
Dalam Al-Quran, semua fakta yang dinyatakan benar belaka. Tiada lagi kebenaran lain selepas Al-Quran. Jika ada pun, ia dianggap kesesatan.
Malah ulama menyatakan, jika ada diantara kita yang ‘kondem’ 1 sahaja informasinya, iman anda dianggap sudah jatuh. Autoriti anda selaku muslim sudah tidak kredibel lagi.
Baiklah, kalau begitu, mengapa saya masih memilih tajuk ‘auta’ sedangkan saya sendiri berpendirian bahawa semua faktanya benar?
Begini. Saya dapati, ada beberapa kepercayaan tentang Al-Quran yang berlegar dalam masyarakat di mana ada diantara fakta ini kurang tepat. Maka tulisan kali ini akan membahaskanya secara terperinci.
Ini tidaklah bermakna ada ‘auta’ dalam info AL-Quran. Tidak sekali-kali. Sebenarnya, perkataan ‘auta’ itu saya petik dari tagline deejay 1 rancangan radio popular kita iaitu ‘FAKTA ATAU AUTA’, untuk menambah ‘seri’ tajuk.
Mari kita telusuri beberapa fakta & ‘auta’nya :
FAKTA ATAU AUTA 1 :
Masalah tentang cara membunyikan perkataan ‘Majreha’ dalam Surah Hud, ayat 41.
AUTA :
Ia telah dibunyikan secara kurang tepat dgn bunyi ‘RE’ – ‘x-ray’
FAKTA :
Sebenarnya, bunyi yang paling tepat bagi perkataan ini ialah ‘RE’ – ‘rehal’. Lihat penerangannya secara praktikal dalam video di bawah :
FAKTA ATAU AUTA 2 :
Bunyi huruf ‘Ro’ didalam Al-Quran.
AUTA :
Bunyi huruf ‘Ro’ dalam ayat-ayat Al-Quran dianggap sama semuanya.
FAKTA :
Sebenarnya, bunyi huruf ‘Ro’ dalam Al-Quran boleh berubah-ubah bunyinya, kadang-kala tebal dan kadang-kala nipis, bergantung kepada baris dan keadaannya. Untuk mengetahui bentuk-bentuk ‘Ro’ samada tebal atau nipis, anda boleh merujuk kepada buku tajwid atau bertalaqqi dengan Tuan guru Tajwid Mahir.
Tips untuk anda : jika ingin berlatih mengecam huruf ‘Ro’ tebal dan nipis dengan baik, saya sarankan anda baca surah ini : Surah Al-Qomar, juz 27. Keistimewaannya ialah : semua akhir ayat surah ini diakhiri dengan huruf RO!
FAKTA ATAU AUTA 3 :
3. Tulisan Al-Quran.
AUTA :
Menganggap tulisan Al-Quran sama sahaja satu dunia.
FAKTA :
Untuk makluman, Al-Quran yang selalu kita baca sekarang (bahkan hampir satu dunia) ditulis berdasarkan Qiraat Riwayat Hafs An’ Aasim. Tetapi sebenarnya, ada juga Al-Quran dicetak dengan Qiraat (cara bacaan) yang berbeza. Saya memiliki beberapa Al-Quran Qiraat lain tersebut seperti Al-Quran versi Qiraat Warash dll.
Memang Quran cetakan Qiraat berbeza ini memiliki beberapa perbezaan kecil dari sudut baris, tanda-tanda hukum tajwidnya serta beberapa tanda khusus lain. Perkara ini saya perlu ‘highlightkan’ kerana, saya pernah terdengar beberapa kes jemaah haji kita membaca Al-Quran yang mereka sangka ‘salah cetak’ atau ‘palsu’ di Masjidil Haram (kerana di sana banyak Al-Quran diwakafkan), sedangkan Al-Quran itu sebenarnya asli, cuma versi Qiraatnya berbeza.
FAKTA ATAU AUTA 4 :
Perbezaan pendapat tentang jumlah ayat Al-Quran.
AUTA :
Jumlah ayat Al-Quran ialah 6,666
FAKTA :
Jumlah sebenar ayat Al-Quran ialah 6,236, bukannya 6,666 seperti yang banyak tersebar dikalangan masyarakat. Jika anda masih tidak percaya, sila ambil kalkulator dan mula menambah jumlah ayat setiap surah. Mulakan dari fatihah hingga ke An-Naas dan anda akan dapati jumlahnya seperti yang saya bilang : 6,236!
Saya tidak tahu dari mana sumber ‘auta’ ini berasal. Jika ada mengetahuinya, jangan lupa untuk kongsikan infonya yea…
FAKTA ATAU AUTA 5 :
Salah sangka tentang ayat/surah terakhir diturunkan.
