Mengenai saya

 

Ustaz Hj. Mohammad Asraff Bin Ayob Al-Hafiz

B.A (Hons) Al-Quran Wal Qira’at, U. Al-Azhar
Masters (Psychology I.O),  U.K. Malaysia
(Memiliki pengalaman 18 tahun dalam dunia hafazan dan ilmu Al-Quran)

LATAR BELAKANG PENDIDIKAN

    
Ustaz Hj. Mohammad Asraff Ayob Al-Hafiz berkelulusan B.A (Hons) Al-Quran  & Qiraat, Universiti Al-Azhar, Mesir serta Masters dalam bidang Psychology (Industri & Organisasi), U.K.M. Ketika di Mesir, Ustaz Asraff merupakan graduan ke 2 terbaik bagi pelajar Malaysia dalam bidangnya. Ketika menyambung Masters di UKM, Ustaz Asraff menduduki senarai anugerah graduan paling cemerlang bagi penuntut Master dan Ph.D (CGPA 3.75 keatas) bagi tahun 2006.

 Sebelum itu, Ustaz Asraff menuntut dan menghafaz Al-Quran selama 7 tahun di Maahad Ahmadi, sekolah dibawah kerajaan Negeri Sembilan yang menggabungkan sistem tahfiz dan akademik (kini dikenali sebagai ITQAN – Institut Tahfiz Al-Quran Negeri Sembilan). Pada tahun 2006, beliau pernah secara aktif mencurahkan kepakaran beliau di pusat hafazan Al-Quran utama Malaysia iaitu DARUL QURAN JAKIM, melatih pelajar untuk lebih berdedikasi dalam menghafaz Al- Quran melalui corak hafazan yang sistematik.

MENCIPTA KAEDAH JIBRIL

       
 Ketika mengajar di Darul Quran dan menyampaikan aktiviti ceramah di puluhan Masjid sekitar lembah Klang, Ustaz Asraff banyak mendapat banyak respon dari masyarakat yang bertanyakan kaedah menghafaz yang sesuai untuk golongan awam. Bertitik-tolak dari itulah, Ustaz Asraff mencipta KAEDAH JIBRIL pada tahun 2007.

 

KAEDAH JIBRIL telah diketengahkan kepada masyarakat melalui seminar-seminar di seluruh pelosok negara. Lebih dari 5,000 orang telah menyertainya.

KINI, Ustaz Asraff sedang giat mencipta kaedah berkesan untuk menghafaz Al-Quran untuk golongan kanak-kanak pula, bakal dilancarkan pada tahun 2013 sekembalinya beliau dari menemani isteri tercinta yang sedang menyambung pelajaran Ph.D di New Zealand.

Maklumat lanjut, layari : www.kaedahjibril.com.

Emel : asraff2@yahoo.com, kaedahjibril@yahoo.com

Share/Save/Bookmark

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review