Kaedah Jibril v.s Metode Jibril ??

 

 

Wah! sukar banget terjemahin Ebook Kaedah Jibril!

 

Itulah yang berlaku kepada saya seminggu dua ini…. Pening kepala bila cuba translate ebook Kaedah Jibril ke Bahasa Indonesia…. Sebabnya ialah, sy banyak menerima emel dari warga Indonesia yang inginkan ebook ini….

 

Tetapi saya tahu, ia tidak boleh diberikan begitu sahaja sebelum diterjemah…jika tidak, takut-takut maksudnya berlainan pula nanti… anda faham2 sajalah, banyak perkataan BM yg berbeza makna dengan B.Indo, contohnya ‘gampang’. Bagi orang indo, maksudnya ialah ‘mudah’, sementara kita, hehehe….faham-faham sajalah….

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Apakah teknik terbaik untuk fahami tafsir Al-Quran???

 

 

 

Sepanjang saya mengendalikan kuliah tafsir dahulu,  ramai yang bertanya ‘Ustaz, tafsir apa yang paling baik sekali untuk dibaca?’

 

Saya pun sebenarnya tidak dapat memberikan jawapan tepat. Sebabnya, ia berdasarkan ‘tahap & keupayaan anda’…..

 

Bagi yang merasakan dirinya di level ‘basic’, maka cadangan saya, sila khatamkan :

Read more »

Share/Save/Bookmark

Saya nak start menghafaz ramadhan ni, tapi sibuk sangatlah ustaz…

 

Baru-baru ini,  saya mendapat emel dari seorang yang sangat ingin menghafaz Al-Quran sempena ramadhan ini. Tetapi, katanya ‘ustaz, semangat saya dah berkobar-kobar dah nak start hafaz surah Mulk tu, tapi saya sibuk sangatlah ustaz…macammana nak buat ye..?

 

Macammana nak buat ye…..haa…. Saya dah selalu dapat soalan sebegini…. soalan berbentuk ’sukar,sibuk,takda masa’ ini ada 3 lagi kembarnya yang lebih popular….ada baiknya saya perturunkan kesemua jawapannya agar sempena Ramadhan ini, anda dapat menghafaz dengan lebih aman dan tenteram….

Read more »

Share/Save/Bookmark

Azam Ramadhan : it’s time to reset!

 

 

Bulan Ramadan…

bulan bertuah..

bulan ibadah..

bulan mujahadah..

bulan rahmat…

bulan maghfirah…

bulan Al-Quran dan lailatul Qadar…

 

- Petikan lirik nasyid  Nadamurni : Nasihat Ramadhan -

 

Sebentar lagi kita akan memasuki Ramadhan. Sepanjang hidup, sudah 31 kali saya bertemu bulan ini. Teringat lagi, ketika pertama kali secara ‘official’nya  berpuasa penuh  ketika darjah 3 - itupun terangsang dek ‘pulling motivation’ yang mak janjikan ’50 sen sehari kalau angah penuh puasa bulan ni’

 

Itu yang officialnya. Sebenarnya yang ‘tak official’nya - pertama kali saya dedahkan ‘top secret’ ini - puasa darjah 3 itupun tak penuh sebab ada 3 4 hari saya teguk air masa mandi!…

 

Hehehe… tergelak dibuatnya bila mengingatkan semua itu…

Puasa ‘Ceneke’, kata orang Negeri Sembilan.

 

Tetapi, nak tahu tak puasa Ramadan mana yang saya anggap paling bernostalgia?

 

            - Puasa sewaktu sekolah menengah di Maahad Ahmadi, terutamanya ketika tingkatan 2 hingga 4. Senario paling mengasyikkan ialah ketika duduk mendengar nasyid ramadhan Nadamurni dan The Zikr (orang lama tentu kenal kumpulan nasyid ini) melalui corong speaker Musolla sebelum waktu berbuka. Senario paling ‘thrill’ pula ialah solat terawikh : abang-abang senior berlumba-lumba nak bertasbih ‘Albadrul munniiiru Muhammad’!. Kita yang junior ini pula, bak ‘tentera Tuhan’ menjawab sekuatnya - Solluu Alaih…!

