’al lahuu ’iwaja qoyyima’ : dan kami tidak jadikan didalamnya (Al-Quran) sebarang bengkang-bengkok, semuanya lurus, benar dan tepat belaka!’ : Kahfi, 1 & 2.

Maka di mana silapnya?

Saya yakin, kelemahan berlaku bila kita ’kembali kepada agama’ yang menyebabkan kita semakin keliru, bersengketa dan berpecah berpunca dari – kefahaman kita tentang ’agama’ itu sendiri  yang terbahagi kepada 3 masalah besar iaitu :

1 – Salah prioriti dalam memahami ’apa tujuannya saya beragama’ & ’apa yg perlu saya ambil dari agama’.

2 – Perbezaan pendapat dalam memahami interpertasi teks (Quran & Sunnah) ke konteks kehidupan.

3 – Masalah nilai : sebut ‘akhlak’ dalam memahami warna-warni agama.

Dari 3 masalah di atas (InsyaAllah, saya akan perincikannya dalam artikel lain), umat islam kita telah mula berpecah dan bertelagah. Ia bukan setakat ’ribut dalam cawan’ yang boleh dikontrol, tetapi menjadi ’ribut dalam ummah’ yang tak terkontrol!

Saya akan menyenaraikan antara masalah ’dalam agama’ yang menyebabkan kita berpecah di bawah. Tetapi saya perlu fahamkan pembaca dahulu  iaitu : saya hanya menyenaraikan, bukan menyokong mana-mana fakta/kumpulan itu benar atau tidak, sama ada di pihak A atau B. Dan peranan saya yang lebih besar ialah di akhir artikel ini : membantu memberi JALAN PENYELESAIAN.

MASALAH ’DALAM AGAMA’ YANG SELALU KITA DENGAR…..

1 – Dalam sejarah agama, kita akan bersengketa tentang fakta pembunuhan cucu Rasul yang dikasihi : Saidina Hussein. Macam-macam pendapat yang membela dan mengingkari ’siapa dalang pembunuhnya’.

2 – Masalah syiah : sesat, kafir atau sebahagian dari Islam?

Haaaa….. ini memang soalan panas. Ketika saya di Mesir dahulu, ada beratus buku ditulis untuk ’melondeh’kan penyelewengan syiah. Dan bila dah ada buku ’menyerang’ sebegitu, sudah tentu ada ratusan buku mempertahankan syiah dicetak.

Kata orang yang menganggap syiah sesat, mereka berhujah ’Syiah kutuk para sahabat, mereka ada Quran sendiri, Taqiyyah dan bermacam kesesatan lagi!

Tapi ada pula yang membela ’Kalau betul sesat, takkanlah mereka boleh selamba je tunaikan haji kat Mekah? Enta kata syiah sesat sebab enta dapatkan info sebelah pihak saja. Cuba bersikap objektif dan lihat hujah kami pula….’

Bagi saya, jawapan paling pasti ialah : Wallahu A’lam Bissowab. Tapi dahulu, saya pernah juga mendengar khabar, jika 10 ulama ahli sunnah berlawan hujah dengan 1 ulama (ayatollah) syiah, susah 10 ulama tu nak menang! Hmmm…… Sekali lagi, No comment. Wallahu A’lam bissowaab.

3 – Tarekat : sesatkah, bid’ahkah atau benarkah?

Ini satu lagi masalah yang semakin membarah di masyarakat kita. Saya amat merasai kekuatan ’ribut’ persengketaannya kerana saya dari Negeri Sembilan : negeri yang agak kuat ’roh’ tarekat.

Pernah juga saya memiliki pendapat skeptikal terhadap amalan mereka. Peliklah, majlis ’haul’-lah, perlu ’bai’ah’-lah, ada zikir khusus, banyak perbuatan bid’ah-lah dan bermacam lagi. Tapi itu dahulu. Pendapat sepihak yang lebih bersifat bias & menurut emosi saja.

Kini,saya lebih bersederhana selepas meneliti kedua-dua hujah. Lebih-lebih lagi bila di Mesir, saya mendapati ratusan masjid-masjid tarekat ’tumbuh segar’ & begitu ramai ulama Al-Azhar menganggotai Tarekat. Takkanlah mereka yang hebat-hebat & dalam-dalam ilmu agamanya itu senang-senang menyokong kumpulan yang ’bidah & sesat’? Tentu ada kebenaran disebalik tohmahan yang dilemparkan, betul tak?

Tambahan pula, ada seorang rakan yang mengingatkan saya : Asraff, kadang-kadang, kita ni sedap-sedap je membidahkan orang yang tiap hari kerjanya berzikir, ingat Allah & puji Rasul…. Kita ni dah hebat sangat kah? Mereka ada ’berguni-guni’ zikir nak dihadapkan depan Allah & ’berkarung-karung’ selawat untuk dapatkan syafaat Rasul, tapi kita?

4 – Definisi bi’dah : anda ingin maksud ’Full HD – High Definition’ atau Half HD?

MasyaAllah. sekarang kalau kita lihat di sesetengah aliran kumpulan mereka yang mendalami agama, mereka cepat sahaja mengatakan ‘Perbuatan ini ‘bid’ah’, dan semua bidah itu sesat, dan segala kesesatan itu akan ke neraka akhirnya’.

Sekali imbas, Nampak macam betul dan murni apa yang dikatakan itu, lebih-lebih lagi ianya disandarkan kepada kalam hadis Rasul yang suci tentang bid’ah.

Soalnya sekarang, apakah maksud paling tepat bagi bid’ah? Adakah ia bermaksud ’semua perkara yang tiada ’hadis sahih & pasti Rasul buat’ dianggap bid’ah, atau ia hanya bermaksud : semua perkara yang melanggar pokok-pangkal ibadah mahdah yang dipersetujui seperti mengatakan solat asar 5 waktu dll dianggap bid’ah. Sementara amalan lain yang ada sandaran, walaupun pada ayat Al-Quran & hadis yg umum maksudnya terkeluar dari definisi Bid’ah.

Mana satu yang anda pilih? Terpulang kepada anda. Ada beratus buku yang memperincikannya, dan ada berpuluh ustaz yang boleh anda jadikan rujukan.

5 – Masalah Fekah : perlu mazhab atau tidak?

Ada yang berpendapat ’kita tidak perlu mengikut mazhab kerana zaman Rasul dahulu mana ada mazhab!’.

Ya tak ya juga….’ Fikir saya. Tapi bila dilihat lebih teliti kepada kumpulan yang benar-benar ingin terbuka ini, maaf cakap, mereka juga ada ’mazhab’ ulama-ulama pilihan mereka.

Kenapa saya kata begitu? Sebabnya mazhab ialah pegangan kita untuk memilih teknik ulama mana yang lebih selesa digunapakai untuk menentukan halal-haram dll. Anda boleh memilih teknik yang digunapakai oleh Imam Syafie dalam menentukan hukum berdasarkan kefahamannya terhadap interpertasi AlQuran sunnah. Anda juga boleh saja memilih ulama lain seperti Imam Ahmad ibn Hambal, Imam Abu Hanifah atau Imam Malik.