AUTA :
Ada juga diantara kita yang menyangka surah/ayat yang terakhir diturunkan kepada Rasulullah ialah surah An-Naas. Mereka berhujah ‘sebabnya surah An-Naas kan surah paling akhir kedudukannya dalam Al-Quran….’
FAKTA :
Memang benar, surah paling akhir kedudukannya dalam Al-Quran ialah surah An-Naas, tetapi ia tidak bermakna ia paling terakhir diturunkan. Menurut ulama, pendapat paling rajih tentang ayat terakhir diturunkan ialah ayat 281 surah Al-Baqarah.
ADA LAGI FAKTA & AUTA LAIN?
Ya, masih ada lagi beberapa fakta yang mengelirukan tentang Al-Quran. InsyaAllah sy akan menyenaraikannya pada kesempatan lain. Tetapi, jika anda menambah senarai yang ada, sila-silakan untuk kongsikannya di ruangan komentar di bawah.
.
.
Posted in




assalam ustaz yg di hormati. mohon maaf jika saya menyinggung ust. pandangan saya jumlah ayat Quran 6666 adalah tepat kerana itu telah dikira semasa zaman para sahabat lagi. siapalah kita untuk mengatakan itu satu “auta” ia adalah amat keterlaluan cuma kita perlu belajar lgi untuk mendapatkan rahsia jumlah ayat itu kerana islam itu amat indah ada yg tersurat dan tersirat yg belum kita ketahui maka rahsia itulah yg perlu kta cari supaya apabila kita membaca Al-Quran ia cukup menjadi 6666 ayat sebagaimana yg di baca oleh para sahabat dan org-org yg telah mengetahui rahsianya sebelum kita…..insyallah. wassalam
miza…jika benar anda kata 6666 itu dikira dari zaman sahabat lg, tlg berikan buktinya – dari kitab mana anda baca? ustaz mana yg beritahu anda?….tlg jgn percaya jika dari ‘hearsay’ sj…. fakta sy 6236 itu ada buktinya betul2 depan mata anda – Quran. tak caya cuba kira…dan quran itu pula resam uthmani – iaitu dari saidina uthman dan diiktiraf oleh 12,000 para sahabat….jika tak percaya, cuba buka kitab2 ulum quran, banyak yg mengesahkannya.. hmm…jgn lupa ye miza utk berikan bukti anda pula.
Jumlah sebenar ayat Al-Quran ialah 6,236 <<=== Oleh kerana terdapat qiraat yg berbeza, maka tentu lah jumlah ayat juga berbeza. Jika mengikut Hafs An’ Aasim jumlahnya mungkin begini, namun jika dikira mengikut qiraat lain….???
benar, itu menurut qiraat hafs….tp jika menurut qiraat lain, atau resam lain pun, ia tak sampai bilangan itu – ini jumlah tepatnya :
1. Pendapat pertama Ahli Madinah : 6217 ayat (diriwayatkan dari Nafi’)
2. Pendapat kedua Ahli Madinah : 6214 ayat (diriwayatkan dari Syaibah bin Nasshoh) dan 6210 ayat (diriwayatkan dari Abu Ja’far bin AlQa’qa’)
3. Pendapat Ahli Mekah : 6220 ayat (diriwayatkan dari Ibnu Khathir Al-makkiy)
4. Pendapat Ahli Kufah : 6236 ayat (diriwayatkan dari Hamzah AzZayyat, Al-Kisaie dan Khalaf bin Hisyam)
5. Pendapat Ahli Basrah : 6205 ayat (diriwayatkan dari ‘Aashim bin ‘Ajjaj Al-Jahdari)
6. Pendapat Ahli Syam : 6226 ayat (diriwayatkan dari Yahya bin Harith Az-Zammari)
bilangan yg kita guna (qiraat hafs) adalah berdasarkan kiraan ahli Kufah…Nak lebih detail lg (mengapa ia berbeza, bagaimana cara mereka mengira, siapa ulama yg disebutkan di atas), rujuk buku ni – Manahil ‘Irfan, oleh Syeikh Abdul Azim Az-Zurqani
Terima kasih atas perkongsian yang telah diberikan oleh Tuan
Terima kasih ustaz, atas perkongsian ilmu yg berharga ini dgen percuma. Semoga Allah s.w.t berkati usaha ustaz.
6666 cuma pembahagian jenis ayat sahaja. Rujuk: http://sksgrokam.edu.my/portal/modules.php?name=News&file=article&sid=40