 

Itu ramadhan penuh nostalgia. Penuh ‘feeling’. Sementara Ramadhan ‘paling berkualiti’ pula ialah :

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

‘Tadi, ustaz ada mengatakan ‘Tuan guru bersanad? Boleh terangkannya lebih lanjut?’

 

 

*Artikel ini merupakan sambungan entri ‘Adakah saya perlukan ustaz jika menghafaz menggunakan Kaedah Jibril?’  yang diposkan sebelum ini.

 

 

Oh ya, maksudnya begini. Seperti yang diterangkan di atas, belajar Al-Quran secara berguru amat penting, tidak kiralah samada anda belajar untuk memperkuatkan hafazan, memahirkan tajwid ataupun untuk menguasai Qiraat. Cuma, jangan lupa untuk pastikan perkara yang lebih utama iaitu, anda perlu memastikan bahawa tuan guru tersebut memiliki sanad dan ijazah Al-Quran.

 

Soalnya, apakah ijazah & sanad Al-Quran?

 

1.         Ijazah Al-Quran ialah satu anugerah seperti sijil pengiktirafan yang diberikan oleh tuan guru kepada anak muridnya yang selesai menguasai bacaan Al-Quran secara talaqqi & musyafahah bersama tuan guru yang juga memiliki ijazah.

 

2.         Sanad pula ialah senarai rantaian nama panjang, bermula dari pemilik sanad hinggalah berakhir kepada Allah S.W.T. Selalunya, pemberian sanad akan disatukan sekali dengan ijazah Al-Quran. Oleh itu, lebih mudah untuk kita memahami ijazah dan sanad sebagai perkara yang sama.

 

Hmm… rasanya kita agak ‘confuse’  mengenai sanad bukan? Baiklah, saya akan terangkannya dengan lebih terperinci.

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Adakah saya perlukan ustaz jika menghafaz menggunakan Kaedah Jibril?

(Syeikh Sayyid : antara tuan guru Al-Quran saya di Mesir)

Sebelum menjawab soalan di atas, saya ingin berkongsi satu pengalaman menarik bertalaqqi dengan salah seorang tuan guru Al-Quran saya yang dihormati : Syeikh Sayyid Ali Abdul Majid Abdul Sami’.

‘Ya Muhammad, Syeikh di mana? Hari ini ada talaqqi ke tidak?’

Saya bertanyakan Muhammad, anak Syeikh Sayyid dengan nada separuh mencungap, sambil menyapu peluh di muka…

‘Maaf, Syeikh baru keluar, ada urusan penting…Katanya, esok sahajalah datang talaqqi..’

‘Aduhai, sabar yelah…’ saya berkata dalam hati, sambil berharap semoga ‘peristiwa perit’ itu tidak berulang esok.

Peristiwa perit? Mana tidak peritnya. Untuk bertalaqqi dengan salah seorang pakar rujuk Al-Quran Al-Azhar ini, saya terpaksa meredah musim panas berhabuk Kaherah yang kadangkala mencecah 46 celcius. Lebih parah lagi, perjalanan ke rumahnya dilalui dengan menukar bas tanpa ‘aircond’ sebanyak 3 kali. Itupun kalau bernasib baik, dapatlah duduk. Jika tidak, terpaksalah berdiri hampir 2 jam dicelah penumpang arab yang besar-besar.

Ingin tahu tahap kepadatan bas itu? Bayangkan kepadatan ‘ikan tin sardin’ dan gandakannya 3 kali. Anda akan dapati itulah tahap kepadatan bas yang terpaksa saya lalui setiap kali ingin pergi bertalaqqi!

Read more »

Share/Save/Bookmark

TIPS HAFAZAN ADVANCE 2 : INGIN SERTAI PERLUMBAAN ‘MARATHON 30’?

 

 

Bagaimana hendak menghafaz 30 juzuk Al-Quran dengan menggunakan Kaedah Jibril?

 

Itu antara soalan paling popular ditanya dalam setiap seminar Kaedah Jibril. Saya sengaja mengkhususkan bab ini untuk menjelaskannya.

 

Memang bagi kebanyakan peserta, secara idealnya 10 surah yang dicadangkan dalam Kaedah Jibril memang agak mudah dihafaz. Paling tidak pun, setelah dicampur dengan ‘cuti motivasi menurun’, cuti m.c sakit, waktu holiday dan bermacam-macam jenis ‘cuti kecemasan’ lain, dalam masa setahun dua selesailah kesemuanya.