Atau anda boleh pilih imam yang lebih kontemporari spt Ibn Taimiyyah atau Syeikh Yusuf Qardawi.

Kenapa saya kata ’memilih?’ Sebabnya mudah. Kita takkan ’terlepas’ dari mengikuti pendapat ulama dalam memahami agama. Tak mungkin kita dengan ’hebat’nya membuat keputusan ’saya ingin mengkaji sendiri Al-Quran dan hadis tanpa menurut pandangan mana-mana ulama sebab saya ingin bebas mazhab!’, sedangkan pada masa sama, anda merujuk tafsir Qurtubi (pendapat & ilmu imam Qurtubi dalam memahami Quran) & Sahih Bukhari (hadis plihan Imam Bukhari paling sahih berdasarkan penilaiannya).

Mudah cerita, kalau benar nak diperhalusi golongan bebas mazhab ini, mereka pun sebenarnya secara tak langsung ada mazhab, bukannya dari 4 yang popular itu, tetapi lebih kepada ’mazhab’ pendapat imam2 yang mereka pilih & mereka gemar sahaja.

Benar juga kata-kata seorang rakan usrah saya di Mesir dulu. Agak pedas juga sindirannya. Jika anda seorang yang ’mudah terasa’, saya nasihatkan jangan baca. Baik anda terus langkau ke fakta berikutnya.

Sindirannya begini : jika kita benar-benar ingin mencapai tahap ’bebas mazhab’, jadi macam Imam Syafie dulu. Belajar dengan ratusan ulama besar, hafal Quran & ingati berpuluh ribu hadis dulu. Then, buat kitab sendiri & karang tafsir sendiri.. Kalau setakat ’hadis 40 matan Arbain pun terkial-kial nak hafal, jangan mimpilah nak mengisytihar ’saya bebas mazhab!’

6 – Hadis – sahih ke dhaif?

Jika dalam ilmu hadis,perbezaan pendapat dalam menentukan kesahihan hadis sampai sekarang tak habis-habis.

Benar, ulama hadis telah sedaya-upaya mengumpulkan hadis yang paling sahih. Dan mereka telah mewariskan ’sunan Sittah & sunan Tis’ah’ kepada kita. Jika mahu lebih berautoriti, pegang sahaja kepada sahihain – ’Bukhari & muslim’.

Tetapi dalam yang disepakati itupun, mereka masih berbeza pendapat. Masih ada yang kata ’hadis in sahih, ini daif dan ini daif jiddan’. Kemudian, akan ada ulama lain menyanggahnya dengan mengatakan ’tidak, hadis itu memang sahih’. Jangan hairan pula, mereka yg berbalah pendapat dlm tentukan kesahihan hadis ini bukannya orang biasa, tapi semuanya syeikhul hadis. Tahap ’pro’ dalam hadis.

Jika anda tak percaya kata-kata saya ini, cuba tuntut ilmu hadis secara serius di fakulti hadis di mana-mana universiti hingga tahap Ph.d dan ’talaqqi hadis’ dari pakar Syeikhul hadis di negara arab. Jangan menuntut ilmu di kuliah ceramah magrib isyak saja sebab selalunya para ustaz ini selalunya menyampaikan ilmu  yang bersifat ’end user’, bukannya berbincang asal-usul ilmu yang lebih bersifat teknikal.

Ada yg beri cadangan, ’senang cerita ustaz, kita pegang je yg paling sahih : bukhari muslim…’

Benar. itulah jalan selamat yang saya setuju 100%. Tetapi saya bilang semula – ’tahu tak, ada ulama  yg berpendapat : dalam kitab sahih Bukhari pun ada hadis dhaif’. Sehingga syeikh saya di Mesir dulu pernah berpesan : hati-hati beli kitab hadis Bukhari Muslim di pasaran. Silap beli, kitab Bukhari anda hadisnya tak cukup! Bukannya salah cetak, tapi memang sengaja hadis tertentu tidak dicetak sebab kata mereka ’hadis ini pun tak sahih!’

Wallahu A’lam.

7. Akidah : kita ni ahli sunnah orientasi mana? Asya’irah ke? Maturidiah ke? or……

Memang benar akidah kita pokok pangkalnya syahadah dan rukun iman yang enam itu. Perkara ini, semua orang bersepakat. Tetapi, bila mentafsirkan ’sifat-sifat Allah’ dan interpertasi rukun Iman, kita sudah mula bersilat lidah dan membesarkan khilaf.

Ada golongan yang perpegang kepada tauhid berpaksi ’Asya’irah & maturidiyah’. Ada pula yang lebih selesa dengan akidah tauhid ’Uluhiyah, Rububiyah & Asma’ wa Sifat’.

Pertanyaan saya : anda di golongan pendapat mana?

8. Politik : Apa sistem terbaik? Demokrasi, negara teologi atau negara islam?

Dalam politik jika nak diperincikan, masalahnya takkan habis. Banyak sangat khilafnya. Ada yang kata demokrasi haram, khilafah itulah yang perlu diperjuangkan dan ada yang kata sebaliknya. Demokrasi itu harus dalam islam, cuma ia perlu dipandu dengan sistem syura ulama. Kemudian baru-baru ini pula, ungkapan ’negara islam’ sudah ditukar kepada ’negara berkebajikan’.

Itu masalah pertama. Masalah kedua pula ialah, timbul kumpulan yang mahukan keadilan dan ketelusan ditegakkan tetapi nampaknya mereka ini masih terkial-kial mencari definisi ’keadilan’ mana yang hendak diikut. Keadilan berdasarkan agamakah? sama ratakah? kaumkah? atau kelompok tertentu saja?

Itu belum masuk lagi masalah ketirisan, kronisme, kezaliman, penyelewengan selamba wang rakyat dan cakap tak serupa bikin. Masalah ini bukan setakat di Malaysia tapi hampir keseluruhan negara umat islam.

Kalau tak percaya, cuba lihat indeks negara paling stabil & adil ekonomi, sosial dan politiknya. Senarai ’top-ten’ hanyalah nama negara ’bukan islam’ seperti Denmark, New Zealand dll. Mana negara ’islam’ yang boleh dijadikan contoh?

Maaf cakap, negara kita yang dirasakan serba tak adil itulah yang menduduki tempat terbaik diantara semua negara islam!

9. Badan dakwah : 1 sahaja atau banyak?

Bila ada antara kita yang mahu tumpukan usaha dalam dakwah, selalunya akan timbul isu lain pula. Akan ada perbalahan dalam menentukan ’kumpulan dakwah mana lebih baik’. Akan ada ahli NGO yang akan mengatakan ’teknik dakwah kami yang terbaik dan terbukti berkesan’.

Kemudian, timbul pula masalah perebutan ahli sehingga ada sampai ke tahap ’tak boleh masuk kumpulan A’. Ini bukan telahan dongeng saya. Ia memang terjadi. Kalau tak percaya, cuba masuk dan rapati ahli-ahli bawahan mana-mana pertubuhan NGO dakwah kita. Anda akan terperanjat dengan kelakuan tidak rasional sebahagian ahlinya.

Bukankah lebih baik dari tuduh-menuduh dan salah-menyalah, kita mula berpakat dan saling hormat-menghormat?

‘Synergy’ kata orang putihnya.

Ta’aawun, kata bahasa Al-Qurannya.

10. Golongan ’tuan v.s golongan ’muda’.

Perbezaan pendapat antara dua golongan ini telah wujud sejak sebelum merdeka lagi. Kalau dulu, golongan tua adalah mereka yang bersekolah ’pondok’ & membaca kitab kuning, manakala golongan muda adalah mereka yang belajar agama di luar negara dan mendapat tempias angin perubahan tokoh-tokoh pembaharu di sana.

Kini, nama mereka sudah berbeza tetapi pangkal perbahasannya masih lebih kurang sama. Golongan muda yang sudah di’upgrade’ namanya kepada intelektual agama yang berstatus Ph.D dihujung namanya nampaknya lebih agresif dengan hujah-hujah intelektual yang amat memikat.

Walaupun sekali imbas hujah mereka kelihatan kuat, tetapi pendapat ’orang lama’ yang lebih berteraskan amalan jangan dipandang remeh. Mereka juga ada sandarannya sendiri.

Jika ditanya saya, yang mana satukah yang benar?

Saya akan bertanya kembali si penyoal 3 soalan : siapa ustaz yang mengajar anda agama, siapa ulama yang anda ikuti pandangannya dan apa buku agama yang sering anda baca?

Kemukakan dahulu jawapan anda dan selepas itu, barulah saya akan jawab soalan tersebut….

PENYELESAI MASALAH.

Masalah perpecahan kita bukan setakat 10 itu saja. Bahkan banyak lagi. Cuma mata saya sudah mengantuk untuk menulis kesemuanya. Maklumlah, artikel ini ditulis jam 3 pagi pada suhu 2 darjah celcius. Pada situasi sebegini, yang terbaik ialah, panaskan badan dalam selimut dan mula bermimpi indah-indah!

Tapi rasanya, saya perlu sumbangkan sesuatu untuk menyelesaikannya kerana masalah label-melabel, bid’ah-membid’ah, salah-menyalah & sikap diskredit golongan/pendapat lain yang SEMUANYA berpaksikan agama sudah sampai di tahap kronik.

Anda fikirkan saja apa yang terjadi kepada kekuatan umat islam jika ada orang kita yang baru nak berjinak2 dlm agama, dia pergi masjid, cari alim-ulama & joint persatuan dakwah ’A’. Hasratnya murni tetapi ini yang dia dapat :   ilmu yg bukan mendekatkannya kepada Allah, tetapi ilmu yg menjadikan dia merasa ’saya yang betul, yang lain salah’, mengkelas & menyalahkan orang lain.

Bayangkan jika ia terus berpanjangan. Porak-peranda ’nama baik’ agama kita. Hancur kredibliliti umat islam sekarang. Jadi ’buih’ semua orang islam yang berjumlah 1.75 bilion itu.

Kalau ia tidak diselesaikan, rasanya tok-sah ceritalah nak bekerjasama sesama persatuan. (di malaysia, sy diberitahu, persatuan dan NGO cina jumlahnya beribu dan sangat aktif berbanding persatuan islam/melayu kita yang dahlah sedikit, tak begitu kuat dan saling tidak support-menyupport antara satu sama lain).

Tok-sah ceritalah tentang hasrat nak wujudkan persatuan pelobi kuat yahudi spt AIPAC,

dan,

Tok-sah ceritalah perkara lebih panjang seperti hasrat nak kalahkan yahudi dll jika sesama kita pun dah tak bertegur-sapa hanya disebabkan soal kecil  ‘dia sembahyang tak baca doa qunut’….

Kesemua yang saya nyatakan itu adalah presenting problem. So, apakah real problemnya?

Antaranya ialah 3 jawapan yang telah disenaraikan di atas. Dan berita baiknya ialah, kali ini saya ingin berkongsi dengan anda jawapan kepada soalan 3 iaitu : akhlak kita dalam menanggapi perbezaan.

BUKU WAJIB BACA UNTUK MENYELESAIKAN MASALAH NOMBOR 3.

Baiklah, kita sudah habis berbicara tentang diagnosis masalah & akibatnya. Kini sampai ke bahagian ’ubat & perskripsinya’ pula.

Saya ada membaca satu buku yang cukup bagus bertajuk ’DAHULUKAN AKHLAK DIATAS FIKIH’ yang dikarang oleh cendekiawan agama-psikologi Indonesia : Jalaluddin Rakhmat.

Buku itu saya beli ketika berkunjung ke Pesta buku Indonesia pada tahun 2007 lepas, dan hingga sekarang saya menganggap, ia adalah antara koleksi  buku ’wajib baca’  yang perlu dimiliki oleh semua yang ingin mencari jawapan kepada persoalan di atas.

Mungkin ada yang bertanya ’Ustaz, takda buku karangan ulama besar lainkah yang boleh ustaz cadangkan?

Bukan tiada bahkan banyak sebenarnya. Tetapi, kelebihan buku ini ialah, segala contoh masalahnya lebih kurang sama dengan masalah yang kita hadapi. Bak kata orang : satu rumpun. Lagipun gaya bahasanya dekat dengan kefahaman ’bahasa’ kita berbanding buku bahasa arab yang bahasanya anda faham-faham sahajalah : sukar difahami serta bukunya pula sukar dicari terjemahannya.

Banyak persoalan di atas dikupas baik oleh Kang Jalal – gelaran lain bagi pengarangnya. Bahkan, lebih banyak kemusykilan itu dijawab dengan penuh intelektual dan berbasiskan realiti olehnya pengarang.

Jika mahukan buku ini, anda tidak perlu ke Indonesia bagi mendapatkannya. Cukup dengan berkunjung ke Kedai buku Fajar Ilmu Baru di Jalan Masjid India, K.L dan insyaAllah ia berkemungkinan besar wujud di situ.

Tetapi, bagi lebih memudahkan anda. Saya berikan buku ini free saja dalam bentuk ebook dan anda boleh dapatkannya dari link ini :

http://lacarepa.blogspot.com/2011/01/download-dahulukan-akhlak-diatas-fiqih.html

Cuma saya harap seperti yang dipesan oleh penulis blog : tolong jangan komersialkan ebook ini bagi menghormati hakcipta penulisnya. Gunakannya sebagai wasilah dakwah dan jalan untuk lebih mencerahkan pandangan.