 

Tetapi bagaimana pula dengan mereka yang menanam impian menggunung ingin ‘menakluki’ keseluruhan 30 Juz Al-Quran?

 

Dari sinilah cerita kita bermula.

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

TIP STAIL HAFAZAN ‘ADVANCE’ – UNTUK MEREKA YANG BENAR-BENAR SERIUS SAHAJA.

 

 

Salah satu keseronokan ketika saya menghafaz Al-Quran ialah dengan memerhatikan kepelbagaian stail hafazan rakan-rakan. Ada yang pelik, ada yang lain dari yang lain, dan ada juga yang menghafaz tanpa gaya sehingga saya terfikir ‘bilakah dia menghafaz mukasurat itu?

 

Kepelbagaian gaya & keunikan teknik inilah yang ingin saya kongsikan dengan anda.

 

Saya akan berikan beberapa contohnya supaya anda lebih teruja. Dahulu, saya ada seorang rakan yang menghafaz tanpa sedikitpun terdengar suaranya membaca. Cukup hanya merenung Al-Quran buat beberapa minit, terkumat-kamit seketika, kemudiannya dia terus tersenyum memandang saya dan berkata ‘Asraff, saya dah hafaz dah mukasurat ni!’

 

‘Subhanallah! Keajaiban telah berlaku di depan mata!! – itu yang terlintas di fikiran saya ketika itu.

 

Tetapi, ada juga yang memiliki stail sebaliknya. Seorang ‘senior’ saya di maahad dahulu lebih pelik kaedahnya. ‘Asraff, saya tak boleh menghafaz tanpa mendengar suara rakan lain menghafaz’. Baginya, ‘dengungan’ suara hafazan temannya yang bergema itu seumpama motivasi penggerak jiwa. Ujarnya lagi, ‘lagi kuat suara mereka, lagi cepat mukasurat ni saya hafaz!’

 

Agak pelik bukan? Bagi kita yang biasa dengan suasana yang agak tenang dan sunyi untuk menghafaz, tekniknya memang tidak boleh pakai! Tetapi, bukan cara itu sahaja yang menghairankan, ada lagi yang lebih aneh dari itu….

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Asraff, jangan biarkan syaitan tersenyum lebar!!

 

 

 

All that is necessary for evil to succeed is for good men to do nothing.

  Edmund Burke 

 

 

Rasanya, saya telah ‘dipukul seratus kali’ apabila membaca ayat di atas. Ia diungkapkan oleh Edmund Burke, seorang negarawan  British. Mungkin ada yang terfikir :

 

‘Ustaz Asraff ni takda kata-kata ulama atau hadis lainkah yg boleh dirujuk selain orang ‘barat’ itu?

 

Nanti dulu…. Sabar… bukannya tiada ayat quran, hadis atau quote ulama muktabar, tapi ada cerita disebalik ayat di atas…

 

Kisah itulah yg ingin saya kongsikan kepada anda….

 

 

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Sibuk buat ‘aqiqah’ Yaya…..

 

 

Dah 3 4 hari juga saya tak update blog ini…. sebabnya saya sibuk menguruskan aqiqah anak pertama saya yaya….

Di negara yang terkenal dengan ‘kambing lebih ramai dari orang’ ni, harga seekor kambing taklah mahal, dalam Nzd 100 je (Rm 250)…. itu pun kira mahal sikit sebab kami menyembelihnya di ladang….kalau beli-then-bawa balik hidup-hidup, harganya setakat Nzd 20-40 je seeeekor…

Cuba tengok dlm gambar di atas, rilek je kambing paling depan tu ‘control hensem’ berposing.. tak sedar kejap lagi jadi korban…… tapi sebelum tu, letih juga nak menangkapnya… nasib baik hasanin, abang shokri selaku ‘ketua koboi kambing’ dan anaknya tolong kejar sekali… teringat nostalgia kejar ayam kampung masa nak dekat raya masa kecik-kecik dulu….

Amacam…gemok kan?….. tapi bila kulitnya dah dibuang..kurus kedengking je kambing tu….

 

Read more »

Share/Save/Bookmark

Powered by WordPress | Visit Bestincellphones.com for Cell Phone Offers. | Thanks to Internet Banking, Checking and Fat Burning Furnace Review