Satu lagi pesanan : walaupun saya banyak membaca buku Kang Jalal, tetapi tidak semua pendapatnya saya bersetuju. Ada juga yang pelik dan sangat aneh seperti pendapatnya dalam buku ’Islam & Pluralism’. Boleh dikatakan, lebih banyak pandangan pelik dari pandangan baik dalam buku itu. Namun perkara ini tidak menghairankan bagi Kang Jalal kerana disebalik kewibawaannya sebagai intelektual muslim kontemporari Nusantara, beliau juga dilihat sebagai ’penyokong syiah’.

Oleh itu saya nasihatkan, jika anda tidak punya kefahaman agama mendalam, lebih baik jangan download ebook selain ebook yang dicadangkan di atas. Takut-takut, dari tujuan asal menjernihkan fikiran, akan berakhir dengan ’mencelarukan’ fikiran pula.

Walaubagaimanapun, bagi ebook ’Dahulukan Akhlak di atas Fikih’, saya berikan endorsement ini : Bacalah dan anda akan merasa ’kenyang’ dengan pendapatnya. Bacalah dan pandangan anda terhadap agama akan semakin terang.

Dan, jika anda punya buku lain yang boleh menyumbang kepada penyelesaian masalah di atas, saya berharap, jangan lupa untuk kongsi-kongsikannya di ruangan komentar di bawah. Mana tahu, perkongsian ikhlas anda menjadi sebab untuk Allah menutup segala kesalahan-kesalahan lepas.

Sharing is caring. Moga Allah juga akan ’take care’ kita…..

Itu yang saya doa dan harapkan. Amin Ya Robbal Aa’lamin.

P.s : 1  berita baik :  dlm banyak2 disiplin ilmu agama, 1 bidang sahaja yang boleh dianggap  ’tiada masalah besar’  iaitu Tajwid & Qiraat.

KONTROVERSI! Benarkah Al-Quran sekarang salah cetak?
Benar. Tajuk di atas memang kontroversi.

Tetapi ia bukannya sengaja direka untuk menarik minat pembaca. Ia memang BENAR-BENAR ditujukan kepada saya melalui emel dari seorang pembeli produk terbaru saya iaitu DVD Tajwidpro.

Saya akan perincikan persoalannya serta akan mengemukakan jawapan bagi persoalan tersebut disini, agar perkara-perkara kecil tetapi mampu ‘menconfusekan’ kita tentang Al-Quran dapat dihindari jauh-jauh.

PERSOALAN :

Menurut ustaz dalam DVD Tajwidpro 1, pada bacaan khusus ke10 iaitu ’3 PERKATAAN DO’FIN’, huruf ‘dod’ pada perkataan tersebut boleh dibaca secara baris atas atau baris depan. Tetapi pada Quran yg saya miliki, ia berbaris atas.

Adakah terdapat Quran lain yang mencetaknya pada baris depan, dan jika ada, adakah Quran tersebut dikira salah cetak? Dan, memandangkan ini pertama kali saya mendengar perkara ini, adakah bacaan ini sah disisi tajwid dan boleh dibaca dalam solat?

JAWAPAN :

Persoalan di atas berkisar pada perkataan ‘DO’FIN’ yang berulang 3 kali dalam ayat ke 54 Surah Rum, Juz 21.

Menurut Qiraat yang kita amalkan iaitu Qiraat Riwayat Hafs An A’sim dari aliran Syatibi, memang perkataan tersebut diberi 2 pilihan untuk membacanya, iaitu secara baris atas pada huruf dod (ini yg popular) atau baris depan. Jika kita teliti kebanyakan Al-Quran sekarang, ia dicetak dengan baris atas. Tetapi sy pernah terjumpa beberapa Quran ‘Majid’ dan beberapa Quran terjemahan, ia dicetak dengan baris depan.

Persoalannya, adakah baris depan itu salah? – Tidak, kerana bacaan baris depan ini memang diamalkan dlm Qiraat kita iaitu Riwayat Hafs. Cuma ia dianggap agak ‘baru’ apabila saya mengenengahkannya dlm DVD Tajwidpro. Tetapi jika kita membaca buku2 tajwid yang ‘advance’ atau bertanyakan tuan2 guru yang mahir dan pakar, pasti mereka akan bersetuju dgn pendapat saya iaitu terdapat 2 pilihan baris untuk huruf Dod pada perkataan itu.

Bersesuaianlah dgn tajuk ‘PRO’ pada DVD Tajwidpro, maka semua perbincangan ini akan kelihatan agak baru bagi mereka yang ‘skill’ tajwidnya pada tahap pertengahan.

Adakah sah jika kita membaca dengan baris depan dlm solat? – ya sah 100%, kerana ia dari Qiraat yg sah iaitu Qiraat Hafs. Bahkan jika anda membaca Qiraat lain yg lebih kelihatan ‘ganjil’ bacaannya spt Qiraat Warash, Kisa’ie dll, solat anda tetap sah kerana sumbernya diakui sah iaitu dari Rasulullah S.A.W.

Cuma, mungkin ada yg merasa sedikit ‘risau’ dengan ‘ilmu baru’ . Bagi mereka yang agak ’terperanjat’ dengan fakta-fakta baru ini,  saya ingin hilangkan kerisauan anda dengan menjelaskan bahawa, perbezaan bacaan dlm Qiraat tidak sama dengan perbezaan pendapat dlm Fekah. Jika dalam fekah, perbezaan pendapat boleh sampai kepada tahap ‘tidak diterima’, ‘pendapat lemah’, ‘bid’ah’ dll, tetapi dlm Qiraat, ia sangat berbeza.

Selagi bacaan anda berada dlm ruang-lingkup Qiraat 10 Mutawatir, maka selagi itulah, semuanya BETUL DAN SAH dan tidak boleh kita katakan ‘Qiraat ini lemah, bid’ah atau tidak betul’.

Inilah keistimewaan Qiraat : berbeza, tapi semuanya betul belaka.

Oh ya, sedikit lagi tambahan dan saya pasti sesetengah anda maklum perkara ini : Dalam Qiraat yang kita amalkan sekarang iaitu Qiraat Riwayat Hafs An A’sim, terdapat 2 aliran bacaan iaitu :

1) Aliran Syatibi

2) Aliran Jazari

Aliran yang diamalkan di Malaysia (termasuk segala hukum-hakam tajwidnya) ialah menurut Aliran Syatibi. Bahkan, segala perbincangan dlm DVD Tajwidpro yang bersifat ‘advance’ itu pun masih dlm ruang-lingkup aliran Syatibi.

Aliran Jazari pula tidak diamalkan disini. Walaupun ‘tok gurunya’ sama iaitu Hafs An Asim, tetapi ada beberapa perbezaan jelas dlm aliran ini. Anda bolehlah mempelajari Qiraat secara mendalam jika ingin mengetahuinya lebih lanjut.

KESIMPULAN :

Teknik bacaan Al-Quran yang beragam memang berwarna-warni jika kita mempelajarinya secara mendalam. Jika perbahasan di atas masih berkisar pada Qiraat kita (iaitu Qiraat Hafs As A’sim), bayangkan pula betapa berwarna-warninya ilmu Qiraat Al-Quran yang berjumlah 10 bacaan yang sangat berbeza antara satu sama lain!!

InsyaAllah, jika diberikan kesempatan, saya akan terangkan secara terperinci perbezaan Qiraat yang berasal dari hadis Rasul iaitu ’7 wajah’ itu.

Pesan moral yang boleh kita ambil dari perbincangan ini :  Renangilah ‘lautan ilmu Al-Quran’ yang tidak terbatas. Anda pasti puas dengan keragaman serta warna-warni yang terdapat didalamnya!

P/s : bagi mereka yang ingin mendapatkan dvd Tajwidpro, sila layari : www.tajwidpro.com atau klick sj pada banner sebelah kanan dlm blog ini.

Psikologi ‘takut v.s sayang’ dalam Ar-Rohmanir Rohiiim
‘Mengapa ketika men’introduce’ diriNya kepada kita dalam Basmalah, Allah tidak memilih sifatNya yang tampak lebih ‘berkuasa & gagah’ seperti Al-Muntaqim, Al-Aziz, Al-Jabbar, Ad-Dhor atau Al-Mani’?

Semua 3 Fasilitator program  ‘Solat : A revisit’ CLUMP Ladies terdiam. Mungkin ‘hard-disk’ fikiran mereka sedang laju memikirkan jawapan terbaik kot.

‘Mungkin kerana Allah nak beritahu kita yang Dia lebih suka memberi maaf dari menghukum kita agaknya…’ Salah seorang mereka memberikan pandangan…

‘Ya benar. Allah sebenarnya tahu ‘psikologi’ makhluk ciptaannya yg bernama manusia ini iaitu : ‘approach’ cinta dan kasih-sayang sebenarnya beribu kali ganda lebih efektif dari ‘approach’ ketakutan & ancaman’… Saya menambah, bersetuju dengan pendapatnya.

Tapi, masih 1 masalah : kita tak dapat ‘feel’ kasih-sayang Tuhan walaupun dah beribu kali perkataan ’Rahman & Rahim’ disebut.

Jadi, bagaimanakah cara terbaik nak menghayati maksud ‘Rohman & Rohim’ Tuhan?

FAHAMI MELALUI ‘FEELING’, BUKANNYA ‘KNOWING’.

Saya selalu menekankan, program ‘Solat : A Revisit’ yang sedang kami jalankan bukanlah program menambah pengetahuan tentang hukum-hakam solat. Objektif dan prioritinya berbeza. Ia adalah program ’menghayati solat’, bukannya ’mengetahui’ solat. Mudah kata, perbicangan kami lebih melihat aspek ’roh’ solat, bukannya ’fizikal’ solat.

Ini kerana menurut pengamatan saya, perkara tentang hukum-hakam ini sudah banyak kita tahu. Hadis tentang solat, ancamannya, fadhilatnya, teknik pergerakannya semua sudah ‘masak’ dalam kefahaman kita.

Disebabkan itulah, program ini tidak akan membincangkan perdebatan-perdebatan solat yang selalu berlegar seperti masalah niat lafaz atau tidak, doa qunut, isbal, jari gerak, zikir lepas solat atau tidak serta lain-lain. Lebih tepat lagi, kami mahu meluaskan lagi horizon perbincangan solat, dari melihatnya menerusi kacamata perdebatan 4 mazhab kepada perbincangan yang ingin mencari jawapan : bagaimanakah cara terbaik untuk mencapai ’rasa berkomunikasi’ dengan Tuhan dalam solat seharian?

Itu bahasa ’rentak terkini’nya. Jika kita menggunakan bahasa ’agama’, soalan itu akan berbunyi : bagaimana cara nak dapatkan ‘khusyuk’ dalam solat?

Khusyuk adalah bahasa hati. Ia lebih mudah disapa dengan ‘feeling’, bukannya ‘knowing’. Dan pokok-pangkalnya ialah dengan ‘feel’ betul-betul apa setiap patah kata-kata yang diucapkan dalam solat.

Itu yang kami bincangkan sekarang. Dan Alhamdulillah, semua peserta ‘hard-core’ yang hadir program ini faham tujuan tersebut dan memberikan respon terbaik.

Berbalik pada perbincangan ‘Ar-Rohmanir Rohim’ tadi, untuk menghayati maksudnya, saya telah membuka perbincangan kami dengan 1 aktiviti ’sharing’ :

= cuba senaraikan 1 memori indah yang masih anda ingati sehingga kini, sentuhan kasih-sayang ibu/bapa kepada anda?

Jika dilihat sekali imbas, cerita ’sharing’ kami biasa-biasa saja, tapi ia penuh dengan inspirasi. Banyak hati yang sebak bila mendengarnya. Lebih banyak air mata mengalir kerananya.

Ada yang sebak bila mengingatkan bagaimana si ibu menyelimutkannya ketika demam, sang ayah mengusap kepala dan mengucapkan tahniah walaupun keputusan SPMnya tidak seperti yang diharapkan,  teringatkan ibu ’menuam’kannya ketika sakit, susah-payah si ibu tua menjaga anaknya sewaktu pantang bersalin dan sebagainya.

’KASIH IBU’ V.S ’KASIH TUHAN’.

Tetapi, ada juga yang kelu lidah & buntu fikirannya bila diminta untuk ’sharing’.  Mungkin memori indah itu terbenam terlalu jauh dalam ingatan sehingga sukar untuk ia di’apung’kan kembali. Barangkali juga, akibat terlalu banyak memori ’negatif’ antara kita dengan ibu-bapa, ia telah menutup segala memori ’positif’ yang sebenarnya lebih banyak terjadi.

Atau mungkin, kita secara ’tanpa sedar’ memilih untuk membuang memori indah itu jauh-jauh akibat sindrom ’denial’ yang berpokok-pangkal dari ’defense mechanism’, reaksi lumrah bagi mereka yang ’cedera emosi’nya sejak kecil, kata pakar psikologi.

Bagi mereka yang buntu ini, saya telah kongsikan 1 video sebagai ’pancing’ untuk menangkap kembali memori tersebut :

<object width="425" height="349"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/umygSQmmUEE?version=3&hl=en_US"></param><param name="allowFullScreen" value="true"></param><param name="allowscriptaccess" value="always"></param><embed src="http://www.youtube.com/v/umygSQmmUEE?version=3&hl=en_US" type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="349" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

’KASIH IBU’ V.S ’KASIH TUHAN’.

Walaupun saya tegaskan bahawa kandungan video itu hanyalah khayalan semata bukannya bersumberkan mana-mana ayat Al-Quran atau hadis, Alhamdulillah, ramai yang terharu bila menonton video ini. Subhanallah, ia berjaya membantu kami menoleh ke belakang, melihat kembali interaksi kasih-sayang antara kami ketika kecil dengan ibu/ayah, penjaga yang ketika itu kami lihat sebagai sumber ’rahman & rahim’ (kasih-sayang) kami

Saya teruskan perbincangan kami dengan menyoal ’dari mana datangnya sifat sayang ibu/bapa yang sehingga kini dapat kita rasakan?’

Bagi soalan di atas, kita akan memperolehi jawapannya dari hadis ini :

Rasulullah s.a.w bersabda: Allah SWT menjadikan rahmat sebanyak seratus bahagian. Dia menahan disisi-Nya sebanyak 99 dan diturunkan ke bumi hanya satu bahagian. Dari satu bahagian inilah seluruh makhluk saling kasih mengasihi antara satu sama lain, hingga binatang mengangkat kaki dari anaknya takut terinjak atau menyakiti anaknya [HR. Bukhari, Muslim]

Nampaknya, ’feeling’ perasaan kasih ibu-bapa yang sedang kita ingati hanyalah secebis dari 1 peratus Rahmat Allah yang disebarkanNya kepada seluruh makhluk.

Walaupun ia hanya 1 peratus, namun impaknya amat kuat dirasakan, sehingga kami masih merasakan ’sapaan’ kasih-sayang ibu-bapa kami walaupun mereka berada jauh beribu batu.

Dengan aktiviti ’sharing’ dan video di atas, kami berjaya menghayati dan memahami  maksud ’kasih sayang’ atau bahasa arabnya : ’Rahman & Rahim’.

Apabila keadaan menjadi tenang, saya meneruskan perbincangan kami ke persoalan utama : ’mengapa kita boleh menangis, hiba dan sebak bila teringatkan kasih sayang ibu-bapa yang hanya berjumlah 1 peratus saja, tetapi kita buntu, terdiam bahkan tidak berbuat apa-apa terhadap perasaan ’kasih-sayang’ Tuhan yang setiap hari menyapa kita?’

Saya jelaskan lagi persoalan di atas dengan soalan berikutnya : ’jika perasaan kasih yang  1 peratus itupun mampu membuatkan kita menangis, apatah lagi 99 peratus kasih-sayang Allah yg sepatutnya lebih kuat kita syukuri dan tangisi?’

Secara logiknya, kita perlu lebih lebih banyak menangis/ bersyukur setiap hari kerana Allah tetap me’rahman & rahim’kan hidup kita walaupun setiap hari kita :

- lupakan Dia (solat yang dikerjakan secara acuh tak acuh)

- tinggalkan Dia (waktu zikir sangat kurang bebanding waktu tonton t.v)

- tidak berterima kasih dan memujiNya bersungguh-sungguh

- terang-terang menunjukkan kedegilan kita melalui maksiat.

- berlagak denganNya. (sombong dll)

Sekarang, fahamkah kita apa maksud sebenar ’Ar-Rohmanir-Rohim’ yang selalu kita ucapkan dalam Basmalah dan Fatihah itu?

CARA SAYA APLIKASIKAN PEMAHAMAN ’RAHMAN & RAHIM’ DALAM KEHIDUPAN.

Nampaknya selama ini, perkataan ’Rahman & Rahim’ hanya keluar dari bibir tanpa dihayati maksudnya. Maka sekarang, it’s time to act, not just to think & ponder!

Nasihat cerdik pandai, jika kita ingin melahirkan perasaan syukur dengan ’Rahman & Rahim’nya Tuhan memberikan kita anggota badan lengkap, pergilah ke hospital. Dengan melihat ramai orang meraung kerana kehilangan kaki, anda pasti bersyukur dengan jari kelingking kaki yang ada walaupun kehadirannya setakat ’pelengkap 5  jari kaki’ sahaja….

Ujar para bijaksana lagi, jika anda masih menyimpan perasaan kurang senang terhadap ibu-bapa, cuba-cubalah melawat rumah anak yatim dan dengarlah isi hati mereka. Pasti anda akan sedar, ibu/bapa kita yang asyik tertunggu-tunggu khabar berita kita sebenarnya ’bidadari & malaikat’ paling sempurna.

Malah, saya menyarankan, selain cuba untuk menambah syukur dengan zikir & ibadah, kami perlu menzahirkan energi & kefahaman ’Rahman & Rahim’ dengan melihat semua individu di sekitar kita setiap hari  melalui kacamata empati & cinta :

- Jika hari ini kita bermasam muka dengan isteri, ingatilah kembali ’rahman & rahim’nya isteri yang selama ini menjaga makan-minum, membasuh baju dan menguruskan rumahtangga tanpa lelah serta penuh kesabaran.

- Jika sebentar tadi kita baru sahaja tumpahkan airmata anak-anak akibat kemarahan kita yang ditujukan kepada kesalahan kecil mereka, ingatlah semula segala gelak-tawa mereka yang selama ini menyejukkan hati & menghilangkan segala masalah apabila kita pulang dari pejabat…

- Jika selama ini, kita tidak bertegur-sapa dengan rakan hanya kerana khilaf kecil dalam perdebatan, ingatlah kembali bahawa merekalah selama ini menelefon kita, bertanya khabar bahkan membelanja ’teh tarik mamak’ disaat orang lain seakan melupakan kehadiran kita di dunia…

KESIMPULANNYA,

Berdasarkan perbincangan ayat ’Ar-Rohmanir Rohim’, saya cuba bertekad untuk menjadikan kehidupan ini penuh dengan cinta, empati dan kasih-sayang, sesuai dengan saranan Rasul : manusia ’penghulu kasih abadi’ : Arrohimuuna yarhamuhumur Rohmanu tabaroka wataa’la, Irhamuu man fil ard, yarhamkum man fis samaa’

“Orang yang pengasih itu akan dikasihi oleh Ar-Rohman (Allah yang Maha Pengasih) Tabaaroka wa ta’ala. Kasihilah makhluk yan ada dibumi, tentu anda akan dikasihi oleh penduduk di langit.” (Riwayat Abu Daud &Tarmizi)

Al-Fatihah buat abah….
Pernahkah anda ingat nama panggilan manja anda sewaktu kecil?

Jika saya, abah selalu memanggil saya dengan gelaran ‘boy’ dan ‘angah’.

‘Boy, meh sini’,….. dan ‘Asraff kecil’ yg berumur 8 tahun itupun datang kepada ayahnya, tahu bahawa sebentar lagi, jika dia mahukan coklat ‘din-dang’ 2 kotak sekalipun, pasti ditunaikan.

Saya tahu sangat, jika abah memanggil saya ‘boy’, itu tandanya dia sedang memanjakan anak keduanya yang paling nakal itu. Apabila saya semakin besar, saya merungut juga kepada mak :  ’Mak, malulah abah panggil angah ‘boy’ depan kawan-kawan tadi’…

Tapi saya tahu, bila abah memanggil saya ‘boy’, ia bermakna abah sedang memanjakan saya.

Namun, jika yang keluar dari mulutnya ‘angah, mari sini’, itu bermaksud, dia sedang memanggil anak keduanya dengan nada tegas, sesuai dengan abah yang kami kenali sebagai seorang yang amat tegas dalam mendidik kami.

Sumpah, saya lebih mengenali Abah sebagai seorang yang agak garang. Kata orang, jika ibu-bapa kita terlalu garang, bila besar nanti, kita hampir-hampir tiada memori indah yang mampu diingati bersama mereka.

Ketika saya remaja, saya hampir bersetuju dengan pendapat itu. Tetapi hari ini, ketika saya juga sudah bergelar ‘abah’, saya lihat ada kecelaruan dalam pendapat tersebut. Maka hari ini, saya masuk ke ruang yang paling jauh dalam minda bawah sedar, cuba menyelongkar dan mengingati kembali ‘memori-memori indah’, interaksi kasih-sayang abah dengan boy/angah : anak keduanya yang paling nakal…

Dan sekarang, saya kongsikannya bersama anda :

1) MEMORI INDAH 1 :

Ketika saya berusia 9 tahun, saya selalu dibuli dengan along ketika bermain badminton. Kadang-kadang saya menangis bila terkena ‘jumping smash’ along yang sengaja ditujukan kearah badan. Tetapi suatu hari, tangisan saya bertukar menjadi kegembiraan ‘yang sehingga sekarang senyumannya kekal dlm simpanan ingatan’…. :

Abah ketika itu baru pulang kerja, masih dengan baju kemeja lengan panjang putihnya, mengambil raket dari along, mengusap kepala saya dan berkata ‘Boy, jom main dengan abah yek’….

Saya tahu abah banyak kali sengaja ‘buat-buat kalah’ dalam permainannya pada petang itu. Selalunya dia bermain dengan tangan kiri (abah seorang kidal, sama macam saya), tetapi hari ini dia memegang raket dengan tangan kanan.

Sekarang, bila saya mengenang kembali memori itu, saya sedar, abah hanya mahu mengembalikan ‘senyuman dan gelak-tawa’ pada wajah anak keduanya ini.

2) MEMORI INDAH 2 :

Ketika saya di darjah 4-6, saya selalu mengikuti abah ke kampungnya di Rantau, Negeri Sembilan. Jika hujan lebat turun selepas berhari-hari kemarau panjang, saya dirumah sudah mula menunggu-nunggu ajakan abah ‘Angah, jom kito poi ‘menjaring ikan mabuk’ kek rantau’…

‘Port’ lubuk ikan kami ialah di lombong tinggal di Siliau, ladang kelapa sawit tinggal di Linggi atau di tepi-tepi terusan air berdekatan sungai Rantau. Selalunya, bila abah turun ke sungai memungut ikan yang terlekat di jaringnya, saya akan menunggu di atas, memungut ikan yang dilemparkannya.

Walaubagaimanapun, rezeki kami hari itu tidak begitu baik. ‘Ikan tak mabuklah kali ni ngah’, bilang abah. Saya mula bermuram durja. Hajat dihati ‘Pesta memungut ikan’ tidak kesampaian. ‘Nampaknya, malam ni takde peluang-lah nak makan ikan semilang masak lomak cili api’…

Yang mengharukan saya ialah, abah sedar dan arif sangat kesedihan anak keduanya itu. Dia tidak terus pulang, tetapi memandu kereta kami perlahan-lahan menyusuri terusan, cuba mencari ‘port’ baru. Bila terlihat sekumpulan orang ‘berpesta ikan’ di sebuah terusan, abah terus kata ‘Angah, jom kito cubo kek sini plak…nampak-eh ghamai oghang berkumpol kat sini…banyak ikan agak eh’…

Telahannya tepat. Petang itu, ‘angah yang nakal’ kembali ceria, memungut bermacam jenis ikan yang dilemparkan kepadanya, sementara abah, tersenyum puas memerhatikan gelagat anaknya. Bukan kerana ikan yang banyak, tetapi merasakan ‘janji’ untuk menggembirakan anak keduanya itu tercapai.

3) MEMORI INDAH 3:

Dalam satu peristiwa, sampai sekarang saya masih ingati ‘senyuman ceria penuh kepuasan hati’ dari muka abah. Petang itu, saya menghulurkan slip keputusan PMR kepadanya. Abah, yang sering muram mukanya akibat himpitan kesusahan hidup yang menimpa keluarga kami, terus tersenyum dengan senyuman yang paling bermakna.

Saya tak sangka, keputusan PMR itu menjadi ubat mengembalikan ‘kegembiraan’ pada wajah abah. Walaupun abah berkata kemudiannya ‘Angah, abah tak dapeklah tunaikan janji abah nak bayar sepuluh ringgit bagi setiap ‘A’ kat angah sekarang…’, Saya tak kisah sangat kerana saya lebih gembira melihat abah gembira bertemu rakan-rakannya di masjid, berkongsi perasaannya bersama mereka.

Bagi saya, hanya satu sahaja perasaan ketika itu; ‘Abah, kalau abah tak dapat bayar rm90 pun takpa…senyuman  abah tadi lebih berharga bagi angah dari kesemuanya…’.

4) MEMORI INDAH 4 :

Hari ini secara kebetulan, sebelum saya menulis entri ini, saya membaca Surah Al-Hasyr. Ketika sampai ayat 21-24, air mata saya menitis laju.

Ayat ‘Lau anzalna haaazal Quran….’ selalu abah baca bila menjadi imam solat subuh bersama kami. Ketika itu, saya tidak tahu apa kelebihan ayat ini. Saya sering saja ingin bertanya ‘Abah, kenapo abah sek baco ayat ni yo maso sembahyang?…ado fadhilat khusus ko yang Ustaz Redha(Allahyarham) cerito’?

Tetapi, pertanyaan itu hanya saya pendamkan dalam hati, mungkin takut dengan reaksi abah yang ‘semulajadi’ garang….

Yang saya tahu ialah, akibat berulang kali mendengar ayat tersebut, saya telah hafaz kesemuanya sebelum ‘start’ menghafaz Al-Quran di Maahad Ahmadi lagi.

Kata orang, anak lelaki tak rapat dengan abah sebab banyak sangat memori negatif. Ya benar, saya juga begitu. Memori dimarahi, dipukul dengan rotan, malahan kesan libasan tali pinggang masih ada satu-dua parutnya di belakang saya.

Tetapi dengan pukulan itulah, anak keduanya ini menjadi ‘orang’ bukan sekadar manusia. Saya tahu, kemarahannya itu bukan bermaksud benci, tetapi sekadar luahan ‘sayang’ dan ‘caring’ agar anaknya yang kadang-kadang kurang mendengar kata itu tampil menjadi manusia berguna.

Mungkin ada yang tertanya ‘Ustaz, takkan itu sahaja memori positif yang ada?’. Tidak. Memori kenangan indah bersama abah bukan terhenti setakat itu, bahkan banyak lagi. Saya hanya kongsikan sedikit darinya alam blog ini sebagai bekal : jika saya teringat abah, saya masih boleh tersenyum bila membaca tulisan ini.

Ini kerana jika saya nak berjumpa abah bersembang minum pagi dengannya, harapan itu kini sudah tidak dapat ditunaikan. Abah baru sahaja meninggal dunia. Dia telah pergi…..pulang beristirehat bersama penciptanya 3 hari lepas, pada usia 63 tahun.

Saya tahu, saya tidak dapat bertemunya lagi. Tetapi memori diatas tetap kekal abadi menemani saya, dan saya berharap, segala bacaan Al-Quran, zikir dan doa saya menemani, menjaga dan membantu abah di alam seterusnya.

Saya juga berharap agar para pembaca ‘menyimpan kemas-kemas’ segala memori indah kalian bersama ayah kalian, kerana jika mereka sudah tiada, dengan memori itulah, mereka sentiasa ‘hidup’ bersama kita.

- Dengan memori inilah, hingga sekarang saya masih mengingati senyum-tawa abah.

- Dengan memori inilah, hingga saat ini saya masih dapat menghayati kehangatan usapan tangan abah di kepala ‘boy’ anak keduanya yang nakal ini…

- Dengan memori inilah, saya masih dapat membayangkan senyuman, suara kegembiraan dan limpahan kasih-sayang abah kepada angah….

Dan, jika anda rasa terlalu sukar untuk mengingati kembali ‘memori indah’ bersama ayah/abah/bapak anda, saya titipkan video ini. Mudah-mudahan ia membantu kita ‘kembali’ kepada ingatan-ingatan berharga itu…

<object width="425" height="349"><param name="movie" value="http://www.youtube.com/v/2Rqm2KinPIg?version=3&hl=en_US" /><param name="allowFullScreen" value="true" /><param name="allowscriptaccess" value="always" /><embed type="application/x-shockwave-flash" width="425" height="349" src="http://www.youtube.com/v/2Rqm2KinPIg?version=3&hl=en_US" allowscriptaccess="always" allowfullscreen="true"></embed></object>

Saya memohon bacaan ‘Al-Fatihah’ penuh keikhlasan dari pembaca kalian untuk ditujukan Allahyarham AYOB BIN ZAINAL. Semoga usaha anda semua menjadi ‘obor’ membantu menyinari perjalanan baru ayah saya bertemu dengan Penciptanya… Al-Fatihah.

Terima kasih Abah.

Dari : Angah a.k.a Boy. (Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz)

Akhirnya di era millenium, merasa juga melihat ‘mukjizat’ seperti para sahabat….
Benarlah kata ulama : antara faktor iman para sahabat sentiasa ‘tip-top’ kerana mereka beruntung – melihat mukjizat terjadi secara ‘live’….

- ketika mereka kekurangan air, mudah sahaja air yang keluar dari celah-celah tangan Baginda Rasul yang mulia membasahi tekak & mendinginkan mereka….

- andai mereka ragu-ragu Malaikat itu wujud, Jibril a.s mudah sahaja menjelma, menyapa bahkan mengajar mereka beberapa hikmah mulia… (hadis Jibril).

- Ketika mereka berkumpul, ingin mendengar mutiara hikmah Khutbah Rasul yang dinantikan, mereka mudah sahaja dikagumkan dahulu dengan tangisan batang kurma, tempat berpijak Baginda Rasul ketika berkhutbah….

- dan, jika orang kafir ingin men’diskredit’kan Rasul, mereka berpeluang ‘masuk islam’ dengan dakwah Rasul yang memeranjatkan : bulan terbelah, pokok hidup bergerak dan lain-lain.

Itu ‘rezeki’ mereka. Tetapi, bagaimana pula dengan kita, umat akhir zaman yang beridentitikan ‘islam baka/keturunan’ ini?

Adakah tidak ada walaupun sekali, sebarang perkara luarbiasa berlaku depan mata sehingga kita mampu mengeluarkan satu kesimpulan ‘Benarlah, Al-Quran dan segala kandungannya itu semuanya BENAR belaka!’

Saya selalu berdoa, agar suatu hari saya ditemukan dengan ‘mukjizat’ sebegini.  Tetapi, kata sesetengah bijak-pandai, berfikiran sebegini mengundang bahaya.

Ya, saya mendengar sesetengah pembaca berhujah ‘Ustaz tak perasankah yang Al-Quran itu mukjizat paling besar?’

Atau, mungkin ada yang memarahi saya ‘Ustaz, bahaya berfikir begini…takut-takut bergegar iman nanti…’

Nanti dahulu sahabat sekelian. Dengar dahulu isi hati saya. Menyoal/berfikir sebegini bukan bermaksud ragu-ragu. Ia adalah pengharapan agar iman yang sentiasa turun-naik setiap hari lebih stabil kedudukannya. Tambahan pula, bukan saya seorang yang menghadapi dilema ‘ingin melihat mukjizat ajaib/zahir’ sebegini. Nabi Ibrahim pun begitu. “Qoola awalam tukmin? : Kamu tak berimankah Ibrahim?’ tanya Allah..

Apa jawapan Nabi Ibrahim? : ‘Qoola Bala, walakin liyat’mainna Qolbi’ :  ‘Bahkan 100% beriman, cuma saya ingin menenangkan hati saya sahaja….’ – Surah Baqarah, 260.

Kerana itulah, saya ‘menumpang’ kepada hujah Nabi Ibrahim ketika berfikir begini.  Saya masih menanti, dan menanti….Sehinggalah suatu hari, saya bertemu dengan ‘mukjizat zahir’ itu dalam video berikut . (buka link ini di youtube)

http://www.youtube.com/watch?v=QnMVsMytum0

Benarlah firman Tuhan :

Kami akan perlihatkan kepada mereka tanda-tanda kekuasaan Kami di merata-rata tempat (dalam alam Yang terbentang Luas ini) dan pada diri mereka sendiri, sehingga ternyata jelas kepada mereka Bahawa Al-Quran adalah benar. belumkah ternyata kepada mereka kebenaran itu dan belumkah cukup (bagi mereka) Bahawa Tuhanmu mengetahui dan menyaksikan tiap-tiap sesuatu? (Fussilat, 53)

Saya bersyukur, kerana akhirnya pada millenium baru ini, Tuhan perlihatkan ‘satu mukjizat’ yang mampu menggugah ‘bisikan-bisikan kecil’ saya kepada satu kepastian yang pasti :   ‘Tidak mungkin bahkan mustahil untuk dikatakan ‘kebetulan’, ayat Al-Quran yang saya hafal selama ini terukir (siap dengan barisnya sekali) di peha bayi tersebut!’

Satu sahaja kesimpulannya : CONFIRM 100% KANDUNGAN AL-QURAN, TERMASUK CERITA DOSA-PAHALA-SYURGA-NERAKA-AZAB KUBUR-KIAMAT ITU BENAR-BENAR WUJUD DAN AKAN TERJADI!

- Apa impaknya kepada saya? : Satu sahaja : I might die anytime! What is my preparation for akhirat TODAY??